22 May 2015

Star Club Los Angeles and San Diego 2014 Hari ke - 3

Sambungan dari blog entry sebelum ni....Allah berikan kesempatan untuk saya share kepada pembaca semua...

Hari ke-3 : 21/05/2015

Alhamdulillah, hari ke-3 walau pun badan masih terasa letih, dan jet lag tak hilang lagi, tapi bangun pagi fresh sebab dapat tidur nyenyak (deep sleep). Subuh pada pukul 4.28 pagi, dan matahari naik pada 5.28 pagi. Bila pergi ke oversea, antara benda yang saya cukup ambil berat adalah waktu solat dan kat mana nak solat, dan macam mana strategy supaya tak terganggu. Kena prepare semua peralatan (sejadah, kompas kiblat - skrg senang pakai phone je, dan pakaian bersih utk solat)....tak lupa, saya sentiasa bawak botol kecil, sebab biasanya kat negara barat, toilet takde paip. So, kena ambil kat sinki.

Pagi, sarapan di taman, level 4 (garden concept)..sejuk, dalam 12'C. Tapi, sebab dapat air panas kan...so...Alhamdulillah, best sangat breakfast kat luar nie dengan angin bertiup nie. Dan Hotel ada bekalkan heater atau pemanas untuk menghangatkan badan. Really different experienced. 

Just nak share, sepanjang saya bersama dengan Prudential, setiap kali pergi trip insentif, memang pengalaman yang berbeza. And saya sangat bersyukur Allah kurniakan kehidupan yang hebat. Semoga Allah merahmati apa yang kita buat. Amin.


06-DSC_4118


01-DSC_4104


Apa yang special utk trip kali nie, adalah pihak syarikat telah deal dengan hotel untuk menyediakan makanan yang halal, khas untuk group kami. Kalau dulu, mmg agak sukar, sebab kalau sarapan buffet di Hotel, kena "pick and choose"..tapi, from time to time, agent yang bumiputera yang layak dapat incentive semakin ramai, dan kami bersatu hati request dengan organizer (company dan travel agency) untuk sediakan makanan halal. Alhamdulillah, sekarang amat mudah. Berkat kita bersatu hati. Banyak kelebihan kalau kita bersatu nie...walau pun ramai orang tahu, tapi bukan satu benda yang senang sebab masing2 ada pendapat dan believe yang tersendiri.

Acitivity hari nie...

  • Sarapan
  • Kumpul kat ballroom hotel untuk briefing team building - Explore Hollywood. Konsep treasure hunt. 
  • Start activity....berkumpulan, then, bergerak naik bas ke Hollywood Walk of Fame. Setiap kumpulan diberi tugasan dan arahan tugasan semua ada dalam ipad (yang dibekalkan)...so, enjoy...team building, leadership dan macam2 perkara lagi kita pelajari. Walau pun saya dalam bidang nie dah 12 tahun, tapi saya juga belajar perkara baru hari ni.
  • Habis tepat pukul 12.00 tghari...lunch di Restoran India (makan capati dan nasi lauk kari)..
  • Then terus shopping di Factory Outlet Citadel, Los Angeles. Sessi yang paling ditunggu2 oleh semua agent kalau pergi star club...:D


14-DSC_4131

Pecah kepada 40 group. And saya berada dalam kumpulan 9.

17-DSC_4136

19-DSC_4139

21-DSC_4141

Mula sessi mencari "harta karun"..



26-DSC_4146

Habis treasure hunt tepat pada pukul 12.00 tengahari. Then, lepas tu lunch and pergi shopping.

Nak share sikit pengalaman saya shopping (mostly pakaian) di US. Saya pernah pergi beberapa Premium Factory Outlet di beberapa buah negara, pada saya di US yang saya pernah pergi Citadel dan Dessert Hill...memang lebih murah especially product2 US. Murah di sini bukan murah dari segi duit...tapi dari segi "nilai". Sebagai contoh kalau baju kemeja Tommy Hilfiger, kalau kat Pavillion antara RM 500 - RM 800...tapi kat sini boleh dapat dalam USD50 - USD80. Then itu tak masuk kalau ada discount promotion, atau buy 1 get another 1 with 50% discount. So, memang dari segi harga masih le mahal...tapi dari segi nilai...kita dapat harga lebih rendah. So, kepada agent2 Prudential khususnya yang tak pernah merasa star club....anda boleh buat macam mana yang qualifier buat dan in sha Allah anda akan dapat apa yang mereka dapat. Kena usaha gigih dan jangan cepat mengalah.



33-DSC_4173

36-DSC_4177   

Sekian untuk hari ni....in sha Allah saya akan sambung lagi kalau ada kelapangan.

Pengajaran pada hari ke-3.


  • Harga masa orang lain kalau kita nak orang lain hargai masa kita. Kena datang awal ke mana2 event yang memerlukan pengurusan masa yang ketat.
  • Belajar ikut arahan yang diberikan. Dalam team building di atas, kena buat seperti yang diarahkan. Cuma strategy setiap kumpulan mmg berbeza-beza ikut kreativiti masing2.
  • Komunikasi dalam group amat penting. Sebab kalau tak communicate, msg tak dapat disampaikan dengan baik. Menyebabkan salah faham dan sebagainya.
  • Sesuatu pekerjaan atau perkara kalau buat secara gotong royong i.e ramai2...in sha Allah kerja tersebut menjadi ringan.
  • Kena berikan commitment kepada kumpulan. Ins sha Allah ada sesuatu hasil yang mengejutkan. Dan jangan sesekali jual-ikan (Selfish)...:D.
Setakat tu je, kalau nak kirakan pengajaran mmg banyak sangat. Sebab setiap orang akan belajar perkara berbeza. So, apa yang saya pelajari, saya akan kongsikan...dan terpulang kepada anda sama ada nak share atau tidak kepada orang lain apa yang kita pelajari. Sebab, saya percaya, ilmu kalau kita kongsikan, ianya semakin banyak yang kita akan perolehi.


Sekian...


Sambungan hari ke-4 ( tunggu saya upload kisah dan gambar).





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...