12 March 2015

Pendakian Hidup Berniaga : Kenali MUSUH dalam Perniagaan Kita

Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan follower sekalian. Saya doakan anda kaya dan berjaya, sihat sejahtera.

Saya ingin sambung sikit siri perkongsian saya berkenaan Pendakian Hidup Berniaga untuk tatapan pembaca sekalian...Iaitu kali ini saya nak share pasa MUSUH dalam BUSINESS kita.

Kalau kita lihat, memang tak dinafikan, dalam buat business kita ada pesaing...atau omputih cakap COMPETITOR....maksudnya, kita bersaing dengan mereka untuk mendapatkan pelanggan dan sebagainya....Tapi, persoalannya adalah...adakah mereka (pesaing dalam perniagaan kita) ni, dianggap musuh kita?...



musuh-anda


Saya nak share sikit apa yang saya belajar masa attend conference di Singapore tahun lepas (2014)...masa tu ada Prudential Regional Agency Leader Conference....so, tema masa tu F1 sebab kebetulan tarikh yang sama adalah perlumbaan F1 Singapore Night Race berlangsung...satu pengalaman baru..memang layan...

Tapi, apa yang saya nak kongsikan adalah, salah satu speaker semasa conference tersebut adalah Perry McCarthy . Beliau merupakan bekas pemandu F1 dan beliau ada share pasal MUSUH dalam perlumbaan beliau. 

Saya agak terperanjat dengan apa yang dia katakan, tapi bila dia terangkan, dan saya reflects balik dengan apa yang saya alami dalam business saya. Then....saya sedar...memang apa yang dia cakap tu masuk akal and saya agree.....

So, belajar mengenal musuh kita.....

Siapa musuh kita dalam business?..khususnya business Takaful (based on pengalaman saya?)

1. Teammate kita.

Agak pelik betul tak?...Meh sini saya citer...

Sekarang nie, dalam perniagaan, kita saling berlawan dengan pesaing kita di luar....tapi mereka sebenarnya bukan musuh kita. Musuh kita adalah Teammate kita (sama ada rakan niaga kita atau staff kita).....sebab apa?..sebab mereka boleh SABOTAJ.....fahamkan perkataan ni...SABOTAJ apa yang kita telah rancang...atau boleh menjadi penyebab kepada kegagalan kita atas sebab kurang commitment, kurang loyalty dan sebagainya....

Contoh, kita dah plan nak buat satu project...yang boleh menghalang project tersebut berjalan adalah teammate kita....pesaing kita tak tau apa yang kita nak buat dan mereka tidak boleh halang kita....jadi....teammate kita boleh menjadi musuh kita sekiranya mereka tidak deliver apa yang patut mereka deliver....

So, apa solutionnya?....

Pada saya, perkara penting yang utama adalah mesti ada CLEAR and MEANINGFUL PURPOSE dalam kita punya team or organisasi....dan PURPOSE tersebut adalah COMMON...maksudnya setiap orang mempunyai PURPOSE yang sama dan mereka bertanggungjawab dengan apa yang mereka telah janjikan. Apabila sudah ada common vision, common mission, common value and common language....chance untuk teammate sabotaj kita menjadi rendah. Disebabkan setiap ada sense of belonging kepada team.

2. DIRI KITA

Musuh yang paling utama dan paling besar adalah diri kita sendiri. Sebab diri kita yang boleh sabotaj diri kita sendiri untuk tidak deliver apa yang patut kita deliver. Tak buat action seperti yang dirancangkan....

Sebagi contoh, pesaing kita tak boleh paksa kita untuk sambung tidur awal pagi supaya kita tak bekerja dan akhirnya mereka mendapat sales banyak.....tak boleh. Kita sebenarnya yang boleh sabotaj diri kita dengan tarik balik selimut dan sambung tidur. Akhirnya, kita tidak buat apa yang patut kita buat...menyebabkan kita tak dapat apa yang kita plan. So, kat sini, bila dilihat dalam perjalan berniaga, kalau dalam business yang saya buat iaitu takaful business...disebabkan sorang agent datang lewat, menyebabkan akan datang lebih ramai agent akan datang lewat. Dan kalau kita sendiri mula tidak menjaga masa, menyebabkan semua agent tidak menjaga masa, akhirnya organisasi kita start goyah dan akhirnya mungkin menyebabkan prestasi kita merudum. Dan kalau dah merudum, bukan senang nak naikkan semula.

So, yang ini, solutionnya pun sama jugak...antaranya adalah kena ada clear and meaningful dream or vision..menyebabkan kita sanggup berkorban untuk mencapai apa yang kita impikan....

"When there is love, nothing is too much trouble and there is always time"

Sekian dari saya, semoga memberi manfaat kepada anda semua.

Aziz Riadi
CEO 
AAR & Associates Sdn Bhd
019-323 2121

Coach Takaful #1 Anda.

1 comment: