08 November 2014

Kenapa dengan Vital Behavior (VB) ni?....

why 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Anda mungkin terfikir, atau pun mungkin tidak terfikir....kenapa agaknya saya asyik selalu remind dan tak jemu2 ingatkan supaya update VB dalam sheet yang telah disediakan, update VB dalam sheet yang telah disediakan.....

Saya dah terangkan dalam entry sebelum nie (Pru Influencer : Vital Behavior)...saya tak sure berapa ramai yang faham. Sebab setakat ni sorang je yang jumpa saya tanya details pasal VB nie (dia check pemahaman dia, betul ke apa yang dia faham dengan apa yang saya nak)...then saya dah check, memang betul apa yang dia faham. Tapi yang lain takde tanya, maknanya faham la...

Baiklah, saya ringkaskan cerita...kenapa penting sangat ke VB nie....

POINT 1. Semua agent belajar dalam training, apa beza Western Civilization dengan Eastern Civilization (antara yang disebutkan adalah RECORDING)....recording ini penting untuk kita buat analisa kerja2 kita. Khususnya kalau kita nak DUPLICATE system yang kita dah buat. Bahasa mudahnya, kalau kita nak turunkan kejayaan kita kepada orang lain, atau orang lain nak tiru apa yang kita buat, dan berjaya macam mana kita buat, lebih mudah kalau ada record. Kalau tak de record...apa yang kita ingin sandarkan?...

Saya bermula dengan '0' dalam business insurance / takaful ni. Dan Alhamdulillah, setelah beberapa tahun, saya berjaya capai apa yang saya target..khususnya dari segi kewangan. Sebab antara DREAMS saya buat business nie, sebab nak capai satu tahap bebas kewangan (FINANCIAL FREEDOM). Jadi, kalau saya nak turunkan ilmu nie, kena le perlu ada satu method yang systematic....supaya saya boleh monitor dan pastikan apa yang orang lain buat sama dengan apa yang saya buat. Supaya, hasil yang saya dapat sama atau lebih baik dari apa yang saya dapat dulu.

POINT 2. VB Sheet yang saya buat ni lebih menjurus kepada process diagnosis atau troubleshooting problem dalam business takaful (khususnya untuk capai target dari segi production)...semua orang tahu, nak dapat production kena buat activity...tapi activity yang macam mana?...Kena buat activity secara consistent (so, mcm mana kita nak pastikan activity consistent?)...kena le ada montoring tools...dan VB sheet tersebut merupakan salah satu dari monitoring tools yang mudah untuk buat diagnosis kat mana yang anda mungkin stuck. So, process nak check kat mana problem lebih cepat dan lebih khusus. Dan saya boleh berikan solution dengan segera dan lebih khusus. Akhirnya, result lebih cepat diperolehi berbanding kalau kita asyik trial and error sahaja. Kalau leader atau mentor, tak tahu masalah sebenar agent kenapa tak bergerak dari segi activity dan result....macam mana leader dan mentor nak bantu. Itu yang kekadang leader berikan solution yang kurang tepat, akibatnya, agent buat seperti yang disuruh, tapi tak jadi. Ini menyebabkan mereka mungkin boleh give up satu hari nanti. Kita nak supaya agent kita nampak progress, dan dengan progress itu lah membolehkan mereka sustained dalam business nie.

POINT 3. Kenapa VB Sheet ini penting sangat, sebab nak bagi AUM experienced sendiri macam mana coaching agent. Actually, sebagai captain atau AUM, anda patut kena biasakan menganalisa data dalam VB Sheet ni. Bukan setakat isi dan tinggal, tak pernah nak study macam mana nak baca data2 dalam VB Sheet tu seterusnya membuat satu kesimpulan dan keputusan. Tapi, kalau AUM sendiri tak nak participate, asyik nak kena suruh update baru nak update....maksudnya anda tidak faham atau tidak tahu menilai data dalam VB Sheet tersebut. Data tersebut sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu strategy untuk mencapat target yang telah kita set.

POINT 4. Semua platform dah disediakan, tinggal isi sahaja. Saya ingin turunkan ilmu untuk jadi jutawan kepada anda. Dan tiada bayaran saya kenakan untuk ajar jadi jutawan. Tapi, kalau yang nak belajar jadi jutawan tiada willingness, tak focus dengan apa yang disuruh, tiada disciplined. Saya akan turunkan kepada yang sudi sahaja. Kalau anda focus untuk update everyday, ia memerlukan kurang dari 5 saat untuk key in. Tapi, kekadang saya perlu remind sampai minggu berikutnya, itu pun kekadang masih lagi ada yang tak nak update. Cuba anda bayangkan, yang ada ilmu bersungguh2 nak ajar ilmu, tapi sebaliknya, yang menuntut pulak tak nak ikut apa yang disuruh. So, kepada yang tak nak update tu, mungkin anda ada cara lain nak develop agent. So, mungkin nama anda boleh dikeluarkan dari senarai kena update VB setiap bulan. Kalau anda jadi saya, bagaimanakah commitment anda untuk bantu agent2 anda?...adakah anda sanggup pergi lebih jauh, develop system flow dan process flow macam2 untuk memudahkan kerja anda dan agent anda?...kalau anda tak sanggup dan tahu nak buat macam mana, just follow apa yang saya suruh. Kalau masih ada lagi yang tak nak follow, I believed mereka ada cara yang lebih dari apa yang saya buat.

Sebenarnya, ada banyak lagi point penting yang anda patut tahu tapi saya tak nak beritahu secara terbuka. Untuk yang nak tahu, sila buat appointment dengan saya. Itu pun kalau saya tak busy. Sebab kalau anda terlalu busy sampai update VB yang 5 sec pun tak sempat nak update....saya apatah lagi. Dengan jadi manager, dengan nak fikir pasal agent, pasal personal, dengan top management lagi....so, akhir sekali saya ingin ungkapkan

"HARGAI APA YANG KITA ADA, SEBELUM KITA MENCARI APA YANG KITA TIADA"

Sekian...

Luahan dari dalam Hati..

AAR 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...