09 April 2016

TIPS HARTANAH - Statement ASB

As salam semua...

Saya nak share sikit kepentingan simpan statement ASB. Sebab mungkin selama nie kita tak kisah pun statement nie, sama ada dapat atau tak. Tapi saya nak bagi tau anda beberapa perkara yang penting mengenai maklumat yang ada dalam statement ASB nie.


ASB 2013 Return.001

Gambar sebagai rujukan.

Kalau di lihat dari gambar di atas, ada bahagian Baki Pelaburan...terdapat 3 Bahagian 

1- Buku Pelaburan

2- Sijil

3- Jumlah

Jadi, kalau kita nak buat loan dan kita prepare loan profile, bahagian PASSIVE INCOME dan SAVING perlu ada maklumat ini dan sudah tentu, kita perlu sertakan bukti (statement)...jadi, kalau kita ada buat OD pakai ASB, jumlah untuk kita pledge kan jadi OD tu kita perlu tukarkan kepada sijil. So, bila kita update buku, jumlah dalam buku sudah tentu sedikit (kalau kita dah keluarkan semua baki sebelum nie dan tukar kepada sijil utk kita buat OD)....Jadi, kalau kita tak sertakan statement nie, pihak bank mungkin akan tercari-cari bukti yang kita ada simpanan dalam ASB kita. 

Jadi, kalau ada statement nie, kita boleh jadikan sebagai bukti yang kita juga ada simpanan dalam bentuk sijil.

Kalau hilang statemen nie macam mana?...kena request kat mana2 Ejen ASNB atau pun pergi ke cawangan PNB, untuk request. Bayaran RM 10 dikenakan dan kena tunggu beberapa hari. So, untuk sesiapa yang dah dapat statement tu , kalau boleh scan dan save. Sebab kalau kita nak update loan profile kita, kita ada statement sebagai bukti simpanan kita.

Kalau takde, better dapatkan segera, sebab kita tak tahu, bila kita perlukan benda tu, so, always on standby mode....sebab peluang untuk miliki hartanah kadang-kadang kita tak boleh jangka.

Sekian...

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
www.aarassociates.com
019-323 2121





Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...