03 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah yang sentiasa memberikan nikmat kepada kita....saat demi saat, sama ada kita sedar atau tidak....


Tahun 2010 dah berlalu....penuh dengan pelbagai kenangan.....sekarang kita berada di tahun 2011. Pastinya cabaran lebih hebat. Tapi kita tak boleh leka dengan apa yang kita ada. Kena sentiasa muhasabah setiap apa yang kita buat, adakah ianya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah S.W.T atau sebaliknya.....kalau semakin dekat Alhamdulillah, kalau semakin jauh, masih ada masa untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat....

Allah kurniakan kepada kita pelbagai nikmat yang kita sendiri tidak akan terhitung banyaknya....jadi, apa yang kita perlu buat adalah...kita perlu senantiasa mensyukuri nikmatNya.....mudah-mudahan Allah akan tambah nikmat tersebut.....

Selain dari itu, tidak tinggal juga ujian yang Allah berikan kepada kita....bersangka baiklah kepada Allah, sesungguhnya Allah tidak pernah menganiaya hambaNya, sebaliknya hambaNya yang menganiaya diri mereka sendiri....jadi, kita sama2 berdoa, agar Allah sentiasa memberi kekuatan Iman kepada kita, dalam menghadapi sebarang ujian, sama ada dari segi musibah atau ujian nikmat....

Tarikh 1.1.11 (01.01.2011)....amat bermakna kepada saya.....saya genap 34 tahun. Dan genap 7 tahun saya berkecimpung dalam bidang insurance / takaful sebagai perancangan kewangan.

Hadiah Birthday 2011

Hadiah untuk diri sendiri : 1st January 2011

Apa2 pun terima kasih saya ucapkan kepada semua....Keluarga saya (Ibu, Isteri (Noorazilla Nordin)....anak2 saya, adik beradik saya)....semua agent2 MD2 khasnya dan team Al Isra' Associates Sdn Bhd umumnya....dan terima kasih tak terhingga juga kepada Prudential....

So, hadiah kat atas tu, bukannya saya dapat free...(yg free I-pad tu je)....yang satu lagi tu, kena usaha baru dapat hadiah tu...tapi mmg berbaloi...0-100km/h below 6 sec.....aduhai.....

Semuanya hasil usaha keras selama nie....saya tak pernah terbayang pun semua benda ni sebelum nie...maklum laa....orang kampung, dan family pun orang kampung....cuma....apa yang ada hanyalah IMPIAN seorang budak kampung yang selalu berangan untuk mengubah kehidupan diri sendiri dan keluarga kepada yang lebih baik.

Saya sendiri tak sangka, business insurance yang saya ceburi 2003 yang lepas....dan saya buat full time pada 1.1.04...dalam 7 tahun, macam2 yang saya perolehi....

Ok lah...."Sebenarnya, apa yang saya inginkan dan dapat sekarang nie tak penting kepada anda....apa yang penting adalah apa yang anda inginkan, dan yang anda perlu usahakan....untuk nak dapatkan apa yang anda inginkan...."

Kami ada cara bagaimana nak capai impian kami, dan kami percaya, cara tersebut boleh diguna pakai oleh semua orang.....prospect business insurance / takaful di Malaysia sangat luas. Anda dijemput untuk hadir ke Seminar Peluang Perniagaan Insurance / Takaful kami yang di adakan dari semasa ke semasa....boleh hubungi saya untuk join seminar tersebut.


Mungkin anda tertanya2...betul ke apa yang saya ceritakan ini, boleh bertahan ke, dan macam2 persoalan lagi....oleh itu, kalau anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh hubungi saya...019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email abdriadi@prupartner.com.my..

Saya akan kongsikan pengalaman saya, dan saya akan tunjukkan bagaimana caranya...dan tak cukup dengan itu sahaja, saya akan monitor apa yang anda buat sampailah anda capai apa yang anda inginkan.....just follow 4 simple rules...
  • Be a good Follower
  • Never give up
  • Always communicate
  • Never Stop Learning

Selebihnya, kita tunggu, hanya masa yang akan menentukan impian anda tercapai....

Sekian....selamat tahun baru 2011.....

5 comments:

  1. tahniah... aku tumpang gembira. i follow :)

    ReplyDelete
  2. perrrgghhhh bos aku dah beli GTI...xpe bos...saya follow lepas nie...insyaallah 2012... (^^,)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Hanizan dan Uwais...Insyallah, korang pun akan dapat apa yang korang impikan...just kerja kuat dan jgn lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah...

    ReplyDelete
  4. Nanti aku share dalam blog aku, mcm mana aku start dulu dalam business...ramai yang tak tau sebab aku tak pernah cerita benda nie...tapi, sekarang nie, aku rasa sampai masa aku share something, maybe ianya jadi satu sumber inspirasi kepada yang nak berjaya.

    ReplyDelete
  5. tahniah aziz..harap aku pon bole berjaya..i believe i've made the right choice to join this business..mcm yg nko kata, usaha dan masa akan menentukan...

    ReplyDelete