19 May 2011

Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi-pagi nie, dalam perjalan saya ke office, saya terfikir mengenai 3 perkara nie..Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN.

Ramai yang berbicara tentang impian dan cita2...tapi, dari sudut lain, adakah impian yang kita ingini tersebut boleh dicapai dengan sekelip mata?..atau dengan kita duduk berdiam diri tanpa sebarang tindakan?..atau sebaliknya kita perlu berusaha keras, berjuang untuk mencapai impian tersebut?...

Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba kita lihat dari sudut pandangan agama, salah ke kalau kita mempunyai impian, atau "DREAM" nie....



Surah Al Qashash
Kalau kita sama2 lihat petikan surah di atas, Allah suruh kita cari kebahagian di akhirat, tapi Allah juga ada beritahu, jangan lupakan bahagian kita di dunia. Jadi, dari sudut Islam sendiri, tidak menghalang untuk kita mempunyai impian hidup selain di akhirat, tapi di dunia...


Ok, dalam konteks kehidupan di dunia, pernahkah anda terfikir, atau pernahkah kita merenung sejenak....kita nie ada Impian Hidup atau tidak sebenarnya....atau kita nie just teruskan kehidupan seperti biasa tanpa kita berfikir atau merenung nasib kita akan datang. Jadi, pada saya langkah pertama sekali kita kena buat adalah, berfikir...dan merenung, apa IMPIAN kita sebenarnya?...


Lepas kita kenal pasti apa impian, kita, tak kira laa sama ada dalam bentuk material, sama ada dalam bentuk perasaan dan sebagainya....kita kena tetapkan Impian kita SEKARANG...bukan kemudian...kita perlu bayangkan, apa yang kita nak. Kalau kita nak kehidupan yang lebih baik...dari segi kewangan dan sebagainya, kita kena fikirkan dan bayangkannya sekarang. Walau pun benda tu belum tentu dapat atau belum tau bila kita akan dapat. Itu tidak penting, yang penting kita kena bermimpi "DREAM" sekarang.

Ok, langkah seterusnya....


Pilihan di tangan anda

Pilihan di tangan anda.....apa yang anda IMPI kan bergantung kepada usaha anda. Seperti dalam petikan Surah Al-An' aam ayat 132 di atas. Jadi, ini yang saya nak tekankan, kalau setakat bermimpi, tanpa sebarang usaha, jadi le angan2 yang sia2...Tapi, pasal USAHA ni jugak, kena tengok usaha yang macam mana. Adakah sekadar melepaskan batuk di tangga?..atau kita bebetul berusaha.

Pengalaman saya develop business insurance / takaful bersama Prudential nie, kalau cerita pasal usaha nie, pertama sekali yang selalu membantutkan usaha kita adalah HALANGAN2 yang kita tempuh. Macam2 ada....ada yang ringan, ada yang berat. Ringan atau berat, tidak penting, tapi yang penting bagaimana kita BERJUANG untuk menghadapinya. Atau kita sangkut pada halangan tersebut dan tak boleh nak teruskan perjalanan.

So, saya tekankan kat sini, usaha yang saya maksudkan disini bukanlah setakat berusaha "asalkan buat"....kena buat bersungguh2....penuh dedikasi....kalau ada masalah, jangan cepat mengalah, "focus kepada solution, jangan terlalu focus kepada masalah. Kita focus kepada masalah, masalah akan bertambah besar, kita focus kepada solution, solution akan settledkan masalah, kekadang tanpa kita sedari....". Ini lah PERJUANGAN yang saya maksudkan...

Saya sendiri pernah menghadapi pelbagai halangan, dugaan, cubaan, ujian dan sebagainya untuk sampai ke tahap ini. Dan banyak lagi ujian yang akan saya hadapi untuk pergi lebih jauh. Itu dah memang kita boleh agak. Anda boleh baca pengalaman saya di sini.


Akhir sekali, sudah menjadi sunnah orang berjuang...."Berjuang ertinya TERKORBAN".....ada 2 benda yang saya nak tekankan...Perjuangan memang tak dapat dipisahkan dengan Pengorbanan. Sama ada kita BERKORBAN atau TERKORBAN. Oleh itu kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal...

Dalam pada kita nak bina empayar perniagaan kita, tidak boleh lari dari 2 benda nie...masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya....kita kena sanggup untuk korbankan. Tapi kena ingat, bukan untuk tempoh masa yang lama, cukup untuk seketika sebelum kita berada di puncak kejayaan.

Jadi, kesimpulannya, saya nak tekankan, Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN......"Ada ramai yang ingin berjaya dan mengejar impian, tapi, amat kurang yang ingin berjuang untuk mencapai apa yang diimpikan, dan terlalu sedikit jumlah yang sanggup berkorban atau terkorban demi mengejar impian mereka "-Aziz Riadi

Semoga sedikit catatan ini dapat memberi seribu makna kepada pembaca sekalian...

Salam....

2 comments:

  1. perkongsian y menarik..insyaallah,jalan kebahagian pasti akan kutemu jua..=)
    berrsama2 jd askar dimedan jihad..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Askar....tapi yang penting jangan sekali2 give up...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...