18 August 2010

PruBSN CrisisCover

PruBSN CrisisCover


Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%

Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu


  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan contoh plan, boleh emailkan ke abdriadi@prupartner.com.my details anda kepada saya.

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Pekerjaan
4. Status Merokok (Y/N)
5. Jumlah Perlindungan yang ingin diambil.


Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai product ini, boleh menghubungi saya di talian 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email saya : abdriadi@prupartner.com.my. Insyallah, kami sedia memberi khidmat nasihat kepada anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...