31 May 2014

Muqmeen Group (MG) Info

Muqmeen Group atau ringkasannya (MG) merupakan satu gabungan beberapa units agency yang berdaftar di bawah syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad.

Kumpulan ini (MG) telah ditubuhkan secara rasminya pada 4 Jun 2014. Asal penubuhan MG adalah bermula daripada cadangan Director di dalam Agency Al Isra' Associates Sdn Bhd, yang beroperasi di tingkat 7, Jaya 33, Petaling Jaya untuk memberi peluang kepada cawangan Al Isra' seluruh Malaysia mempunyai jenama (brand name) sendiri dan tidak lagi menggunakan jenama Al Isra' Associates.

Jadi, setelah beberapa siri perbincangan dijalankan, beberapa unit yang terlibat telah bersetuju dan telah membuat kertas konsep mengenai business model yang akan dilaksanakan setelah penjenamaan semula (rebranding). Hasilnya, semua unit bersetuju menggunakan nama MUQMEEN GROUP sebagai satu nama baru kumpulan kami. Perkataan MUQMEEN dipilih hanya untuk tujuan komersial. Akan tetapi, asal penubuhan kumpulan ini adalah dengan berdasarkan surah Al Mukminun ayat 1 sehingga 11. Kalau dari segi bahasa perkataan MUQMEEN memang tiada kaitan dengan MUKMIN di dalam surah tersebut dan perkara ini telah pun dibincangkan sepanjang mesyuarat yang telah dibuat. Dan kami memilih perkataan MUQMEEN itu untuk tujuan komersial dan unik.

Bersambung....:D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...