20 December 2015

Fast Action, Fast Result - Slow Action No Result?

Fast Action Fast Result.001

Assalamualaikum....

Perkara yang sangat mudah untuk disebut, actually pun senang nak buat, yang susah nak buat adalah nak "CONSISTENT BUAT".

Saya nak share 5 tips macam mana nak develop habit "fast action" dalam diri kita.

#1 - Tulis apa yang kita nak buat. Action plan. Biasanya idea datang dalam masa yang tidak diduga. Tetiba dapat idea je. So, kekadang idea tu sangat le best dan mmg boleh buat duit. Cuma, kalau ia setakat lalu dan kita tak ambil note, mungkin ia akan berlalu begitu sahaja. So, always standby untuk take note apa idea yang lalu dalam kepala kita. Sebab idea adalah Ilham dari Allah...mungkin Allah nak berikan rezeki kita dengan Dia berikan kita ILHAM. So grab the idea A.S.A.P (As soon as possible). 

#2 - Letakkan date bila nak buat dan bila boleh completekan. Kita tak tahu pun sama ada idea tu atau apa yang kita nak buat tu boleh settle ke tidak dalam masa yang dirancang. Tapi, kalau kita tak letak date bila nak buat dan bila nak complete. Tu yang otak kita takkan fikir bila nak buat, hati kita takkan rasa bila nak buat dan akhirnya tubuh kita tak buat apa2 pun. Jangan fikir atau risau sama ada siap ke tak siap. Just letakkan date dan berikan komitmen untuk mulakan dan siapkan. Yang penting adalah progress untuk completekan tasks. Bukan untuk mencari perfection. PROGRESS is more IMPORTANT than the PERFECTION.

#3 - Kena selalu tengok ACTION PLAN LIST tu untuk kita stimulate mind kita untuk mulakan. Yang paling berat adalah nak dapatkan momentum (nak mulakan)...once dah start, kita akan terus buat. So, kena tengok selalu...dan cakap dalam diri...aku kena SEKARANG. Tuliskan jugak pada ACTION PLAN LIST  2-3 langkah awal yang kita kena ambil untuk dapatkan momentum....langkah2 awal tu seharusnya benda yang paling simple dan paling mudah nak buat....

#4 - Kongsikan apa yang ingin anda buat kepada orang yang anda memberi sokongan kepada anda walau apa idea anda sekali pun. Kalau orang tu negative, pun pada saya takde masalah. Sebab kekadang kritikan itu lebih memberi kesan utk kita bertindak lebih pantas sebab kita nak buktikan yang idea kita ni bagus....so, IDEA hanya tinggal IDEA kalau ia dilaksanakan.

#5 - Catatkan PROGRESS dengan kita buat timeline project. So, kita lebih bersemangat bila nampak ada progress dan progress tersebut semakin hamipir complete. In sha Allah, anda boleh termotivate dengan sendirinya untuk anda buat sesuatu project. 

Selamat mencuba.....

"Kongsikan apa yang kita tahu, mudah-mudahan Allah berikan kita apa yang kita tak tahu" - AAR

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121
fb.com/aar.associates


Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...