04 October 2008

Cara Claim Offline

Di sini saya akan tunjukkan cara2 atau tips and tricks macam mana nak claim kalau client masuk bukan panel Prudential atau masuk hospital kerajaan. Sebab elaun hospital, elaun ICU dan Elaun bedah, kita boleh claim walau pun masuk hospital kerajaan, atau pun walau pun majikan dah bayar duit bill rawatan kita.

Claim offline nie adalah istilah yang biasa digunakan untuk claim secara bayar dahulu, claim kemudian. Maksudnya, client perlu membayar dahulu semua bil rawatan di hospital dan membuat tuntutan ke syarikat insurance/takaful.

Keadaan yang memerlukan claim offline.

1- Sekiranya client masuk wad dalam masa 3 bulan pertama policy bermula, i.e cover date.

Bagi pemegang medical card PruBSN Takaful atau Prudential, sekiranya anda masuk wad atau memerlukan rawatan dalam tempoh 3 bulan pertama policy anda bermula, anda perlu membuat bayaran bil rawatan terlebih dahulu dan membuat tuntutan dengan menghantar document yang berkaitan ke syarikat insurance/takaful sama anda buat sendiri atau melalui agent anda. (tapi, kalau ada agent, baik agent buatkan, takkan agent makan commission free je?..kena le buat servicing kepada client...)

Dokumen yang diperlukan.

i. Bil rawatan terperinci
ii. Resit ASAL (yang ini penting, salinan resit tidak akan dilayan)
ii. Medical report untuk claim PMM, HB, PruMed yang lengkap diisi ditandatangani oleh client dan Doktor yang merawat. Ada 2 borang...i.e borang 6 & 7. Kenapa borang 6 & 7, sebab no siri borang tu, last digit no 6 & 7. So, senang nak ingat. Dan borang ni pun yang selalu digunakan.

Boleh download borang kat sini
Medical report biasanya boleh diperolehi melalui Medical Record Department hospital. Caj untuk medical report ini ditanggung oleh client, dan nilai caj berlainan antara hospital dan jenis report yang diperlukan.


2- Sekiranya client masuk wad atau mendapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan.

Keadaan ini juga memerlukan client untuk bayar bil rawatan dan buat tuntutan kepada syarikat insurance/takaful
Dokumen yang diperlukan sama seperti no-1.
3- Claim pesakit luar untuk pre-hospitalization dan post-hospitalization.
Proses yang sama seperti no-1 and no-2. Tetapi hanya perlu isi borang Claim PMM, HB, Prumed untuk claimant sahaja...i.e borang 6. Borang untuk Doktor yang merawat tak perlu.
Claim untuk pesakit luar ini juga terpakai kepada claim dialysis, rawatan kanser, penjagaan jururawat di rumah, day surgery dan sebagainya. Rujuk lampiran untuk Major Medical Cover atau Pru Major Medical di dalam policy.
4- Claim kemalangan (pesakit luar) , sama ada guna AMR (Accident Medical Reimbursement) atau Emergency Treatment Benefit yang ada dalam medical card (MMC atau PMM)
Kalau bil kurang dari RM 500, tak perlu isi medical report. Cukup dengan hanya resit dan bil. Cuma bil rawatan perlu dicatatkan "Rawatan disebabkan kemalangan" oleh Doktor yang merawat. Kalau bil lebih dari RM 500, kena sertakan dokumen seperti No-1.
Maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang insurance khusus untuk Prudential and PruBSN Takaful. Sekiranya terdapat sebarang procedure yang berlainan dengan apa yang saya sebutkan di atas ini, anda perlu ikut procedure yang telah ditetapkan.
Sekian
Maklumat lanjut hubungi 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email: abdriadi@prupartner.com.my

4 comments:

  1. sy kena tumbuk kat mulut mase training silat kene 8 jahitan mc 3 hari,sy g govt hos.ape yg leh claim?kene jahit tu leh claim ke?

    ReplyDelete
  2. Azmi : bergantung kepada plan yg you amik. Kalau case2 mcm nie, normally falls under accident, so, kena tengok policy you amik tu ada benefit accident yang macam mana?...

    ReplyDelete
  3. Nk tanya ni..sy dah htr claim melalui agen sy lebih 2 bln dah. Tp x dpt lg claim. Sy buat surgery kat ppum 16/ 6 yg lps. Smp skrg blom dpt apa2. Mmg claim pru takaful dr hospital kerajaan lambat ke? Dah 4 bln lebih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, claim yang anda hantar, anda hantar kepada agent atau terus kepa company. Kalau kepada company, normally mereka ambil 10 hari bekerja untuk proces, dan dalam masa 5 hari bekerja kita dah boleh tanya progress.

      Kalau submit pada agent, saya khuatir agent tak proceed apa2 lagi. Menyebabkan claim jadi lambat. Agent Tuan full time ke part time?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...