25 May 2016

TIPS KEWANGAN : Macam mana nak mulakan SIMPANAN?

Saya kongsikan kepada anda petikan dari mentor kewangan online saya iaitu Abam Zaidi Ismail (https://www.facebook.com/urusinsan)...

Bila nak menyimpan sangat liat, bila nak belanja sangat cepat....terpulang kepada diri masing2...sebab duit anda, anda yang uruskan...dan beban kewangan anda, anda yang akan tanggung.


So mulakan dengan sesuatu yang kecil. Sebagai penyuntik semangat atau motivasi. Bila sebut pasal duit je tak lari dari 3 perkara asas...

1. Income
2. Expenses
3. Surplus @ Defesit

Dan semua benda nie berkait rapat dengan emosi anda...Tak percaya?..cuba anda baca artikel di bawah.


TIPS KEWANGAN PAGI JUMAAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Sebelum sibuk nak bayar hutang bank atau hutang orang , bayar diri sendiri dulu (buat simpanan) untuk tabung kecemasan , paling minima bersamaan dengan 1 bulan gaji , dah ada wang ini , barulah mula bayar hutang , kalau tertunggak bayar lebih sikit , lama-lama boleh kejar.
.
Kenapa tabung kecemasan (sakit pening , kereta rosak dll) penting ? supaya kita tak tambah hutang baru kalau ada kecemasan. Beli tudung , tukar handbag , modified kereta , bagi pinjam duit kat orang , balik kampung dan sebagainya bukan kecemasan) , jangan ngada-ngada nak guna wang tabung kecemasan.
.
Ada yang meninggal dan kenduri kendara kat kampung bukan kecemasan , kalau ada yang meninggal atau ada yang kahwin , mereka tetap dah meninggal atau kahwin biarpun korang tiada disitu. Jangan sebabkan hal macam itu , poket korang meninggal pulak nanti.
.
begitu juga kalau mak ayah nak buat kenduri kat kampung, tong/tong dengan adik beradik , boleh pilih tarikh lain kalau semua tengah senak, jangan cuba jadi hero.Tolong jangan jadi lurus pembaris apabila membaca nukilan ini , Abam cuma bagi contoh jer , guna la akal untuk menentukan mana satu hal atau perkara kecemasan.
.
Teruskan menyimpan biarpun sudah ada tabung kecemasan , simpan / tabung kecemasan sehingga bersamaan dengan 6 bulan pendapatan barulah mulakan langkah untuk melabur pula selepas itu. Kajia semula kedudukan kewangan anda setiap 6 bulan. Ada paham ?



Sekian...semoga bermanfaat. Kalau anda nak tahu macam mana tambah income setiap bulan untuk membolehkan anda mula menyimpan dan belajar macam man anak manage expenses...saya boleh tolong ajarkan...PM saya dan saya akan reply request anda in sha Allah.


Aziz Riadi
Coach Takaful #1 
019-323 2121


Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment