24 January 2016

Tips Handle Cabaran Kegawatan Ekonomi - Repost Tuan Zaidi Ismail

Kegawatan-Ekonomi-Malaysia-2015 copy

Assalamualaikum, saya nak kongsikan tips yang menarik dan praktikal, cuma memerlukan determination yang tinggi untuk implement. Saya merupakan ahli Urus Insan, tapi tak sempat nak pergi coaching 1 on 1 dengan Tuan Zaidi Ismail nie, sebab saya pun sibuk dengan coaching session saya dengan agent-agent saya...

Ini adalah facebook beliau. Boleh follow facebook beliau.  https://www.facebook.com/urusinsan

So, maybe ianya bagus untuk anda. Ada banyak benda yang beliau tuliskan telah pun saya amalkan, Alhamdulillah..memang berkesan. Walau pun berguru secara online, tapi memang saya follow exactly apa yang beliau sarankan. Saya pernah ikuti seminar beliau dalam "Pelabur Underground 2014"...dan banyak tips yang saya pakai dari idea2 beliau.


MENGHADAPI MUSIM EKONOMI GAWAT ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Salam tuan..saya nak tanya pasal ahli urusinsan yg tuan cakap dlm post2 tuan..maaf saya baru dapat tahu pasal tuan melalui rakan saya.. boleh tuan bg penerangan sikit pasal program ni? siapa2 boleh join ke? walaupun tiada aset, semata2 hutang, liabiliti?
.
t.kasih atas pencerahan.. saya banyak baca post2 tuan..saya terasa mcm banyaknya yang x betul dlm pengurusan kewangan saya..saya mencari2 siapa yg boleh bantu saya..
.
Saya bekerja, suami saya baru diberhentikan kerja hujung tahun lepas dan masih takde keje lg smpaila ni.. saya agak terdesak skang dengan perbelanjaan n anak2 yg masih kecil (2org usia 2thn, 4 thn) , saya harap tuan bole jelaskan apa hala tuju program ni agar saya tahu btol ke x keputusan saya ni..
.
Fee tuan tidakla banyak mana bagi saya..cuma saya kena pk btol2 kalau nak bg tuan rm600 tu disaat hidup saya tgh kucar kacir ni.. bukan smpai tahap x makan..alhamdulillah makan pakai masih ok..cuma hutang makin bertambah (credit card) utk cover belanja keluarga sejak suami x bekerja..
.
terima kasih atas masa tuan..
.
KOMENTAR SAYA.
~~~~~~~~~~~~~~~
.
Saya dah hadapi 3 kali musim ekonomi gawat (1997-98 , 2003-2004 , 2009-2010) , ini nak masuk kali ke 4 dan setiap kali musim ekonomi gawat , harta saya bertambah, korang baca molek-molek. Saya tidak tahu apa yang korang bakal buat untuk hadapi kegawatan 2016-2017 mendatang , apa yang saya buat dulu dan akan terus buat adalah :-
.
1. TERIMA KENYATAAN = Lebih cepat kita terima kenyataan , lebih cepat kita bertindak , bincang dengan orang tersayang dan ambil tindakan.
.
2. JUAL = Semua beban atau benda / perkara yang tidak memberikan pulangan kepada saya , terutama jika benda / perkara itu sudah 3 bulan tidak di sentuh (seperti pakaian dll) , saya kumpul hasil jualan sebagai modal (buat senarai dan jual). Masa saya jual dulu , saya dapat kumpul RM16K (tahun 1997/1998) , mula berniaga dan cari ILMU.
.
3. CARI / BUAT KERJA = kalau saya ada 1 kerja , saya akan cari kerja yang ke 2 , 3 ,4 , 5 dan buat duit sebanyak yang boleh , janji halal , terutama kalau saya di berhentikan kerja. Saya pernah bawa diri ke luar negara (USA) selama hampir 2 tahun mencari pengalaman di negara orang.
.
4. MERINGKAS HIDUP = Kalau perlu pindah , pindah sebelah tempat kerja , kalau perlu guna satu kenderaan (kongsi) , kalau perlu kongsi tuala mandi , shampoo , apa juga yang boleh meringkaskan (simplify) hidup , matikan semua jenis langanan subsripsi seperti ASTRO , Majalah dll dan "revise" semula bayaran ansuran bulanan insuran / takaful 
.
5. CARI ILMU = Hampir tertinggal pulak , saya masuk kelas , seminar , beli / baca buku , cari mentor , berkuli dan sebagainya untuk tambah ILMU , masa banyak sebab masa tu takda kerja.
.
6. BELI HARTA SEBANYAK YANG BOLEH = Lihat tawaran-tawaran pembelian harta yang murah-murah , perniagaan ,hartanah dan apa juga yang di kategorikan sebagai harta (ikuiti , aliran tunai dan peningkatan nilai). Ini akan amat membantu masa akan datang. Ini adalah satu-satunya perkara yang kita belanja semasa musim gawat. Yang lain kita tangguh atau langsung tak payah belanja.
.
7. TAWAKAL DAN DEKAT DIRI DENGAN TUHAN (sendiri mau ingat) 
.
8. BERKATA "TIDAK" DAN TANGGUH = Tidak kepada perkara-perkara tidak mendatang faedah dalam hidup , jangan cari penyakit , saya dah buat posting tentang perkara ini , malas nak ulang banyak kali dan tangguh perkara yang boleh di tangguhkkan dan buat bila ekonomi dah baik atau tak perlu buat langsung seperti kenduri kahwin ala "wedding of the year" , yang penting nikah , buat kenduri makan nasi ayam 50 orang dah cukup. Buat yang wajib jer.
.
9. BUAT PEKAK , BUTA DAN TULI = Kepada kata-kata nista orang lain dan ajakan dan sembang kencang mereka-mereka yang cuba ambil kesempatan terutama adik beradik , kawan-kawan dan sedara mara , fokus pada diri sendiri dan keluarga (anak bini).
.
10. TUTUP / LUPUS = Hutang-hutang bodoh secepat mungkin. Terutama hutang yang buat kita rasa menyesal setiap kali nak tidur malam.
.
11. JANGAN MALU = Minta tolong dengan orang kalau perlu , bukan semua benda kita pandai , begitu juga dengan menerima pemberian orang lain , Abang Ngah saya tidak pernah tolak kalau saya beri baju / pakaian lama saya , kalau dia tak muat , dia bagi anak-anak dia pakai , dia dah bersara kini , takda hutang , rumah , kereta semua dah habis bayar , hidup tenang , hari-hari layan masjid depan rumah. Umur tak sampai pun 55 tahun.
.
12. KURANGKAN ALASAN LEBIHKAN USAHA DAN TINDAKAN = Ini paling penting.
.
Itu jer saya nak pesan , hidup korang bukan ada orang lain yang nak tanggung , korang sendiri juga yang tanggung , persetankan orang lain , bukan mereka yang nak hadap kehidupan korang , kalau korang nak rasa perkara yang orang lain tidak pernah rasa , korang kena berani buat apa yang orang lain tidak buat.
.
Akhir kalam , saya tinggalkan satu madah berhelah buat korang pikir , kalaulah kecantikan dan kekayaan itu boleh bawa kebahagiaan , mana mungkin Fasha Sandha dan Nora Danish bercerai dengan orang yang sama - OK baiiii.




NOTE : Nak buat INCOME TAMBAHAN?...kalau anda nak tahu macam mana boleh buat income tambahan sebagai perunding Takaful...saya boleh tunjukkan cara. Penerangan PERCUMA, PM whatsapp 019-323 2121. Fast Action, Fast Result.


P/S: Akhir kalam dia tu mmg sangat WIN!!!

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121
www.facebook.com/aar.associates


Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...