08 December 2011

Pentingnya Berjemaah dalam Business Insurance / Takaful....

Salam pembaca budiman sekalian. Agak lama saya tak menulis / update blog saya. Agak busy dengan membangunkan agency. Tapi, sedikit masa yang terluang dan sementara idea pun tengah ada, saya tak nak simpan lama2. Nanti lupa.

Berjemaah dalam buat business..atau buat business secara berkumpulan....apa hikmahnya?

Kalau kita renung, dalam Islam, kita amat digalakkan buat kerja secara berjemaah. Islam didik kita, dalam solat....kalau solat sendirian dapat 1 pahala, kalau solat berjemaah dapat 27 pahala. Walau pun effortnya sama. Apa yang kita belajar daripada benda nie?...Kalau anda tanya saya...itulah dia KEBERKATAN....buat sikit dapat banyak....dan apa yang saya faham mengenai keberkatan ini "Sikit cukup, banyak berlebih"....so, berkat le tu. Kalau sikit tak cukup, banyak pun tak cukup....so, mungkin kat situ tiada keberkatan. Jadi, balik kepada apa yang Islam ajar dan suruh. Insyallah, kita sama2 peroleh keberkatan.


Teamworking

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Deliver apa yang patut kita deliver dan bantu team mate kita kalau mereka belum deliver apa yang patut mereka deliver...


Dalam konteks business insurance pulak, mungkin ada yang katakan, "Saya boleh buat bersendirian"..ya betul...memang kekadang anda boleh buat sendirian, tapi berapa lama boleh bertahan, dan adakah hasilnya lebih baik dari buat secara berkumpulan.

Mungkin ramai yang tahu benda nie penting, tapi, tak ramai yang tahu macam mana nak start?, apa2 elemen2 yang penting dalam buat kerja secara berkumpulan?, bila nak start?...

Sepanjang sama buat business insurance / takaful...TEAMWORKING amat penting. Sebab tak semua benda yang kita tahu, orang lain tahu dan tak semua benda yang kita tak tahu orang lain pun tak tahu. Jadi, ianya jadi pelengkap kepada satu sama lain. Cuma, ada kalanya bila kita bekerja berkumpulan ada beberapa perkara yang menyebabkan kita berpecah....saya nampak antara sebab utama adalah "SELFISH"...atau pentingkan diri sendiri. Bila kita dalam kumpulan, tak boleh pentingkan diri sendiri. Hanya nampak kita punya interest. Kena korbankan sikit kita punya interest untuk memenuhi kehendak kumpulan, dan menjaga kepentingan semua ahli dalam kumpulan.

Pentingkan diri sendiri ni memang akan menjadi satu titik perpecahan dalam sesebuah kumpulan. Tapi, macam mana nak buat supaya kita tak pentingkan diri sendiri. Pada saya mudah sahaja, belajar untuk RESPECT orang lain....bila kita respect orang lain, hak orang lain dan sebagainya, itu merupakan satu langkah pertama dalam menghilangkan sikap pentingkan diri sendiri.

Sebagai contoh, kalau dalam agency structure....Aktiviti Morning Sharing...kalau kita respect orang lain yang boleh datang pagi-pagi ke office untuk hadiri sessi morning sharing, kenapa kita tak boleh?..kadang2, kita adalah masalah peribadi, atau masalah keluarga, jadi, kita tak boleh datang ke sessi tersebut. Kalau setakat sekali atau 2 kali, mungkin kita boleh faham, tapi, kalau dah jadi habit...dan selalu sangat....jadikan personal matter sebagai lesen untuk tidak hadir sharing atau lambat hadir sharing...dah nampak sikap kita yang pentingkan diri sendiri.

Adakah kita tahu, bahawa orang lain pun ada masalah macam kita...tapi disebabkan mereka RESPECT rules and regulation yang telah ditetapkan, persetujuan yang telah dimeterai...mereka akan buang kepentingan peribadi dan lihat dalam skop yang lebih luas dan berpandangan lebih jauh....dan kat situ lah sebenarnya kita memerlukan PENGORBANAN....

Kenapa pengorbanan? sebab kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu....kita kena bijak menyusun keutamaan. Kalau kita asyik utamakan diri sendiri, tidak akan terbit sikap dalam diri kita perihal RESPECT itu, dan bila tiada RESPECT, maka tiadalah BONDING dan seterusnya tiada lah ENERGY dan tiada ENERGY dalam sesebuah kumpulan, maka tiadalah MOMENTUM untuk mereka bergerak lebih laju untuk mencapai EXTRA ORDINARY atau SPECTACULAR RESULT...

Sebut pasal energy, mungkin ada yang kurang faham, tapi ianya memang sukar untuk difahami kalau kita tidak pernah merasai....

Ini baru satu contoh Morning Sharing, belum activity2 berkumpulan lain lagi, macam nak setup booth, nak buat aktiviti luar macam market survey dan sebagainya yang memerlukan sokongan kumpulan. Lagi ramai lagi semangat....

Sama juga kalau kita tengok perlawanan bola sepak....kalau yang dalam padang main hebat macam mana sekali pun, penonton tak de, ...akan kurang lah semangat...tapi, kalau penuh stadium, lihat sahaja tenaga yang disalurkan...ianya tidak boleh dilihat, tapi ianya boleh dirasa...dan somehow...ianya boleh ditunjukkan dalam tindakan yang kita buat.

Akhir sekali, saya ingin berkongsi sedikit pernyataan...dalam kita bekerja dalam kumpulah..."Biarlah kita tak sama, tapi boleh bekerjasama, biarlah kita tak serupa, tapi boleh bersemuka dan biarkan kita tak sekata tapi kita tiada sengketa"...semoga apa yang saya cuba sampaikan boleh memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Wallahualam..

Sekian.

Kembali ke >> Artikel Utama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...