19 November 2015

7 Perkara ASAS BAGAIMANA nak kenal pasal DUIT....

Assalamualaikum.....dan salam sejahtera.

Saya terlihat frontpage Sinar nie, dan terus terfikir satu perkara. Antara kesilapan orang-orang Melayu (khususnya)...yang kurang faham pasal duit. So, saya ingin berkongsi apa yang saya belajar, apa yang saya faham dan apa yang saya amalkan pasal duit nie.

Sebelum saya nak masuk apa yang nak saya kongsikan. Saya nak bawak anda fikir pasal kisah di bawah ini. 


Rumah Terbakar Nov 2015 Ver 2

Pertama sekali, saya bersimpati kepada makcik nie, sebab RM 250,000 simpanan yang dibuat dengan penuh displin selama 32 tahun lenyap sekelip mata. Kalau bukan rezeki, macam tu la keadaannya. Kita tak tahu macam mana dan apa yang kita ada boleh hilang sekelip mata.

Baik, saya sambung semula...

Saya nak ajak anda berfikir....pada saya Makcik nie sangat bagus, sebab boleh ada simpanan RM 250,000 dengan hanya berniaga pasar malam (yang kekadang graduan tak sanggup nak venture business pasar malam, maybe sebab status...tapi, makcik nie boleh buktikan, bahawa dia boleh kumpul duit)...so, kalau kita yang graduan, dalam masa 32 tahun, boleh tak kita kumpul banyak tu?...

Cuma, dari segi ilmu duit, mungkin makcik nie tidak mendapat pendedahan bagaimana nak urus duit. Pandai cari, tak pandai urus pun boleh terlingkup.

Sebelum kita nak tahu macam mana nak urus duit, kita kena kenal duit tu dulu macam mana.

So, antara 5 perkara yang kita kena kenal pasal duit.

#1 DUIT ADALAH ALAT

Duit sebagai alat adalah perkasa asas yang kita kena semua tahu. Ada ramai juga kata, duit ni punya maksiat dan kejahatan.....pada saya, jangan salahkan duit, sebab duit nie sebagai alat. Kalau kita pandai guna alat tersebut utk kebaikkan, dia akan beri kita manfaat. Dan sebaliknya kalau kita tak reti guna alat tersebut ia akan jadi mudharat..sama ada pada diri kita atau orang lain.

So, duit adalah alat. Alat apa?..alat yang diterima pakai untuk pertukaran dengan NILAI. So dengan alat tersebut, kita boleh beli apa yang kita nak.. Boleh faham?..simple je benda nie....

So, skrg nie, yang paling penting bukan hanya alat i.e duit. Tapi orang yang mengendalikan alat tersebut. So, kalau yang handle takde ilmu atau kurang ilmu, alat tersebut tidak dapat digunakan dengan berkesan. Sebab tu kekadang kita ada alat yang sama, jumlah yang sama, tapi kita tak dapat hasil yang sama....bergantung kepada beberapa faktor seperti ilmu, peluang, dan sumber2 lain. Tapi yang paling utama adalah ILMU. Kalau tak de ilmu, ada peluang pun tak nampak ianya adalah peluang. Tapi kalau ada ilmu, orang lain tak nampak ianya peluang, tapi kita nampak ianya adah peluang.

So, belajar ILMU gunakan ALAT (duit) untuk improve anda punya keadaan kewangan. Ada yang percuma, ada yang berbayar, ikut keselesaan dan kemampuan. 

Berbalik pada gambar di atas...sebab tu kena ada ilmu kewangan ni, kalau tak kita lebih senang dan percaya simpan duit kat rumah berbanding simpan duit kat bank dan sebagainya. Tapi, kalau kita ada ilmu yang lebih advance, kita pun tak simpan duit dalam bank, ada banyak lagi instrument yang kita boleh gunakan utk simpan duit...so, again..kena belajar ilmu kewangan...


#2 DUIT SEBAGAI PENYIMPAN NILAI

Duit adalah penyimpan NILAI. Tapi ia bukan satu penyimpan nilai yang baik. Sebab nilai duit akan berubah-ubah ikut pasaran matawang. Yang ini kalau anda nak faham, anak kena study sikit bagaimana nilai duit boleh berubah-ubah. 

Kalau kita faham pasal duit, kita sebenarnya bukan nak duit...kita nak apa yang duit tu boleh beli atau dapatkan untuk kita. Sebagai contoh paling mudah dalam dunia...Anda ada 1 juta ringgit, tapi anda tak boleh nak buat apa2 dengan duit tersebut. Anda boleh tengok..pegang2...tapi tak boleh nak buat beli apa2...tak boleh nak tukar dengan apa2 benda yang anda nak...adakah ianya bernilai kepada anda?..Kalau anda tanya saya, duit tu dah takde nilai dah....

So, apa yang anda kena faham adalah...kita nak apa yang duit tu boleh beli...contoh...kita nak beli kereta untuk pengangkutan, yang kita nak adalah kereta utk yang boleh beri faedah pengangkutan kepada kita, tapi sebab nak dapatkan kereta tu kena ada alat (perantara yang diakui bernilai oleh kedua-dua pihak yang membeli dan menjual), tu yang kena ada duit nak beli. Sebab tu kat duit kerta tu ada tulis "wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai"....maksudnya ianya diterima pakai oleh kedua-dua pihak yang berurusniaga. 

Tapi, duit kertas nie bukan penyimpan nilai yang baik sebab kalau contoh sekarang nie tahun 2015, nilai ringgit kita turun, dan kalau kita bawak duit kita ke luar negara dan kita nak tukarkan kepada nilai duit tempatan, mungkin mereka tak terima disebabkan nilai duit RM tidak stabil...jadi, kalau salah seorang tak terima, tak jadi la urusniaga dan tak bernilai la duit tersebut...konsep mudahnya macam tu la.

#3 DUIT DIGUNAKAN SEBAGAI PERANTARAAN PERTUKARAN BARANG ATAU PERKHIDMATAN

Duit adalah sebagai alat yang diterima sebagai perantara utk pertukaran barang atau perkhidmatan....atau sekarang nie,  orang bukan hanya jual perkhidmatan, tapi orang jual pengalaman....sebagai contoh, ramai yang pergi taman tema, yang ada pelbagai permainan extreme dan sebagainya....apa yang kita dapat bila kita beli tiket utk masuk taman tema tersebut?..ianya adalah pengalaman...

Dan macam2 lagi sebenarnya perihal duit ni. Yang baik, yang jahat, semua boleh terlibat. Jadi, atas kita yang gunakan duit, kena ada ilmu dan pandai macam mana nak gunakan.

Kita belajar kat sekolah dulu, orang nak berurusniaga permulaannya pakai system tukar barang atau sistem barter. So, kalau kita nak beli beras, kita ada daging, kita kena le cari orang yang ada beras dan nak daging....macam tu la...agak2 macam mana?..susah tak?..Then, lama2 system kewangan berkembang, orang start pakai batu, logam dan sebagainya sampai lah sekarang nie pakai duit kertas. Patutnya duit kertas nie disandarkan dengan logam bernilai i.e emas...tapi, melalui pembacaan kalau anda ada baca, sekarang nie, banyak negara pakai print je duit kertas....tanpa sandaran dengan emas. Ia akan memberikan impact jangka panjang. Again, kena tahu apa impact dia, anda kena cari info pasal benda tu. Apa yang saya boleh nasihatkan, jangan terlalu bergantung dengan duit kertas...walau pun duit tu kita dah simpan dalam bank atau institusi kewangan, jangan hanya bergantung kepada itu. Kena pelbagaikan cara kita simpan nilai harta kita, sama ada emas, hartanah, pegangan saham dan macam2. Apa2 pun yang paling penting adalah ilmu.

Duit bukan segala-galanya, tapi banyak perkara memerlukan duit...sebab apa?..sebab ia digunakan pakai dalam perantaraan pertukaran barang.



#4 DUIT PERLU ADA ALAMAT

Yang ini saya pernah belajar dengan daripada beberapa mentor kewangan saya. Duit perlu ada alamat. Alamat tersebut kita perlu letakkan sebelum dia bergerak ke mana2...kalau tidak ada kemungkinan duit tersebut sesat....Alamat ni, bukannya kita tulis alamat kat duit tu, atau kita masukkan sampul kita tuliskan alamat....maksud saya adalah, setiap ringgit dan sen yang kita terima, kita kena tentukan nak buat bayar apa atau nak buat untuk kegunaan apa....

Contoh simple nak letakkan alamat pada duit :

Dapat gaji RM 3,500 (take home income)

Jumlah RM      :    Alamat


- 600              : Maybank - Ansuran rumah
- 400              : CIMB - Ansuran kereta
- 100              : TNB
- 25                : Syabas
- 400              : Belanja Anak
- 200              : Belanja Dapur
- 200              : Personal Insurance
- 450              : Daily Expenses
- 350              : Minyak Kereta / Toll
- 100              : Bill Handphone / Broadband
- 150              : Simpanan ASB
- 150              : Simpanan Tabung Haji
- 200              : Parent
- 50                : Sedekah
- 75                : Others

So, kalau kita dah letak alamat sesiap....kita kena berdislin dengan alamat tersebut. Dan jangan sesekali tukar alamat tanpa sebarang perancangan. Kalau tak akan ada banyak duit yang tersesat. Yang paling kita kena jaga adalah Daily Expenses.......saya dulu macam mana saya nak control daily expenses....dalam poket atau dalam dompet mesti pecahkan duit budget ikut mingguan....kalau RM 450 sebulan dalam RM 15 sehari, so, seminggu duit belanja sendiri (termasuk makan kat luar RM 15 x 7 hari = RM 105 sahaja)....so, kalau saya dapat jimat, saya akan dapat extra utk benda lain. 

Contoh jimat, instead of kita order fresh oren, kita boleh minum air suam atau air sejuk sahaja...yang penting hilang haus....dan saya dapat jimat. Pernah dulu saya kontrol daily expenses saya dengan jimatkan kos pergi kerja dengan naik motor dan pernah naik basikal (masa kerja dulu)....then, kalau dapat jimat setiap alamat dalam RM 10 - RM 15 setiap bulan (utk alamat yang boleh adjust, kalau yang dah fixed tak boleh dah)....kalau dapat jimat dari 3-4 alamat boleh jimat RM 50 sebulan, RM 600 setahun....so, boleh le cover duit insurance / road tax kereta....

Tapi part ini paling susah bukan nak letak alamat...yang paling susah adalah nak "KAWAL EMOSI". Anda perlu tahu kawal emosi untuk hal macam nie. So, terpulang pada displin masing2. Jangan salahkan sesiapa kalau setiap bulan kita asyik tak cukup duit...cukup ke tak cukup...kita yang bg cukup. Ukur baju badan sendiri, jangan ukur pakai badan orang lain....:).


#5 DUIT PERLU BERGERAK (MENGALIR) 

Jangan biarkan duit kita tak bekerja utk kita. Dan jangan biarkan duit kita terperap tak bergerak....sebagai contoh, gambar kat atas tu RM 250,000...simpan diam2 dalam tin biskut...kena ambil sebahagian rolling utk mendapatkan pulangan yang lebih besar...invest pada ilmu untuk bangunkan modal insan. Tak perlu modal mahal2 pun untuk mulakan pelaburan atau perniagaan.

So, duit kena ada yang keluar dan ada yang masuk balik. Dan kita kena usahakan (ada banyak cara kalau anda ada ilmu...so, kena cari ilmu kewangan daripada sesiapa yang mahir. Then dari situ barulah kita boleh kembangkan utk pelaburan yang lebih besar dan pulangan yang lebih tinggi....

So, ingat....jangan kita ingat kita simpan duit dalam bank lama2...adalah satu yang bagus sangat.....kena keluarkan dan invest. Tapi jangan salah invest. Kena dapatkan ilmu dulu. 


#6 DUIT BOLEH BEKERJA UNTUK KITA

Selain kita bekerja untuk dapatkan duit, kita kena target untuk jadikan duit bekerja untuk kita. Kena ada ilmu dan start rancang...then kena buat apa yang dirancang....mulakan dengan yang simple2 dulu. Macam ASB, then, invest di property (sewakan) atau jual balik...then, belajar untuk sublet pulak...then, buat apa2 service yang boleh bantu selesaikan masalah orang dan kita akan dapat bayaran untuk tambah cash flow. Then, boleh berjinak2 dengan saham, dan sebagainya....

Kalau anda kenal duit, anda senang nak suruh dia kerja untuk kita. Kalau kita tak kenal duit...sesilap kita kena kerja untuk dia selama2nya....

So, nak kenal duit. Jangan takut dengan duit. Duit ni kalau kita tak kenal, dia akan jadi liar....kalau nak jinakkan, kena tahu perangai dia....sebelum nak tahu perangai duit, kena didik perangai kita dulu...:D.



#7 JANGAN JADI HAMBA DUIT, BIAR DUIT JADI HAMBA KITA

Last sekali, dan yang paling penting..jangan jadi hamba kepada duit. Duit sebagai alat...dia yang patut jadi hamba kita. Jangan letakkan duit dalam hati, letakkan kat tangan...kalau hilang di tangan, kita boleh usaha untuk dapatkan lagi. Kalau letakkan kat hati, kalau hilang, kita akan frust, sakit hati, down dan macam2 penyakit hati datang....so, kena ingat bebetul benda nie.

Jadi, didik diri kita agar biasa letakkan duit hanya di tangan. Kalau dah biasa, In sha Allah...berapa banyak kita ada pun, ia takkan menjadikan kita hamba kepada duit...sebaliknya kita boleh manipulate utk dapatkan lebih banyak, seterusnya boleh bantu orang lebih ramai...dan yang paling penting dapat bantu agama kita, Islam...yang kita cintai. Kita bantu agama, bukan faedahnya hanya pada agama, tapi faedah yang paling besar adalah pada kita. In sha Allah, kalau kita tolong agama Allah...Allah akan bantu kita....

Sekian, semoga bermanfaat. Kepada sesiapa yang nak share posting nie, dipersilakan.

Kepada sesiapa yang nak belajar nak kenal duit nie...boleh join seminar percuma saya pada masa akan datang, macam mana kita nak cover 5 area..

1- Wealth Creation (Cipta kekayaan)
2- Wealth Management (Mengurus Kekayaan)
3- Wealth Protection (Melindungi kekayaan)
4- Wealth Accumulation (Mengumpul kekayaan)
5- Wealth Purification (Membersihkan kekayaan)
6- Wealth Distribution (Membahagikan kekayaan)

Sila like fb page saya : www.facebook.com/aar.associates atau layari www.aarassociates.com untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai seminar saya..

Sekian....

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-3232121


Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...