16 January 2015

Kepentingan Resit ASAL atau Original RECEIPT untuk membuat tuntutan insurance Part 2

Certified True Copy Stamp 

Assalamualaikum semua pembaca sekalian...

Untuk entry Part 2 ini saya akan terangkan sedikit, bagaimana kalau resit asal untuk kos rawatan tersebut jadi beberapa perkara di bawah ni..


  1. Hilang
  2. Rosak sampai tak boleh nak baca kandungan resit
  3. Misplaced (yang ini biasa jadi)
  4. Staff Finance Hospital lupa nak berikan resit pada patient dan patient balik terus ke rumah dan lupa.
So, ini antara perkara2 yang biasa terjadi. Nak buat macam mana dah nak hilang. Jadi, jangan risau dan jangan nak marah2 kepada agent atau company takaful kalau mereka minta resit asal jugak. Just bgtau baik2 dan mohon jasa baik dan kerjasama pihak insurance untuk consider menerima resit salinan sebagai bukti pembayaran. Anda kena yakin, kalau kita memang tak pernah claim pada mana2 insurance lain atau pihak lain atas bill tersebut, still boleh untuk claim. Cuma process untuk claim mungkin akan menjadi rumit dan lambat sedikit. Akan ada beberapa soalan tambahan yang mungkin client kena berikan kepada syarikat takaful atau insurance. Sebab apa, pihak insurance pun akan diaudit, so, sudah tentu mereka juga perlukan document sokongan supaya mereka tidak dipersalahkan menyalahgunakan wang tabung perlindungan yang umum tahu, duit itu adalah duit pencarum. So, tak boleh nak suka2 hati bayar claim tanpa procedure yang tersusun lengkap.

Kenapa process claim lebih lambat?..Just kongsi pengalaman saya...antaranya adalah, syarikat takaful akan check dengan pihak insurance company lain sama ada client ada buat tuntutan atau resit yang sama atau tidak. Selain itu, pihak syarikat juga akan memeriksa dengan hospital untuk mengesahkan bahawa client telah buat bayaran penuh kepada hospital secara tunai untuk mendapatkan rawatan. Ini adalah untuk mengelakkkan daripada masalah orang tipu syarikat takaful dengan buat tuntutan lebih daripada sekali.

Mungkin ada diantara anda yang rasa, ada ke orang nak tipu...kalau anda nak tahu, bukan setakat ada...tapi sangat ramai. Sebab mereka fikirkan duit syarikat insurance bukan duit orang ramai dan mereka anggap syarikat insurance ada banyak duit. Actually, bukan masalah banyak duit atau tidak, tapi masalahnya adalah perkara salah tetap salah...

Kalaulah pakai resit salinan disahkan benar pun boleh buat claim sesenang...client boleh print resit 3-4 salinan dan minta cop dari hospital, kemudian buat claim kepada 4 company insurance dan mereka release claim....kalau 1 resit RM 5,000 (katakan)....4 resit boleh dapat RM 20,000....wah senang sangat kalau macam tu. Insurance bukan untuk jadikan client kaya, tapi untuk elakkan daripada menjadi miskin disebabkan musibah yang melanda...

Jadi, kesimpulannya...kalau dah hilang betul, just dapatkan resit salinan dan teruskan process claim.

p/s : Berdasarkan pengalaman saya juga, perkara ini (pakai resit copy and certified true copy)...yang dibenarkan adalah 1 kali sepanjang hidup atas budi biacara syarikat. Tapi, kalau setiap tahun claim pakai resit salinan, atau everytime pakai resit salinan....jadi ianya nampak mencurigakan...itu yang claim kena reject...

So, tingkatkan ilmu anda dengan membaca artikel yang saya kongsikan...

Sekian, semoga bermanfaat. 

Aziz Riadi
Coach Takaful #1 Anda

www.azizriadi.com
www.fb.com/aar.associates

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...