05 February 2015

Tips Pendakian Hidup Berniaga : Kegagalan Tangga Kejayaan

Assalamualaikum...saya ingin kongsikan tips pendakian hidup berniaga kali nie.....

Failed-580x390 

Mungkin bunyinya agak pelik. Tapi dalam dunia perniagaan sekarang, kekadang yang pelik le yang boleh jadikan kita berjaya....:D.

Kenapa tekankan kegagalan?...Sebab saya ingin tekankan kepada anda sekalian yang ingin berjaya dalam perniagaan supaya biasa dengan perkataan ini. Jangan takut.....kalau anda dah biasa gagal dalam satu2 perkara...anda takkan takut kalau gagal lagi. Sebab apa?...sebab setiap kegagalan yang kita lalui, ada banyak pengajaran dan ilmu serta pengalaman yang bantu untuk kita mendaki semula. Yang paling penting dalam semua2 tu adalah..."PERASAAN KITA" terhadap sesebuah kegagalan tersebut. 

Kalau anda dah biasa gagal, saya pun biasa gagal..maksudnya, buat2 tak semestinya terus jadi, tapi ada je yang tak kena, lepas satu..satu..lepas satu..satu...tapi, bagaimana perasaan kita kepada kegagalan tersebut?...kalau perasaan kita menjadi kecewa, mmg kita takkan teruskan usaha. Anda nak tahu apa perasaan saya apabila saya gagal dalam sesuatu perkara...."Saya akan buat lebih baik...."...gagal lagi?..."Saya akan buat lebih baik dan tak kan ulang kesilapan lama"...gagal lagi "Saya akan buat research yang lebih mendalam, tanya orang yang pernah berjaya dalam perkara yang kita nak buat tu" dan seterusnya....

Sebab tu paling penting dalam menghadapi kegagalan adalah...perasaan kita. Make sure perasaan kita tidak dipengaruhi oleh kegagalan tersebut. Biar DREAM kita yang control perasaan kita. Akhirnya..kita akan rasa..kegagalan tiada punya apa2 kesan negative dalam hidup kita. Ia sebagai salah satu process dalam kita mencapai apa yang kita nak. Jadi, tak perlu takut gagal. Kawal pemikiran kita supaya, perasaan kita terkawal, akhirnya ia membantu mengawal tindakan kita...

Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat....akan menghasilkan apa yang kita nak..In sha Allah...

Sekian...

Aziz Riadi
Takaful Business Coach #1
Like fb page saya di www.facebook.com/aar.associates.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...