24 January 2012

Medical Card : Takaful Health 2

Takaful Health 2 adalah satu rider atau manfaat tambahan. nombor '2' bermaksud, ini adalah plan medical card versi ke-2 selepas Takaful Health dilancarkan. Anda boleh baca maklumat di bawah ini sebagai rujukan. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lengkap, boleh hubungi saya di 019-323 2121.

Antara kelebihan Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti berikut.

  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 100 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad
  • Dan banyak lagii.....hubungi saya sekarang...
  • Jadual Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti di bawah.
Takaful Health 2 Table

Untuk pengetahuan semua pembaca. Takaful Health 2 terdapat penambahbaikkan dari segi pilihan jenis plan. Iaitu, terdapat 2 pakej sama ada anda nak medical card yang ada ko-takaful atau deducttible.

1. Ko-Takaful

Ia adalah perkongsian tanggungan kos perubatan antara company dah client. Iaitu 10% akan ditanggung oleh client dan 90% akan ditanggung oleh PruBSN Takaful. Namun begitu, ada syarat tambahan untuk tidak membebankan client. Iaitu, min ko takaful tersebut adalah RM 300 dan Maximum adalah RM 1,000.

Sebagai Contoh :

A. Bil Rawatan : RM 2,000 (10% = RM 200)

PruBSN Takaful : RM 1,700
Pemegang Sijil : RM 300
*sebab min ko-takaful adalah RM 300.

 
B. Bil Rawatan : RM 3,000 (10% = RM 300)
PruBSN Takaful : RM 2,700
Pemegang Sijil : RM 300
* sebab, ko takaful adalah 10% dan min 300

 
C. Bil Rawatan : RM 5,000 (10% = RM 500)
PruBSN Takaful : RM 4,500
Pemegang Sijil : RM 500
*sebab, ko takaful adalah 10% min 300 dan max 1000. So, RM 500 adalah antara 300 dan 1000. So, client kena bayar RM 500

 
D. Bil Rawatan : RM 50,000 (10% = RM 5,000)
PruBSN Takaful : RM 49,000
Pemegang Sijil : RM 1,000
*sebab maximum ko-takaful adalah RM 1,000

2. Deductible

Untuk deductible, client diberi 2 pilihan sama ada untuk memilih deductible option RM 3000 atau RM 10,000. Apa maksudnya tu?..maksudnya, kalau untuk yang RM 3,000. Bill RM 3,000 pertama akan ditanggung oleh client, manakala selebihnya baru boleh claim kat PruBSN Takaful. Begitu juga kalau deductible options RM 10,000. So, bill atas RM 10,000, baru boleh claim.

Sebagai contoh.

A.  Bil Rawatan : RM 2,000 (Deductible RM 3,000)

PruBSN Takaful : RM 0
Pemegang Sijil : RM 2,000
*sebab bill dibawah RM 3,000

B. Bil Rawatan : RM 30,000 (Deductible RM 3,000
PruBSN Takaful : RM 27,000
Pemegang Sijil : RM 3,000
* Sebab bill lebih dari RM 3,000, baru boleh claim kat PruBSN Takaful.

Ada berita baik untuk anda...PruBSN Takaful ada melancarkan plan medical card Deductible terbaru iaitu ZERO DEDUCTIBLE....

Maksudnya, PruBSN Takaful akan membayar kesemua bill rawatan anda dan tiada ko-takaful. Tapi ada beberapa syarat mudah perlu dipenuhi.

1. Kena amik plan TH2 200 dan ke atas.
2. Setakat ni hanya untuk plan dewasa sahaja. Untuk anak2 belum ada lagi.
3. Maximum Elaun Hospital adalah RM 200 sehari. Maksudnya 4 unit (rujuk manfaat hospital mengenai penerangan unit)....so, kalau kita gabungkan dengan manfaat medical cover, pun sama, 

So, dengan kata lain, plan Zero Deductible in cover 100% bill anda. So, ingin maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi)

Selain daripada manfaat yang dilindungi, anda juga perlu tahu mengenai perkara-perkara yang tidak dilindungi atau tidak dicover atau lebih mudah dikenali sebagai PENGECUALIAN.

PENGECUALIAN MEDICAL CARD TAKAFUL HEALTH 2 adalah seperti di bawah :

Takaful Health2 tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:


1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.

a. Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
c. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e. Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan
f. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6. Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

7. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8. Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum,kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh manamana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Psikotik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang
melanggar undang-undang.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau apa-apa pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.


 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email abdriadi@prupartner.com.my

65 comments:

  1. Salam En Aziz. Apa beza antara deductable dan ko-takaful

    ReplyDelete
  2. Ko-takaful : perkongsian kos dah fixed 10% min 300 dan max 1,000 utk keseluruhan bill. Tapi, kalau deductible, ada 2 jenis...

    1- RM 3,000
    2- RM 10,000

    Maksudnya, utk case yang pertama, bill RM 3,000 pertama, akan ditanggung oleh client, manakala bill yang selebihnya akan dibayar oleh PruBSN Takaful. Macam tu jugak kalau utk case ke 2, bill dibawah RM 10,000, client kena bayar sendiri.

    Plan ini sesuai utk client yang dah ada manfaat perubatan oleh company mereka bekerja. So, kos medical card lebih rendah. Tapi, jangan lupa sertakan manfaat Takaful Retirement, sebab manfaat itu akan convert deductible ke normal ko-takaful selepas umur 55 ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum Wrmbth tuan. MAsih kurang jelas contoh deductible tu. Kes ke2 deductible kalau bawah RM10k kena bayar sendiri dan kes 1 RM3k pertama bayar sendiri tu dari syarikat sama atau lain? Tq atas penjelasan

      Delete
  3. kalau kena penyakit petukan ular @ serangan haiwan liar boleh dapat claim bantuan insurans ni jugak ke

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Wrmbth Medical card takaful ini untuk individu sahaja ya? ada tak untuk seisi keluarga? Atau kena ambil separately, boleh hantarkan quotation untuk suami 29 isteri 30 dan anak 2

    Terima kasih. Buat makluman anda, Saya sedang mencari wakil ejen takaful shah alam atau berdekatan. Tak mahu jauh2 sangat. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa saya dah email kepada Tuan. Boleh PM saya email Tuan?

      Delete
    2. salam, boleh email pada farhanfuad89@gmail.com pelan bagi keluarga sekiranya ada?

      Delete
  5. Salam En Aziz,

    Boleh x remove had tahunan, sekiranya memerlukan perbelanjaan yang melebihi had tahunan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam, kena amik annual limit waiver.

      Delete
  6. Salam,
    Saya pemegang Takaful MediAssist (Medical Card) under Prudential BSN Takaful sejak pertengahan tahun 2009.
    Saya bayar every rm130/month (rasanya 100 medical, 30 saving)
    Masa register, tak faham sangat coverage dia. Search pun tak jumpa, confuse dengan Takaful Health 2 dan lain2.
    Boleh bantu jelaskan? Boleh e-mail saya di rifana291189@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, saya akan email kan. Minta maaf lambat reply. Saya baru perasan ada banyak sebenarnya msg di page nie....my bad. Saya akan emailkan nanti.

      Delete
  7. assalam..kalau TH2 ni ada termasuk saving sekali x

    ReplyDelete
  8. salam
    sy nak tanyer sy berumur 26 thn /perempuan dan tgh mencari insuran yg ader medical card..jadi ape plan yg sesuai utk sy..minta email pd sy..quotation
    emel: rdonna87@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan email kan. Minta maaf saya tak perasan msg ini.

      Delete
  9. salam tuan,
    andai kata saya sudah mempunyai polisi insurans takaful dari company lain(A) , kemudian saya tertarik dengan polisi insurans dari pengendali takaful syarikat tuan (P) .......jika berlaku musibah dan saya diwadkan di hospital...saya claim dari A dan A bayar segala benefit yang terkandung dalam polisinya iaitu kemasukkan ke hospital,bayar bilik,operation,elaun dan kos-kos lain.....dalam masa yang sama bolehkah saya claim dari syarikat P? memandangkan saya membayar harga dua polisi dan dikira logik untuk saya dapat manfaat dari kedua-duanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya bayaran medical sahaja yang tidak boleh di claim. Sebab medical bill, hanya satu party sahaja yang boleh claim.

      Tapi, Elaun hospital semua, kalau anda ada lebih dari satu insurance, anda boleh claim semua sekali.

      Delete
  10. nak pindah pegi dduk indon.. boleh guna ker kad ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pindah terus tak boleh. Tapi kalau pergi tiga bulan pertama dari tarikh departure dari Malaysia memang boleh.

      Delete
  11. As salam... Sy berminat utk mencari insurance with medical coverage, utk sy dan kedua ibubapa saya... boleh email sy details ke so_phia_87@yahoo.com? terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan email kan kepada Cik. MInta maaf lambat reply. Saya baru perasan msg ni.

      Delete
    2. Saya baru bukak page bahagian nie. Saya nampak ramai orang request.

      Delete
  12. saya berminat nk mengambil medical card tp xtau plan apa yg bagus...boleh tuan beri cadangan plan apa yg bagus?...boleh email pada saya quotation di alamat email eone_bob@yahoo.com terima kasih

    ReplyDelete
  13. Sy berumur 29 tahun dan ade seorg ank umur 2 thn.pelan ape yg terbaik untk kami

    ReplyDelete
  14. salam
    sy nak tanyer sy berumur 27 thn/married /perempuan dan tgh mencari insuran yg ader medical card..jadi ape plan yg sesuai utk sy..minta email pd sy..quotation
    emel: zilla.forestsecret@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Tq .fizzilla : Saya dah email kepada you.

    TQ

    ReplyDelete
  16. sy umur 24 prmpuan...plan ap yg sesuai untuk sy? bley emailkan ke sy k..syazwanibasir@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah email kepada Cik. Ada terima email saya?

      Delete
  17. Saya dah reply email. Mohon check email saudari.

    ReplyDelete
  18. Salam...ada had umur tak kalau nak ambil medical card ini?Saya berusia 43 tahun.Kalau boleh tuan email kat saya dan terangkan serba sedikit pelan2 yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan boleh berikan email address dan tarikh lahir Tuan. Dan pekerjaan Tuan. Nanti saya akan email kan segera.

      Delete
  19. Saya pemegang th2 med @250 saving 100 sejak 2010..saya x Fagan Sgt coverage dlm tu..Dr card tgk cover room 300 to Dr brochure th250 cover bilik 250..saya berminat nk dptkan quotation utk anak 7bln med+edu+inv

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu adalah bonus tiada tuntutan, maksudnya kalau tiada sebarang tuntutan, Puan boleh email saya details puan and anak puan ke abdazizriadi@gmail.com. Nanti saya buatkan.

      Delete
  20. RM 300 tu adalah bonus tiada tuntutan, maksudnya kalau tiada sebarang tuntutan, Puan boleh email saya details puan and anak puan ke abdazizriadi@gmail.com. Nanti saya buatkan.

    ReplyDelete
  21. email sy details TH..faizal.esa@my.tdk-lambda.com

    ReplyDelete
  22. Salam..

    saya berumur 27tahun, perempuan
    sejak 27-02-2012 saya dah dapat medical card untuk health2
    saya bayar bulan2 rm160..
    seingat saya rm150 untuk medical dan rm100 untuk saving
    boleh jelaskan x kelebihan yang saya dapat..
    belum penah buat apa-apa tuntutan lagi..
    tolong email shahidatulakmalrazali@yahoo.com

    saya agak confius dengan faedah NCB
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, Shahidatul Akmal.

      Saya akan terangkan melalui email. Secara umumnya, dengan caruman RM 160 sebulan, you tak boleh dapat RM 150 utk medical dan RM 100 utk saving. Sebab kalau macam tu dah jadi RM 250. Nanti saya akan email kan penerangan yang lebih jelas.

      Delete
    2. waalaikumsalam..

      maaf ya.. saya masih xdapat terima email lagi..

      Delete
    3. Actually saya dah email kepada Shahidatul Akmal. Tapi tiada sebarang reply. Tak pe lah. Saya reply kat sini sahaja.

      NCB atau non claim bonus nie merupakan sejenis manfaat tambahan (product features dalam plan medical card TH atau TH2 dari PruBSN.

      So, kalau client tak claim, pada tahun tu, tahun depannya client akan entitled NCB mengikut jadual manfaat yang client sign up.

      Contoh, kalau TH2 150 NCB 100 (kalau tak de apa2 claim pada tahun tu)....so, pada tahun depan client akan dapat RM 100 (dimasukkan dalam tabung simpanan)...boleh semak pada penyata kewangan tahunan client.

      Sebaliknya, kalau client claim, tahun depannya takkan dapat apa2 bonus tiada tuntutan. Kemudian, bila tahun berikutnya tiada claim lagi, sekali lagi akan dapat NCB pada tahun berikutnya, mcm tu la seterusnya.

      Delete
  23. Salam, boleh emailkan saya pelan medical keluarga sekiranya ada? farhanfuad89@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah emailkan quotation. Saya tinggal di Shah Alam.

      Delete
  24. Salam tuan, saya berumur 27 tahun , 2016 depan. Sept lepas saya ada sign up takafulink dengan bulanan rm 160 medical + saving 40. pd 4 oct lepas policy siap serah dan masih ad temooh 15 hari . apakah min caruman utk pelan ini sbbkan belanja agak tinggi sekiranya saya nak ubah dan apakah perlindungan juga akan berubah?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berikan saya email Cik. Saya akan reply segera.

      Delete
  25. salam, saya ada amik prudential bsn tahun 2009 bayaran rm150. saya difahamkan boleh membuat pengeluaran selepas 6 tahun. mcmn prosesnya..untuk makluman, saya tidak pernah claim sepanjang ambil polisi tersebut
    tq
    rayna888@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu isi form pengeluaran. Boleh contact agent anda utk semak berapa jumlah yg anda boleh keluarkan. Kalau takde agent, anda boleh emailkan ke customer@prubsn.com.my

      Delete
    2. Boleh semak dengan agent Cik Rayna atau call 03-20537188

      Delete
  26. Perlu isi form pengeluaran. Boleh contact agent anda utk semak berapa jumlah yg anda boleh keluarkan. Kalau takde agent, anda boleh emailkan ke customer@prubsn.com.my

    ReplyDelete
  27. Boleh request ONLINE. Sila masukkan details dlm form ini.

    http://www.azizriadi.com/2015/11/online-request-form.html

    ReplyDelete
  28. Salam, saya difahamkan umur juga memainkan peranan penting utk jumlah caruman yg dibayar. saya ingin tahu berapakah jumlah minimum utk ibu saya yg sihat walafiat dan berumur 56 tahun pada tahun depan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berikan saya

      1. Contact number saudari
      2. Tarikh Lahir Ibu saudari
      3. Email address saudari...

      In sha allah saya akan emailkan details.

      Delete
  29. Tuan. Boleh share plan medical card yang terbaik untuk saya. 28 tahun sekarang dan Alhamdulillah masih sihat. mohdaffendimat@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Adakah anda mahu menjual buah pinggang anda? Kami di sini untuk membantu anda dengan wang yang baik untuk melakukan apa-apa yang diingini, hubungi kami jika anda berminat untuk menjual buah pinggang anda. Hubungi (sathyakidneyhospital@gmail.com) atau hubungi kami +919168752489

    ReplyDelete
  31. Kalau penyakit sedia ada tapi tiada dalam polisi boleh apply ke

    ReplyDelete
  32. Selamat datang ke Doctor walter klinik. Adakah anda ingin untuk menjual buah pinggang atau organ-organ lain jika ya terpakai untuk dijual hari ini dan anda akan diberi kepuasan maksimum yang need.Contact saya melalui e-mela: doctorwalterclinic@gmail.com

    ReplyDelete
  33. Selamat datang ke doktor hospital solomon. Adakah anda ingin untuk menjual buah pinggang atau lain-lain anda
    organ jika ya terpakai untuk dijual hari ini dan anda akan diberikan maksimum
    kepuasan anda need.Contact saya melalui e-mel: doctorsolomon1234@gmail.com

    ReplyDelete
  34. Selamat datang ke doktor hospital solomon. Adakah anda ingin untuk menjual buah pinggang atau lain-lain anda
    organ jika ya terpakai untuk dijual hari ini dan anda akan diberikan maksimum
    kepuasan anda need.Contact saya melalui e-mel: doctorsolomon1234@gmail.com

    ReplyDelete
  35. Ini adalah untuk memaklumkan kepada lelaki awam atau perempuan yang sihat dan 100% serius dalam menjual buah pinggangnya perlu segera menghubungi Dr. rahmat lara Hospital e-mel: mercylarahospital@gmail.com |, kerana kami mempunyai banyak pesakit yang sedang yang memerlukan pemindahan buah pinggang, yang anda cari peluang untuk menjual buah pinggang untuk wang kerana rehat kewangan ke bawah dan kami akan memberikan $ 80,000USD untuk buah pinggang beliau. dan juga kita mempunyai penawar hiv / bantuan jika anda memerlukan penawar juga hanya e-mel kami sekarang,
      EMAIL: mercylarahospital@gmail.com ..
      nombor whats app +2348077368914
      terima kasih.

    ReplyDelete
  36. Ini adalah untuk memaklumkan kepada lelaki awam atau perempuan yang sihat
    dan 100% serius dalam menjual buah pinggangnya perlu segera menghubungi Dr.
    Hospital Daniels .. e-mel: danielshospital55@gmail.com, kerana kami mempunyai
    banyak pesakit yang sedang memerlukan pemindahan buah pinggang, adalah
    anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang untuk wang disebabkan oleh
    turun rehat kewangan dan kami akan menyediakan $ 80,000USD untuk buah pinggang beliau.
    dan juga kami tidak mempunyai penawar hiv / bantuan jika anda memerlukan penawar juga hanya
    email kami sekarang, email: danielshospital55@gmail.com.
    ATAU whatsapp: +2348181726727 ...

    ReplyDelete
  37. Ini adalah untuk memberitahu lelaki atau wanita awam yang sihat dan 100% serius dalam menjual ATAU membeli buah pinggang dengan segera menghubungi Dr. mercy lara Hospital e-mel: mercylarahospital@gmail.com, kerana kami mempunyai ramai pesakit yang kini Yang memerlukan pemindahan buah pinggang, adakah anda mencari peluang untuk menjual buah pinggangnya untuk wang akibat krisis kewangan dan kami akan menyediakan $ 800.000 untuk buah pinggangnya. Dan juga kami mempunyai ubat hiv / bantuan jika anda memerlukan penawar juga hanya email kami sekarang, HUBUNGI KAMI @

    EMAIL: mercylarahospital@gmail.com

    Nombor telefon bimbit; +2348053930975

    terima kasih.

    ReplyDelete