29 July 2014

Tips and Tricks Takaful : Doing the Same Things

Insanity-is-doing-the-same-thing-over-and-over-again-but-expecting-different-results-Albert-Einstein Cartoon

Assalamualaikum....perkara nie memang biasa disebut2....saya sendiri banyak kali sebut. Tapi kali nie nak ulas jugak pasal benda nie. Sebab masih ramai yang tak perasan atau tak sedar atau kurang sedar. Dan yang paling penting, sebagai peringatan saya juga.

Ramai yang ingin berjaya dalam bidang masing2...satu petanda yang sangat bagus. Biasanya orang nak berjaya ni sebab melihat orang lain berjaya....cara hidup berbeza, dari segi kewangan berbeza....jadi, kita semua nak jadi macam tu (berjaya).....tapi, apa yang kekadang membantutkan kita punya harapan?...Bila kita melihat bagaimana mereka yang berjaya ini bermula....

Rata2 mereka berjaya dalam keadaan yang sukar....jumpa macam2 halangan dan cabaran....tak ramai yang berjaya, buat2 business (khususnya) terus berjaya....mereka memerlukan satu tempoh masa untuk mencapai sesuatu tahap yang boleh dikatakan berjaya....

Jadi, pada saya, nak bagi anda faham adalah...KEJAYAAN merupakan suatu PROSES....maksudnya, ia mengambil MASA untuk berjaya....bila amik masa nak berjaya, ia berkait rapat dengan LAW OF GESTATION....(hukum tumbesaran)...sebagai contoh, seorang wanita melahirkan anak...mereka perlu menunggu 9 bulan 10 hari, baru bersalin. Kita tak boleh nak dapatkan 9 orang anak dalam masa sebulan dengan mengandungkan 9 orang ibu. So, itulah concept LAW of GESTATION nie....nak berjaya perlu ada proses. 

Jadi, kalau anda sudah faham pasal perkara atas tersebut, saya nak citer details pulak pasal proses....

Bila sebut je pasal process..sudah tentu ia terdiri daripada beberapa step, langkah, atau sub process....Ini yang kita kena fahamkan dan kena bertindak. Jadi, apa yang kita perlu buat adalah....fahamkan PROCESS NAK BERJAYA, dan pada masa yang sama kena tahu jugak PROCESS yang boleh menyebabkan kita gagal. So, BERJAYA dan GAGAL ni, pada saya macam timur dengan barat. Anda takkan sampai ke Timur dengan anda berjalan menghala ke barat. Bahasa mudah  nak bg faham, anda takkan boleh berjaya dengan buat apa yang orang gagal buat. Atau kata lain, anda tak boleh nak tiru kejayaan orang yang anda nak ikut, kalau anda tak sanggup nak buat atau nak buat apa yang orang berjaya tu buat. Ini yang saya nak kaitkan dengan statement di atas. 

" Doing exactly the same things, expecting different results is insane" - Buat benda yang bebetul sama, tapi mengharapkan hasil yang berbeza, itu adalah GILA. 

Sama jugak, kalau kita terbalikkan....kita nak berjaya macam mana orang lain berjaya...kita nak sama macam mana orang lain dapat. Tapi kita buat benda lain...jadi mcm nie "Doing EXACTLY different things, expecting the SAME result is also insane" .

Tips dari saya, cari Mentor...saya selalu follow post or Dr Azizan Osman punya program....MESTI....

MENTOR
ELMU (ILMU)
STRATEGY
TINDAKAN
IMPIAN yang jelas

Kena ada Mentor, lepas tu rajin cari ilmu....kemudian perlu ada strategy, bukan main bulldoze je...and yang paling kantoi kekadang adalah nak bertindak. Terlalu banyak second thought, terlalu banyak pre-judgement, terlalu banyak negativity....Kenapa jadi macam tu?...Pada saya amat mudah...sebab anda tidak mempunyai IMPIAN yang JELAS dan saya tambah lagi, IMPIAN yang JELAS dan BERMAKNA....saya akan citer lebih details pasal benda nie pada entry akan datang.

So, berbalik kepada process nak berjaya tadi, anda perlu bermula dengan langkah pertama. Pepatah cina ada menyebut, seribu langkah bermula dari langkah pertama. Jadi, step pertama sekali, cari MENTOR. Dapatkan idea daripada MENTOR tersebut....anda boleh cari banyak MENTOR hebat2 di luar sana.....kalau saya, saya hanya ada sedikit pengalaman dalam bidang Insurance dan Takaful, dari segi pembangunan agency bumiputera. Kalau sesiapa yang berminat nak menceburi bidang perancangan kewangan Islam, mengkhusus kepada business takaful, In sha Allah kita boleh berkongsi IDEA.

Entry yang berkaitan : Bagaimana Merancang Impian Kita?


2 comments:

  1. My Prudential health policy is the worst mistake I have ever made! It would have been better to have spent the money in Genting Highlands. At least then it would been fun to throw it away instead of giving it to some useless company like Prudential = SHIT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. May I know what really happen, Mr Dave?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...