25 September 2009

Part 2 : Prospecting

Prospecting

Adalah satu proses untuk mendapatkan contact number baru. Ada beberapa kaedah atau cara yang boleh digunakan pakai untuk mendapatkan contact number baru atau prospect. Antaranya

1. Referral
Referral merupakan satu teknik di mana kita mendapatkan nama dan contact number prospect daripada orang lain sama ada client, saudara-mara, adik-beradik atau kawan-kawan kita. Kebarangkalian untuk mereka mengambil policy daripada kita adalah sangat tinggi disebabkan kepercayaan prospect kepada kita setelah diperkenalkan oleh orang yang mereka kenali.
Terdapat beberapa cara yang kita boleh gunakan untuk mendapatkan referral. Antaranya adalah :

- Semasa menghantar policy.
Biasanya, setelah selesai menerangkan kandungan di dalam policy, kita akan bertanya, sama ada client berpuas hati dengan plan yang diberikan. Client akan mengatakan 'Ya', dan di saat dia mengatakan 'Ya', kita boleh terus menanyakan beberapa soalan untuk mendapatkan senarai nama prospect daripada client tadi. Antara skrip yang biasa saya gunakan " Ok, Encik, kalau Encik rasa plan ini dapat membantu Encik dari segi perlindungan kewangan terutamanya Medical Card, yang boleh bantu selesaikan bil rawatan kita apabila masuk hospital, Encik tentu ada kawan-kawan yang perlukan plan yang macam nie. Boleh tak berikan saya 3 atau 4 nama dan contact number kawan encik untuk saya hubungi dan kongsi apa yang Encik ambil "....

- Semasa menghantar claim kepada client.
Cara ini selalu saya guna, dan ada kalanya, client yang secara sukarela memberikan contact number prospect setelah mendapat claim. Kerana beliau amat yakin dengan plan yang diambil sebab pernah claim. Skrip yang biasa saya gunakan adalah sama seperti di atas.
Selain itu, ada juga prospect yang pernah kita present tidak mengambil policy dengan kita disebabkan oleh perkara2 tertentu (biasanya sebab kurang berkemampuan). Tapi, jangan halang diri anda untuk mendapatkan referral daripada dia. Apa yang saya buat biasanya, saya akan bertanyakan soalan, "Mungkin Encik belum mampu buat masa ini, akan tetapi, Plan ini bagus tak untuk encik?...(Biasanya saya akan dapat responds yang positive iaitu "Ya"), kalau bagus untuk Encik, rasanya bagus tak untuk adik-beradik, saudara-mara atau kawan2 encik?...boleh tak bagi 2 atau 3 nama bersama contact number mereka untuk saya kongsi dengan mereka mengenai apa yang saya kongsi dengan Encik pada hari ini".

- Center Of Influence (COI)
Sebagai agent, cara ini merupakan cara yang paling best dan mudah. Ia lebih kurang seperti kaedah referral, akan tetapi, percentage untuk kita closed deal lebih tinggi. Ini kerana, COI kita biasanya telah membuat sedikit penerangan dan ada yang lebih hebat, COI kita dah present semua sekali, dan kita hanya jumpa prospect untuk membuat penerangan terakhir dan menandatangani dokumen untuk permohonan insurans atau takaful. Akan tetapi, proses untuk menjadikan seseorang menjadi COI bukan satu kerja mudah dan tidak berlaku dalam semalaman. Ia memerlukan proses yang lama dan ada kalanya memerlukan pelaburan dari segi wang ringgit dan masa serta tenaga.
Biasanya, COI ini boleh dibentuk apabila kita telah lama dalam bidang insurans dan kita mempunyai ramai client dan pernah membuat claim untuk client. Pada saya, sekiranya anda ada 10 atau 20 orang COI sepanjang anda menjadi agent insurans, kerja-kerja untuk mendapatkan prospect baru dan client baru menjadi lebih mudah.


Kalau boleh, saya ingin kongsikan pengalaman saya untuk develop hubungan dengan client kita sehingga boleh dijadikan COI, akan tetapi ianya terlalu banyak proses. Anda boleh menghubungi saya atau mungkin boleh datang ke office kami di Jaya 33, untuk berkongsi idea mengeani COI ini.


2. Direct Approach

- Kaedah ini memerlukan kita menegur prospect secara terus di mana-mana kita berada sebagai contoh di tempat awam seperti Stesen LRT, Shopping Complex dan sebagainya. Atau dengan cara lain seperti pergi dari satu pejabat ke pejabat. Walau pun kelihatan mudah, tapi kaedah ini memerlukan keberanian dan perlu buang sifat malu untuk menegur.
Saya lebih suka kaedah direct approach dari pejabat ke pejabat. Ini kerana, kita boleh terus meminta kebenaran untuk berjumpa majikan, dan sekiranya kita berpeluang, kita mungkin memperolehi client satu pejabat. Akhirnya pejabat tersebut boleh kita jadikan tempat untuk mengembang client kita (nesting).

Contoh activity yang kita akan lakukan untuk mendapatkan contact atau database prospect sebelum kita process dengan membuat phone call.




Sekiranya anda join group saya di Muqmeen Group, saya akan ajar anda untuk buat activity ini secara berkumpulan dan sudah tentu ianya menyeronokkan dan yang pasti boleh mendatangkan hasil untuk dapat client.



3. Promotion Booth
Kaedah ini memerlukan kerja dalam pasukan. Ini kerana, biasanya booth atau kaunter dibuat di tempat2 yang mempunyai ramai orang lalu lalang. Biasanya Pusat Membeli-belah, Hypermarket, Pasar tani, Hospital, Ekspo2 dan sebagainya. Kebanyakkan tempat2 ini memerlukan kita membayar sewa tapak untuk kita membuat kaunter promosi. Untuk pengetahuan anda semua, saya mengembangkan business saya dalam industri insurans atau takaful banyak melalui booth. Activity booth ini membolehkan kita berjumpa pelbagai jenis prospect. Jadi terpulang kepada kita untuk memproses mereka untuk menjadi client. Perkara penting dalam mendapatkan client melalui kaedah kaunter ini adalah fact finding. Proses fact finding perlu dilakukan dengan baik bagi mengelakkan client tidak menyambung bayaran premium pada masa akan datang menyebabkan kita menghadapi masalah dari segi persistency. Ini penting kerana, dalam kita mengejar productivity, kita kena jaga persistency bagi membolehkan kita mendapat business yang profitability.
Akhir sekali, data-data yang anda perlukan semasa membuat prospecting boleh diringkaskan seperti ini APIANO
- A : Age
- P : Phone
- I : Income
- A : Address
- N : Name
- O : Occupation
So, dengan adanya data2 nie, senang sikit untuk buat fact finding dan presentation pada masa akan datang.
-> Kembali ke Module part 2

No comments:

Post a Comment