20 June 2008

MRTA vs Takafulink

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....

MRTA Vs Takafulink

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut.

1. Bayaran lump sum (sekali gus).

2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?.....Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

Cuba kita lihat ciri-ciri takafulink.

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%. Sila rujuk "allocation premium takafulink" di sini.

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.


1. Gambarajah di bawah ini adalah graf pinjaman dengan MRTA. Peminjam meninggal sebelum pinjaman dilunaskan.

MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.


2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.



Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam


3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.

Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.


Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.


4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.



Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.



Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekan. Lihat graf di bawah.


Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai MRTA Vs Takafulink atau Prulink nie, boleh contact saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email ke abdriadi@prupartner.com.my

p/s : Dibawah ni ada loan calculator untuk anda kira pinjaman anda.






















Powered by Amortization Calculator Mortgage Calc

10 comments:

  1. Bila nak update MRTA & Takafulink tu?

    Bagus artikel ni! Saya bersetuju dengan gunakan Life Takaful - tak masuk dalam pembiayaan perumahan = tak bayar interest/profit rate = tak bayar lebih.

    Boleh layari blog saya http://janganterlepaspandang.wordpress.com/ untuk berkongsi cerita takaful dan lain-lain hal kewangan Islam.

    -Ayah.biz-

    ReplyDelete
  2. ape beza MRTA, MLTA and takafulink?tolong bagi penjelasan... MLTA pon bg benefit yg bagus.

    ReplyDelete
  3. Perbezaan ada saya citer kat atas tu, boleh baca. Atau apa yang you tak faham, saya boleh terangkan semula.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya completekan artikel nie...sedikit2 lama siap juga akhirnya...:D

    ReplyDelete
  5. salam,
    just nak dapat gambaran awal berkenaan takaful link... kalau harga prop 100k, berapa kena bayar utk setahun.. umur saya 33.

    ReplyDelete
  6. Benie...

    Kalau 100K, umur 33, minimum RM 100 sebulan. Kalau anda berminat nak tau details quotation, emailkan kepada saya data berikut :

    Nama :
    Email :
    Contacts :
    Sum Covered :
    Pekerjaan :
    Status Merokok (Y/N) :

    Email saya : abdriadi@prupartner.com.my

    ReplyDelete
  7. Salam. terima kasih atas artikel ini. Tapi saya x nampak penerangan berkenaan MLTA. Cuma ada Takafulink jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLTA adalah sebuah concept sahaja. Takafulink adalah satu plan yang boleh digunakan untuk jadikan plan MLTA.

      Delete
  8. Salam
    Saya nak tanya berkenaan MRTA.
    Bolehkah peminjam membatalkan MRTA sekiranya peminjam mahukan MLTA?
    Jika boleh bagaimanakah prosudernya?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Just buat surat pembatalan, isi borang pembatalan (kena minta kat company yang keluarkan MRTA), kalau ada policy, pulangkan policy di counter syarikat yang keluarkan MRTA tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...