01 July 2014

Tips and Tricks Takaful : Agent Baru

Filling Application Form 

Saya ingin berkongsi tips kepada agent yang baru join saya sama ada dalam training atau pun baru sahaja dapat code.
Sepanjang saya develop agent, sama ada semasa saya jadi senior agent sampai lah jadi unit manager, terdapat beberapa perkara yang sangat penting yang agent baru kena buat dan kena mahir dan perkemaskan. Antaranya adalah...


1. Self Awareness perlu tinggi.

Maksud yang mudah adalah, anda nak meneruskan dalam bidang perniagaan takaful ni, mesti lah anda sendiri yang nak, bukan atas paksaan orang lain. Anda yang ingin berjaya dan anda perlu ada IMPIAN yang JELAS dan BERMAKNA dan penting dalam hidup anda.

2. Willingness

Apabila tahap kesedaran sudah tinggi, anda perlu ada kesungguhan dan kesanggupan untuk buat apa yang perlu dibuat. Bukan buat apa yang anda suka nak buat. Kalau anda suka-suka nak buat apa yang anda nak buat sahaja, tidak follow system dan structure yang telah disusun, anda mungkin boleh buat, tapi tidak utk jangka masa yang lama. Business Takaful adalah long term business...jadi, kena sanggup buat dan buat apa yang disuruh selagi mana tidak melanggar undang2 syarak dan undang2 negara...

Willingness ini akan menentukan sejauh mana anda boleh pergi dalam business nie.

3. Kuasai perkara2 basic sama ada dari segi products, skill atau pun beberapa general knowledge mengenai insurance atau takaful.

- Pada saya, terdapat 3 skill atau knowledge yang amat penting yang anda kena mahirkan secepat mungkin...iaitu 

a. Prospecting (untuk dapatkan contact baru)

  • Mulakan dengan Natural Market dahulu iaitu kengkawan, adik beradik, saudara mara. List down nama2 and contact mereka, kemudian lakukan step ke 2 iaitu buat call.
  • Kemudian, mula kan pulak skill referral (dapatkan contact dari natural market) 
  • Mula latih diri anda untuk buat direct approach sama ada melalui booth atau pun secara terus. Yang ini memerlukan kumpulan. Kecuali anda memang dah biasa buat.
  • Pastikan anda dapat nombor contact prospect yang mencukupi untuk membolehkan anda buat phone call seterusnya follow up prospect tersebut.

b. Phone Call (utk set appointment atau pun follow up)

  • Anda kena start call semua contact yang anda ada dan promote yang anda sekarang adalah agent PruBSN Takaful dan menyediakan service perancangan kewangan. Jangan fikir mereka akan terus menerima idea anda. Tugas anda adalah utk buat call dan dapatkan appointment. Kalau mereka tak nak bg appointment, just simpan no mereka dan follow up kemudian. Sebab mungkin kali pertama anda call mereka, mereka tak bersedia atau belum ada kesedaran lagi. Anda boleh follow up lagi dan lagi sampailah dapat jumpa. Kalau tak dapat jugak, next.

c. Presentation (untuk menerangkan apa yang PruBSN boleh offer)...

  • Yang ini kekadang yang paling susah nak control sebab nak dapatkan masa prospect. Tapi kalau kita cukup dapatkan contact, cukup buat call, in sha Allah tak de masalah nak dapatkan presentation sekurang2nya sehari 1 atau 2. Tapi, kalau takde, anda perlu tahu cara macam mana nak fight utk dapatkan presentation jugak. Mcm mana nak dapatkan cara untuk fight for presentation sama ada melalui direct approach atau market survey. Yang penting dalam sehari, anda perlu share pasal kepentingan kenapa orang ada insurance, apa yang mereka patut ada dan kenapa mereka perlu amik plan segera.


Ketiga2 skill asas ini anda perlu kuasai secepat mungkin. Kalau lambat bertindak, semakin lambat anda akan dapat result. Sebab tu, 6 bulan pertama anda sebagai agent sangat penting. Anda perlu target minimum sebulan anda boleh submit 10,000 ACI (Annual Contribution Income)....and cukup 6 bulan, ada sudah ada 60K, dan commission pun sudah hampir kepada 1,200 sebulan. So, dalam 2-3 bulan selepas tu dah boleh adjust untuk join full time. Untuk agent2 yang punya financial commitment dalam RM 2K sebulan.

4. Kurangkan rasa nak dapatkan result secara segera. Focus dengan activity. Sebab saya khuatir kalau anda asyik nak dapatkan result secara segera, apabila anda kena reject, anda mudah down dan susah nak bangkit semula.

So, focus kepada activity sebab activity kita boleh control, in sha Allah result akan menyusul kemudian.

Sekian....selamat mencuba. Happy Selling....sell from your heart....

Any inquiry please call : 019-323 2121 (Aziz Riadi)

5 comments:

  1. Alhamdulillah...seronak rasa nya nak buat business ni. Terimakasih sbb kongsi ilmu dan pengalaman.

    ReplyDelete
  2. tq 4 sharing..very2 usefull and lots benefits 4 me

    ReplyDelete
  3. saya agent baru dalam prubsn, azizriadi.com amat bermanfaat kepada saya utk berkhidmat kpd masyarakat.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete