26 June 2011

Maksud Istilah yang digunakan di dalam Sijil Takafulink PruBSN

Salam,


Saya mendapat banyak respond atau pertanyaan, mengenai beberapa maksud istilah yang digunakan dalam sijil takafulink. Tidak kira dari prospect (seseorang yang belum menjadi client tapi ada potensi untuk jadi client), client mahu pun agent.

Jadi, saya rasa, lebih baik saya buat satu page yang menerangkan semua perkara tersebut, supaya senang untuk semua orang merujuk, dan saya tak perlu menerangkan berulangkali...


1. Umur

Merujuk kepada umur pada hari jadi akan datang. Sebagai contoh...tarikh hari ni adalah 26/06/2011. Sekiranya client punya tarikh lahir pada 1/5/1980, umur (ANB - Age Next Birthday) adalah 32 tahun. Sebab tarikh lahir dah lepas. Kalau pada 1/8/1980, umur ANB beliau adalah 31 tahun.

Tips : sebab tu kalau boleh nak sign up policy sebelum masuk tarikh lahir kita. Sebab, walau pun kita sign up pada tarikh hari lahir kita. Umur yang dikira akan ditambah kepada 1 tahun.


2. Amount Manfaat

Jumlah dibayar dari Dana Tabarru' (tabung derma) yang ditunjukkan dalam jadual manfaat (sila rujuk sijil takaful anda). Ia tidak termasuk nilai Tunai yang ada dalam sijil ini (jika ada)


3. Caj Pengurusan Aset

Perbelanjaan pengurusan pelaburan bagi Akaun PUA dan IUA (sila rujuk maksud PUA dan IUA di bawah)


4. Caj-caj

Apa caj-caj yang dikenakan :
i. Caj Perkhidmatan
ii. Caj Wakalah Pengurusan Risiko
iii. Caj-caj Pengurusan Dana dan potongan Tabarru'

5. Tarikh Sumbangan Patut Dibayar (Contribution Due Date)

Hari pertama sumbangan anda patut dibayar mengikut kekerapan bayaran (monthly, quarterly, half yearly, yearly). Tarikh due adalah 1hb setiap bulan.


6. Tahun Sumbangan

Tempoh yang mana anda membayar sumabngan tetap untuk 12 bulan


7. Orang yang dilindungi (Person Covered)

Orang yang dilindungi di bawah pelan takaful ini. Sila rujuk sijil anda.


8. Komisen dan Caj Berkaitan Pengagihan

Komisen wakil dan perbelanjaan berkaitan pengagihan.


9. Keuntungan Pelaburan

Keuntungan daripada pelaburan Dana Tabarru' dan ISA (Individual Special Account) yang akan diagihkan diantara anda mengikut peratusan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada kontrak mudharabah.


10. Akaun Unit Perserta (Participant Unit Account -PUA)

Akaun yang mana unit-unit anda diperuntukkan, bergantung kepada amount Sumbangan Berkaitan yang dibayar dan lebihan pengunderaitan dan/atau keuntungan yang timbul daripada Dana Tabarru'.

Maksud lebih mudah jumlah sumbangan yang digunakan untuk membeli unit (mengikut peratusan). Dengan kata lain, duit sumbangan anda yang akan digunakan untuk membeli unit saham (mengikut dana yang dipilih sama ada Ekuiti, Urus atau Bond semasa memohon pelan takafulink). Manfaat yang diperuntukkan di bawah PUA adalah (Kematian, Lumpuh Kekal Keseluruhan dan Crisis Shield)....rujuk manfaat takafulink untuk penerangan setiap manfaat secara ringkas.


11. Akaun Khas Individu (Individual Special Account - ISA)

Akaun yang mana Sumbangan Manfaat Tambahan (Supplementary Benefit) dan lebihan dan/atau keuntungan yang timbul daripada Dana Tabarru' akan dibayar.
Bahasa mudah, sumbangan untuk manfaat tambahan daripada caruman anda, akan dimasukkan ke dalam account ini. Dan sekiranya terdapat lebihan (surplus) dari Dana Tabarru' (derma), ianya akan dimasukkan ke dalam account ini juga. Inilah yang membezakan antara pelan Takaful dan Conventional...terdapat lebihan Tabarru' yang akan dipulangkan kepada pencarum.


12. Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account - IUA)

Akaun yang mana amaun daripada Sumbangan Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit untuk tujuan pelaburan.


13. Mudharabah

Persetujuan yang membenarkan syarikat melaburkan dana dari ISA dan tabarru' pencarum yang mana sebarang keuntungan dari pelaburan ini akan dikongsi mengikut peratusan yang telah ditetapkan. Peratusan pembahagian keuntungan untuk setiap lebihan adalah 70% client, 30% syarikat.



p/s: Terdapat beberapa lagi istilah, tapi jarang2 di tanya oleh prospect oleh client, sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh contact saya 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau beli policy dan semua yang anda ingin tahu ada dalam policy tersebut. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...