19 March 2016

Top LINE dan Bottom LINE dalam business.

Dalam kita buat business atau running business...ada benda yang kita kena faham secara konsep asasnya. Saya pun belajar dari orang lain, antara mentor saya dalam business insurance....

Rabu lepas, 16 March 2016, bertempat di Concorde Hotel, KL, saya attend business meeting dengan pihak management syarikat...dan masa lunch tu, salah sorang mentor saya share dengan saya satu interesting topic yang saya tahu, tapi kurang sedar...tapi now baru saya sedar dan faham. Iaitu mengenai TOP LINE dan BOTTOMLINE dalam BUSINESS....


Bottomline.001

Saya kongsikan benda nie, bukan apa, akan ada sampai satu masa kita akan melalui satu fasa (yang saya belajar adalah S Curve)..iaitu fasa penurunan prestasi business kita apabila kita sudah mula rasa selesa dan rasa yakin kita boleh buat dengan mudah tanpa memberi tumpuan pada business kita.

Rasa selesa awal (Pre-Mature Comfort Zone) merupakan satu situasi di mana, anda yang buat business akan rasa selesa, secured dan bahasa senang adalah jadi macam malas sikit, konon2 nak enjoy life dan sebagainya, tapi dari segi kewangan dan system support masih belum bebetul extablished lagi.

So, apa yang kita kena fahamkan dan sedar adalah mengenai 2 garisan ini Top Line dan Bottom Line...

Antara keadaan business pada aras TOP LINE - iaitu apa yang kita dah capai dari segi rewards, incentive, awards, recognition, status, terkenal, masuk paper, kuar TV dan yang sewaktu dengannya....tapi, BOTTOM LINE pulak adalah, kita punya NETT PROFIT atau PERTUMBUHAN NETT PROFIT kita, iaitu INCOME kita.

So, dalam case industry insurance atau takaful, ada ramai yang terperangkap, anda kerja rewards dan incentive, untuk sesiapa yang bebetul kejar, memang sangat bagus. Tapi yang bahayanya adalah senior agent dalam 2-3 tahun buat takaful, sudah rasa selesa, dan semua TOP LINE incentive nie, sebab mereka dulu pernah rasa, dan mereka kata, "Alaaaa...tak pelah, aku dah rasa semua benda ni"...Tapi harus diingat, BOTTOMLINE nya adalah INCOME. So, bab income nie, walau pun kita pernah perform satu masa dulu, tapi dari segi kewangan kita tak jaga, ia akan memberi kesan jangka panjang dan sesilap di saat kita sedar, kita tak mampu nak buat macam mana dulu2 kita buat.

Dan walau pun kita pernah perform satu masa dulu dan sekarang nie, kita tak perform, kat sini lah sebenarnya LOOP HOLE di mana kita akan melalui fasa stagnant dan seterusnya decay dan seterusnya declined. So, kalau dah declined, nak bangun balik amatlah susah....

Jadi, apa yang harus kita lakukan kalau kita seorang businessman?...

Manage business kita, manage marketing kita, manage kewangan company kita, manage operation, support staff dan beberapa component lagi. So, jangan sesekali kita leka, sebab dunia berubah dengan pantas. Kalau kita tak berubah tunggu saatnya nanti keadaan akan paksa kita untuk berubah.

So, "It's not only the victory that we looking for, it's about money that we bring in to our agency or company"....

Di harapkan anda boleh faham apa yang saya cuba sampaikan.

Sekian

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121
www.azizriadi.com


Banner Fb Page Version 2.1

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Artikel ni telah membuka mata saya sangat2. Terima kasih en.Aziz Riadi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...