22 August 2009

AFT : Basic Products Knowledge..

Bagi memudahkan anda untuk memahami semua jenis product insurance atau takaful, ada baiknya anda faham dulu apa yang saya akan kongsikan di bawah ini.

Nota : Penerangan ini adalah untuk tujuan pembelajaran agent2 baru yang ingin memahami konsep asas insurance. Mungkin maklumat ini kurang tepat. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat, sila comment dan saya akan perbetulkan dari semasa ke semasa.

Asas product insurance ada 4 jenis (yang utama). Cuba anda lihat ciri2 setiap plan ini dan apakah perbezaan setiap satunya. Diharapkan anda dapat memahami konsep asas pelan2 insurans yang saya cuba sampaikan ini. Kalau anda faham konsep asas ini, anda boleh memahami semua plan yang ada di pasaran.


1- Endowment Plan (Pelan Simpanan)



Pelan ini biasanya dinamakan dengan pelan simpanan atau endowment plan. Ciri2 utama plan ini (lihat diagram) :


- Dari segi premium : Endowment lebih tinggi daripada Whole Life dan Term
- Sum Covered : Endowment lebih rendah daripada Whole Life dan Term

- Sum Covered adalah dijamin, Maksudnya, katakan client tu amik sum assured RM 30,000 selama 20 tahun. Cukup tempoh (maturity)...client akan dapat RM 30,000 disamping bonus (sekiranya ada)...tapi, kalau meninggal atau lumpuh sebelum tempoh maturity, akan dapat juga sum covered. Lihat graf di atas.

- Kalau surrender sebelum tempoh matang, cuma dapat nilai tunai (tak dapat full). Biasanya surrender value akan kurang dari jumlah caruman.

- Pelan ini sesuai untuk client yang focus kepada jaminan simpanan pada masa akan datang. Sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan pendidikan...sebab, katakan ayah amik plan ini utk anak...so, kalau ayah ada pun simpanan ada, kalau ayah tak de disebabkan meninggal dunia pun, duit tetap ada.


2- Whole Life Plan (Pelan Insurans Hayat) 


Pelan ini dinamakan Pelan Insurans Hayat atau Whole Life Plan. Ciri-ciri utama
- Dari segi premium : Whole Life lebih tinggi dari Term dan lebih rendah dari Endowment.
- Sum Covered : Lebih tinggi dari Endowment tetapi lebih rendah dari Term (Lihat rajah di atas)
- Biasanya tempoh matang policy adalah sehingga umur client 100 tahun. Sekiranya kematian berlaku dalam tempoh tersebut, client akan dapat sum covered. Tapi, kalau tak berlaku kematian pada tempoh tu, dan client stop payment atau surrender, client cuma dapat nilai tunai yang amat sedikit. Lebih sedikit dari surrender value endowment dan sentiasa kurang daripada jumlah caruman.
- Sekiranya client umur panjang dan hidup sampai lebih dari 100 tahun, client cuma dapat nilai serahan dan tak dapat sum covered. Ayat mudah, mati baru dapat claim, tak mati hanya dapat cash value sikit. Plan ini sesuai untuk orang yang focus untuk income replacement utk keluarga yang ditinggalkan selepas meninggal dunia.






3- Term Plan (Pelan Bertempoh)





Term Plan merupakan plan yang tidak mempunyai nilai tunai langsung. Perkataan paling mudah, kalau claim, kita dapat pampasan, tak claim, duit burn.

- Dari segi premium : Term lebih rendah daripada Endowment dan Whole Life
- Sum Covered : Term lebih tinggi daripada Endowment dan Whole Life...sebab murah.

Plan term yang biasa , Personal Accident, Medical Card standalone, Term Life (lebih murah dari whole life)...dan biasanya dalam tempoh yang pendek.


4- Investment Link Product (Insurance berasaskan pelaburan)


Akhir sekali adalah Investment link. Plan investment link mempunyai konsep asas yang anda perlu fahami. Secara ringkasnya, Invesment Link ini adalah gabungan kepada ketiga-tiga plan traditional di atas. PruBSN merupakan syarikat pertama sekali yang melancarkan Pelan Investment Takaful (fully syariah compliance) yang dinamakan Takafulink pada bulan Nov 2006.
Dari segi premium, ia bergantung kepada client, dan terdapat min caruman. Kalau client nak perlindungan tinggi, investment akan jadi rendah. Kalau nak Investment lebih, perlindungan kena rendah. Kalau nak Perlindungan dan pada masa pelaburan nak tinggi, kena tambah caruman...itu sahaj konsep asas investment link.
Dan ciri2 utama Plan Investment Link ni adalah..


- Komprehensif
Maksudnya, plan investment link nie menawarkan plan yang lengkap di mana banyak rider (manfaat tambahan boleh disertakan dalam satu policy)...anda boleh rujuk di sini senarai manfaat yang ditawarkan dalam takafulink.

Secara ringkasnya, komprehensif mesti mempunyai 5 manfaat utama dalam 1 akaun, dan terdapat beberapa manfaat pilihan/tambahan yang berkaitan dengan manfaat utama.

  1. Kematian (Death / TPD)
  2. Sakit Kritikal (Critical Illness)
  3. Kemalangan (Accidental Death/Disablement)
  4. Medical (Hospital and Surgical)
  5. Saving / Investment
- Fleksible

Keperluan perlindungan kewangan setiap orang berbeza-beza dan berubah-ubah. Kalau plan traditional (Endowment, Whole Life dan Term), client tak boleh ubah sebarang manfaat kalau policy dah keluar. Kalau nak tambah kena amik policy lain. Kalau nak kurang, kena surrender....

Tapi Investment Link, sebarang perubahan manfaat (tambah atau kurang), perubahan jumlah caruman (tambah atau kurang-tertakluk caruman minimum) adalah dibenarkan. Inilah salah satu keistimewaan product Investment Link. Client boleh tentukan apa plan yang dia nak dan macam mana coverage dia nak dari semasa ke semasa walau pun policy telah dikeluarkan.

- Returnable

Oleh kerana sebahagian sumbangan caruman dilaburkan, jadi ada peluang untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih. Namun begitu, ia berkait pula dengan risiko pelaburan mungkin keuntungan lebih rendah pada masa-masa tertentu. Konsep melabur...High Return, High Risk. Pun begitu, client boleh pilih dana-dana berbeza dari segi risiko dan peluang keuntungan pelaburan tersebut. Iaitu

- Dana Ekuiti (paling tinggi risiko berbanding urus dan bond, begitu juga keuntungannya..peluang untuk mendapat keuntungan adalah lebih tinggi berbanding urus dan bond)
- Dana Urus (Risiko dan keuntungan pertengahan)
- Dana Bond (Paling kurang risiko dan paling rendah keuntungan berbanding ekuiti dan urus). Dana ini sesuai kepada client yang kurang ingin mengambil risiko pelaburan.


Setiap Dana ini boleh diambil bergantung kepada risk tolerance client. Jadi, sebagai agent, kita kena terangkan mengenai dana-dana ini kepada prospect atau client kita.

Kesimpulan

Plan Tradional : Focus kepada keperluan perlindungan tertentu.
Investment Link : Pilihan perlindungan yang lebih menyeluruh mengikut keperluan client dari semasa ke semasa.

Terdapat perbezaan dari segi comission agent. Plan traditional menawarkan commission lebih tingi berbanding Plan Investment Link. Namun, dari segi manfaat, Plan Investment Link ini lebih value for money.

Pengalaman saya sebagai agent pula, 98% client saya amik plan investment link...kalau dibandingkan lebih memberi nilai kepada wang client..i.e value for money. Selain lebih mudah untuk mengendalikan account tersebut.

Untuk agent2 saya, sekiranya ada sebarang soalan, atau tak berapa nak faham, boleh terus hubungi saya.

Untuk pembaca2 blog saya, saya berharap, sedikit maklumat ringkas ini membolehkan anda semua faham jenis2 plan insurance/takaful dan dari segi perbezaan ciri2 setiap satu plan tersebut.

-> Kembali ke Training Agency Foundation Training

2 comments: