11 May 2008

Recruitment Step-By-Step

Recruitment @ proses mencari agent baru merupakan satu perkara yang amat penting dalam pembangunan sesebuah agensi insurans / takaful. Di sini, saya ingin kongsi serba sedikit bagaimana proses awal membentangkan Business Opportunity Presentation kepada prospek agent kita.

Ianya bermula dengan...DREAM

Bermula dengan Dream (Impian). Setiap orang ada impian masing-masing. Memiliki kehidupan yang serba lengkap, dengan tiada bebanan kewangan (financially freedom). Atau ingin memiliki sebuah kereta idaman, rumah idaman dan sebagainya. Impian - Usaha = Sia-Sia (Dream - Action = Illusion).Sebaliknya Impian + Usaha = Cita-Cita (Dream + Action = Ambition)

Akan tetapi, semua impian yang saya sebutkan di atas memerlukan wang, setuju atau tidak? Saya rasa rata-rata akan setuju.

Kemudian, kita selitkan cerita 100 life story.

Menurut Jabatan Buruh, setiap 100 orang yang bersara, akan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :-

1 orang - Kaya

4 orang - Financial Independent

5 orang - Masih lagi bekerja ketika umur sudah mencapai 55 tahun.

12 orang - Bankrupt (sebab gunakan duit EPF untuk berniaga, sekali bisnes rugi)

29 orang - Meninggal dunia

49 orang - Bergantung kepada ehsan anak2 dan orang laini

Jadi jumlah kesemuanya adalah 100 orang.

Jadi, kita nak diri kita di kelompok yang mana?

Persoalannya adalah, kenapa ramai orang masih lagi perlu bekerja walau pun dah bersara?....Antaranya adalah

1- Kos taraf hidup yang semakin meningkat. Lihat sahaja kadar inflasi sekarang ini. Ditambah lagi dengan kenaikan harga bahanapi.

2- Kos pendidikan meningkat. Kos untuk menghantar anak ke Universiti semakin mahal dari setahun ke setahun.

3- Penyakit2 kritikal semakin biasa kita lihat dihidapi oleh masyarakat.

4- Kos perubatan semakin tinggi. Hospital swasta tumbuh macam cendawan dan sentiasa penuh dengan pesakit.

5- Pertandingan : Sebagai contoh, jiran kita pakai kereta mewah, kita pun nak pakai kereta mewah. Jiran kita renovate rumah, kita pun nak renovate sekurang-kurangnya sama dengan jiran. Demi status kononnya.

6- Jangka hayat yang lebih tinggi. Lihat sahaja sekarang ini, ramai orang tua yang berumur 70 tetapi masih kuat dan perlu hidup. Kos hidup semakin meningkat, tapi tiada keupayaan untuk mendapatkan pendapatan.

Kalau lihat faktor no 6 di atas. Pada tahun 2020, katakan bersara pada umur 55 tahun, tapi hidup sampai umur 80 tahun. Cukup ke simpanan yang kita ada untuk kita guna sampai umur 80 tahun?

Faktor-faktor di atas akan menyebabkan kita masih lagi perlu bekerja walau pun usia tidak mengizinkan.

Jadi, apa penyelesaian yang ada...antaranya :

1- Kerja syarikat Multinasional sehingga menjadi CEO. Akan tetapi, berapa % peluang yang ada pada kita?

2- Jadi golongan profesional (Doktor, Peguam, Architect)? Tapi, kalau kita dah berumur 30-an, takkan nak belajar semula. Untuk menjadi Doktor mengambil masa selama 6 hingga 7 tahun. Itu tidak termasuk latihan dan sebagainya. Bila kita nak mula simpan duit?

3- Mempunyai perniagaan sendiri.

Terdapat beberapa jenis perniagaan yang boleh diceburi. Antaranya

A- Small Business (Bisnes besar, perlukan modal besar. Biasanya orang akan bermula dengan small business)

B- Franchise Business

Untuk pengetahuan anda. menurut Michael Gerber " 90% of small businesses failed and 90% of franchise businesses successfull"

Kenapa Franchise Business?

1. Training

2. Manuals and procedures

3. Brand Name

4. Computer Support

5. National Advertising

6. Recipes of Success

To be continued....


Any inquiry please call Aziz - 019-323 2121 or email : abdriadi@prupartner.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...