01 July 2014

Tips and Tricks Takaful : Bil Hospital ketika nak discaj

Sample Bill

Assalamualaikum, 3T (Tips and Tricks Takaful ) kali ni nak share sikit tips apabila discaj dari hospital. Saya ada share dalam entry yang lain mengenai process nak keluar hospital sekiranya claim secara terus (senang cakap online)...maksudnya hospital akan claim direct bill ke PruBSN takaful dan elaun hospital akan diberikan terus kepada client dalam masa 2-3 minggu bekerja. 

Boleh baca entry tu kat sini : Process claim ONLINE.


So, dalam segmen 3T kali nie, saya nak share sikit pasal final bill (lebih terperinci). Process ini biasa terjadi apabila client nak keluar hospital dan bahagian billing sedang menyediakan bill akhir untuk di fax ke company takaful. So, akan ada satu masa nanti terdapat bil-bil yang mungkin tidak dicover oleh takaful, so client kena bayar sendiri amount tersebut. Then, client tidak boleh keluar hospital selagi mana tidak membayar bill tersebut.

Akan tetapi, ada satu juga amount bil yang masih dalam negotiation antara hospital dan syarikat takaful...sebagai contoh, sekiranya procedure tersebut terlalu mahal dari standard, dan pihak takaful berhak untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai bill tersebut. Dan amoun bill ini adalah antara hospital dan syarikat takaful. Akan tetapi, kadang2, ada juga hospital yang tidak membenarkan client meninggalkan hospital sekiranya bill yang belum settled nie tidak dibayar. Jadi, tips nya kat sini....kalau hospital minta kita (sebagai client bayar bill yang mungkin syarikat takaful tak cover)...anda boleh tanya bahagian billing department tersebut macam nie...

"Cik/Puan...bill yang Cik suruh saya settlekan nie under NCI or AUC?"...apa itu NCI dan apa itu AUC?

NCI - Non Claimable Item : 

Yang ni memang client akan kena settlekan. Contoh, sebarang perkhidmatan yang bukan berkaitan dengan perubatan...contoh, ko-takaful, pendaftaran, tag nama yang dekat gelang tangan, side order makanan, line telefon or line internet dan sebagainya....so, ini semua memang client kena bayarkan.

AUC : Amount Under Clarification. 
Yang ini, client tak perlu risau, walau pun pihak hospital minta kita bayar sebab syarikat takaful enggan bayar. Sebab hospital tak nak rugi, dia mesti la nak dapatkan payment. Tapi, terkadang benda nie mereka over charge, jadi, pihak takaful memerlukan penjelasan lanjut mengenai bill tersebut. So, kalau billing department tu kata AUC, anda tak perlu risau, sebab itu urusan pihak takaful dengan pihak hospital. Anda boleh balik asalkan anda dah settlekan amount NCI kalau ada. Kalau anda amik plan yang full coverage dan masuk bilik yang anda entitled, maybe anda tidak perlu bayar apa2...kalau ada pun pun mungkin bayaran pendaftaran....

So, sekian dari Segmen 3T kali nie, harap maklumat ini berguna kepada anda. Sekiranya anda ada kemusykilan, boleh email kpd saya di abdazizriadi@gmail.com.

Note : Saya akan kongsikan pelbagai tips and tricks takaful kepada anda agar anda faham procedure dan tidak fobia dengan takaful.

#Segmen3T.

No comments:

Post a Comment