28 May 2010

Handling Objection : Nak compare2 dengan plan lain.

Salam,


Ramai agent baru atau agent2 yang agak lama dan kurang pengalaman handling objection jumpa saya dan bertanya kepada saya, macam mana nak handle kalau client atau prospect dok compare2 dengan plan lain atau dari syarikat lain, atau ada yang kata plan company tu ada benda nie, plan company ni ada benda tu, PruBSN pulak ada benda nie dan kena benda nie, plan company tu pulak tak de ko-takaful dan macam2 lagi...


Bila client start compare, pada saya, ia tak ubah seperti kita buat perbandingan antara APPLE dengan ORANGE....Setiap plan, sure ada kelebihan dan kekurangan masing2, tapi yang paling penting adalah, plan yang diambil tu selari dengan apa yang client perlukan. Terlalu banyak perbandingan, adakalanya menyebabkan client konfius dan akhirnya diorang akan tangguhkan untuk bukak account. So, lama2 sangat tangguh, tetiba tak sempat nak amik, dan dah sakit..siapa yang susah?...


Jadi, saya pun bagitau le pengalaman saya ..." Ramai prospect yang saya
jumpa dan ada yang dah jadi client, memang diorang ada mention pasal ada medical card takaful lain ada yang tak de ko-takaful (saya senyum dan angguk je)...tapi, bila saya ceritakan macam mana plan PruBSN secara keseluruhannya boleh membantu client dapat claim lebih dari 100%....diorang jadi tak kisah pun pasal ko-takaful....berapa banyak claim dah saya buat, Alhamdulillah, semuanya berpuas hati.


Pada saya, kalau orang tu nak compare, simple je, kita buatkan satu analogi macam perlumbaan kereta F1...kenapa diadakan F1?...pandangan saya simple je...semua pembuat kereta boleh claim kereta mereka paling canggih dan paling power....tapi, hakikatnya, kalau nak tau power tak power...masuk berlumba kat trek (F1)..then baru mana satu lebih power dikalangan semua yang power tadi....


Sama jugak medical card atau insurance plan, kalau nak tau...just compare macam nie je...katakan prospect/client tu amik policy 200 sebulan, then dengan pakej yang lebih kurang sama, syarikat lain pulak....lepas tu, create satu senario...contoh : Batu Karang...then, tengok apa yang boleh diclaim, apa yang client akan dapat, dan tengok sendiri mana satu lagi berbaloi2....then suruh client pilih.....kalau diorang sign up, Alhamdulillah, kalau diorang tak sign up dan pilih plan lain....NEXT.


Selamat mencuba.


Kembali ke Artikel Utama

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...