22 June 2010

Potensi Pasaran Business Insurance / Takaful

Salam pembaca semua.

Ramai yang saya jumpa yang nak jadi agent takaful, mereka bimbang mengenai potensi atau keadaan pasaran insurance atau takaful pada masa akan datang. Sebab diorang rasa agent makin ramai dan susah nak buat. Tapi hakikatnya, (sila lihat artikel di bawah)....BNM sendiri keluarkan kenyataan bahawa industri insurance / takaful meningkat lebih 40.8% pada tahun 2009, berbanding tahun sebelumnya iaitu dalam 31.5%.



Jadi, kepada agent2 yang dah berada dalam business nie, jangan le dok bimbang akan market. Sebaliknya, sepatutnya kita kena bimbang, adakah kita ini berupaya untuk memenuhi kehendak pasaran masa kini yang lebih focus kepada service driven. Siapa atau mana2 agent yang berikan perkhidmatan yang terbaik akan mendapat tempat di pasaran. Sebaliknya, kalau service lebih kurang atau lebih teruk dari standard yang ditetapkan, mereka tidak akan bertahan lama. Biasa pernyataan yang sering kami gunakan...Die Slowly but Surely...

Oleh yang demikian, agent2 semua, nasihat saya, harap dapat tingkatkan activiti yang mana ia akan meningkatkan productiviti, dan yang paling penting adalah kita buat kerja kita dengan cara yang betul. Urusan harian kita adalah melibatkan wang ringgit dan ada kalanya tunai. Jadi, kita kena buat ikut etika yang telah ditetapkan. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan sampai kita melakukan perkara yang salah dari segi etika kita sebagai agent insurance / takaful. Sebabnya, prospect dan client sekarang lebih bijak disebabkan kemampuan mereka mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada internet. So, kalau kita cakap A (disebabkan kita terdesak untuk secure business atau kita buat atas kepentingan kita sahaja tanpa melihat kepentingan semua) sedangkan perkara sebenarnya adalah B, dan maklumat tersebut boleh dicapai oleh sesiapa sahaja di internet....apa yang client atau prospect akan labelkan kita? Fikirkan lah sendiri.

Akhir sekali, apa yang penting adalah, kita perlu focus dengan kerja kita, sementara kita ada kesempatan masa, umur, kesihatan dan lain2 lagi.

Kepada sesiapa yang berminat nak jadi agent PruBSN Takaful, sama ada full time atau part time, boleh contact saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email saya ke abdriadi@prupartner.com.my

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...