21 May 2015

Star Club Los Angeles and San Diego 2014

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah atas kurniaan Nya. Hari nie bermula trip Star Club ke USA : Los Angeles and San Diego.

Hari Pertama : 19/05/2015

Berkumpul di KLIA untuk urusan check in luggage  dan ambil boarding past. Then Prudential beri goodies, benda yang memang tak pernah missed dapat kalau pergi ke Star Club. Mungkin harganya tidak seberapa, tapi apa yang exclusif adalah…ianya hanya dapat untuk yang pergi star club. Bermula pada pukul 11.40 am. Then macam biasa…ambil gambar kenangan kepada squad penghantar…:D. Terima kasih kerana sudi hantar….and jangan lupa, Star Club London 2015 (pergi pada tahun 2016)…in sha Allah….

01-Day 1 KLIA

02-Day 1 KLIA3


01-Day 1 KLIA2



Hari Kedua : 20/05/2015

Alhamdulillah, walau pun sepatutnya masa travelog ini ditaip, sepatutnya dah 7 jam kami terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei….flight delay sebab ada masalah enjin (kata salah seorang pramugari)….Alhamdulillah, tak terbang lagi. Walau pun duduk dalam kapal terbang hampir lebih 2 jam. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Cuma, macam biasa, kekadang sebagai manusia (saya ingatkan diri saya)…susah nak bersyukur bahawa apa yang berlaku itu adalah yang terbaik utk kita. ALL FOR GOOD. Macam biasa, banyak juga mulut2 yang bunyi macam tak berapa puas hati dengan service airlines….pada saya pulak…lebih baik belum terbang dapat tahu and delay, dari dah terbang baru nak tahu….Belajar hidup dengan kurangkan COMPLAINT. Apa2 pun Alhamdulillah…pukul 9.30 am boarding semula dan pukul 10.40 am (waktu Taipei)..kalau tak silap saya, departure dan sampai di LA pada 20/05/2015 pukul 7.30 am.

Gambar sebelum boarding untuk ke LA dari Taipei....sembang2 business dan idea, buat kerja sikit...


02-Day 1 Taipei


Pengalaman penerbangan?..Alhamdulillah, selesa walau pun 11 jam lebih. Yang penting selamat.

Hari ketiga : 20/05/2015

Alhamdulillah, sampai je LA International Airport, immigration clearance mudah…sampai2 je, terus load barang dalam van and naik bas ke Hotel…The Westin Bonaventure. Kalau ikutkan memang penat tak hilang lagi, sebab sepatutnya sampai sehari sebelum, tapi oleh kerana ada delay flight, hari ni baru start event…then, sampai hotel, mandi, tukar baju dan terus turun dari bilik ke dalam bas untuk pergi ke Universal Studio Hollywood…

Sebelum tu, saya beli sim card US International Call and Data unlimited USD95 utk sebulan. So, apa lagi....kasi online taruss...:D.



10-Day 2 LAX 2

Sampai-sampai je USH, terus masuk dan lunch…lunch special dari Prudential..sebab delay flight…nak tahu best ke tidak, tengok le gambar2 kat bawah nie…J. Lepas tu, terus layan apa2 show and game yang ada kat USH tu. Pukul 4.45 pm, kumpul balik dan terus dinner.


07-Day 2 USH4


08-Day 2 USH5



Pukul 4.45 pm, kumpul dalam coach, then semua dah ada, terus jalan ke Restoran dalam 25 batu dari USH. Perut pun memang tengah lapar sesangat. Sekali Tour leader (thanx to Jenny)...bagitau, dinner special sikit sebab makan masakan melayu. Lagi tak sabar nak makan. Tapi, terpaksa meredah jammed sebab hiway penuh dengan kereta, sebab kita pergi tempat tu masa rush hour orang balik kerja.

Dinner mmg special, sebab makan masakan melayu, nama restoran pun melayu sangat…Belacan Grill. Alhamdulillah…kenyang…then, balik hotel update blog then tidur untuk hari berikutnya…tunggu entry saya esok…:D......

47-DSC_4080

43-DSC_4070

Daging masak kicap...mmg terbaik..

41-DSC_4063

48-DSC_4084

NOTES : Pengajaran dalam masa 2 hari

  • Apa-apa yang berlaku semua adalah ketentuan Allah dan kita kena belajar bersyukur. Dan pasti ada hikmahnya disebalik kejadian yang berlaku.
  • Enjoy apa yang kita buat pada satu2 masa, "live in your life"...memang penat...tapi, penat kekadang banyak kat akal sahaja....akal kita kata kita penat. Tapi, kita kena tahu macam mana nak control akal kita supaya kita boleh control body kita untuk menikmati sesuatu activity.
  • Best pergi trip oversea percuma...tapi lebih best kalau dapat trip oversea percuma dengan kengkawan rakan seperjuangan yang lain.
  • Kena kerja kuat untuk dapatkan sesuatu yang kita impikan, dan letakkan doa dan pengharapan kita hanya kepada Allah..dan kena berdoa dulu, then usaha sungguh2..jangan putus asa.
  • Kena jaga activity kita supaya kita boleh jaga masa kita...


Full Album utk Day 1 and Day 2.. Boleh click kat sini

Sambungan untuk hari - 3


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya tunggu kepulangan en aziz dengan penuh harapan,sebab baru plan nak jump a hari isnin ni..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...