28 July 2014

Tips and Tricks Takaful : VB di Hari Raya....

Assalamualaikum, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Semua orang sedia maklum, bila sampai waktu hari raya, masa utk bercuti, balik kampung, beraya dan macam2 aktiviti yang biasa dibuat oleh semua orang, tak ketinggalan juga sebagai agent takaful....Cuma, uniknya kita ni, kita boleh berniaga dikala orang lain bekerja atau bercuti.....so, saya selalu tekankan #KKCK - Kerja, Kerja, Cuti, Kerja....maksudnya...time kerja, kita kerja, time cuti pun kita still boleh buat kerja. Sebab kita hanya perlu jumpa orang untuk buat kerja kita sebagai wakil takaful. Jadi, since, bulan mulia nie, memang paling senang nak jumpa orang...tak kira la sama ada kita boleh jual policy dengan mereka atau tidak...yang penting mindset kita untuk menyampaikan maklumat kepentingan takaful kepada semua orang yang kita jumpa, terutamanya adik beradik kita, saudara mara kita dan kenalan kita. Sebab apa?...kalau lah kita tak sempat nak share dengan mereka, tetiba mereka ditimpa musibah dan mereka memerlukan bantuan kewangan, kita pulak tak boleh nak bantu...bukan ke kita akan terkilan sama....so, baik sekarang kita terus open and share dengan mereka. Jangan segan jangan malu, apa yang perlu bukak mulut dahulu.


So, sebelum apa2 kita pastikan beberapa perkara penting yang perlu disediakan.

TOOLS SETS

1- Business Card
2- Hand phone
3- Flyers (kalau perlu) ,kalau takde pun takpe, sebab masa2 nie paling penting adalah VB1 iaitu untuk dapatkan sebarapa banyak contact yang boleh and untuk kenalkan kita kepada seberapa ramai kenalan yang boleh.
4- Proposal Form (mana le tahu, kot2 ada yang nak sign up terus)

SKILL SETS

Untuk masa2 macam nie, kita paling senang nak dapatkan VB1...iaitu new contacts...So, masa nie la nak dapatkan contacts saudara mara yang dah lama tak jumpa, kengkawan lama yang dah lama tak jumpa, kawan kepada kawan lama yang dah lama tak jumpa. Jadi, bila jumpa mereka, cuba ingatkan siapa kawan2 kita dan minta contact number mereka. Sebab waktu sekarang, in sha Allah kengkawan kita boleh berikan contact number kita. Bukan untuk kita menjual policy semata2..tapi tujuan utama adalah untuk merapatkan ukhwah, dan disamping tu, kita perlu menjalankan tanggungjawab kita, macam yang saya citer kat atas. Mereka patut tahu kenapa kita perlu ada perlindungan takaful sebagai salah satu tools dalam perancangan kewangan kita....

Yang nie, jangan berat mulut, bukak mulut and approach....hulur business card and minta contact number and share sikit apa kerja kita, tugas kita dan kalau boleh, minta kebenaran utk set appointment bila2 mereka free.....then continue beraya...Simple kan?...

PLATFORM

Yang ini, banyak tempat kita boleh buat...

1. Masjid - Masa solat sunat raya, solat berjemaah...
2. Masa kita beraya ke rumah orang
3. Masa orang beraya ke rumah kita
4. Masa kita pergi event2 yang ramai orang macam open house
5. Masa kita ziarah kubur
6. Mana2 tempat yang ramai orang, kita senyum, angkat tangan, bagi salam, tegur dan start kenal dengan mereka. 

Selamat mencuba...

Sekian Tips and Tricks Takaful di pagi Aidilfitri...Jom Solat Sunat Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...