25 May 2016

TIPS KEWANGAN : Nak ada harta sendiri...tapi Sanggup atau tidak?

Saving dalam gelas 

Saya kongsikan kepada anda petikan dari mentor kewangan online saya iaitu Abam Zaidi Ismail (https://www.facebook.com/urusinsan)...

Ramai antara client, prospect dan agent2 saya yang tanya benda nie dan lebih kurang sama jugak jawapan saya. Tapi, kali nie, saya nak anda baca sendiri dari orang lain...kalau nak ikutkan, kalau anda cari mana2 penasihat kewangan pun sama jugak. So, korang layan la dulu. Kalau nak follow...follow...kalau tak nak, nak buat macam mana. Kalau anda sendiri tak sanggup nak buat untuk diri anda...anda rasa orang lain sanggup berkorban untuk anda?...


BUKAN TAK BOLEH TAPI TAK SANGGUP.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  • Tak salah kalau tidak mempunyai harta yang banyak , bukan semua orang nak jadi kaya tapi yang pasti tiada siapa yang ingin jadi miskin , Abam banyak juga terima surat yang minta tips dan cadangan bagaimana nak hapus hutang , hidup sederhana , cukup makan pakai , ada rumah sendiri untuk berteduh dan ada simpanan untuk hari tua 
  • Abam nak bagi tahu , bukan susah pun untuk capai semua itu , isunya bukan boleh atau tidak tetapi sanggup atau tidak dan kebanyakan dari kita tak sanggup , mulut kata nak hidup sederhana,  tak nak berhutang dan sebagainya tetapi realiti amat berbeza , ramai yang tidak sanggup melalui gaya hidup sederhana. Antaranya sebab :-
.
1. Nak jaga hati dan perasaan orang lain , memang tak nak beli kereta berhutang tapi apa kata orang kalau pakai kereta 2nd yang dah berumur 10 tahun biarpun boleh beli secara tunai. Tak sanggup dengar kata nista orang , bernanah telinga katanya , maka beli juga kereta baru biarpun poket sendiri bernanah.
.
2. Nak jaga air muka keluarga (terutama ibu bapa) kononnya , ambil juga pesonal loan sebab nak repair rumah kampung adik beradik atau diri sendiri nak kahwin , tak sanggup orang kata rumah buruk tak selesa. Walhal boleh jer buat majlis kat dewan serbaguna , takda siapa pun peduli , lepas 3 bulan orang pun dah tak ingat  masa kita kahwin tu  bersanding ke berdiri.  
.
3. Lepas SPM ambil pinjaman pendidikan nak sambung belajar ambil degree , nanti lepas habis degree dapat kerja bergaji besar berkata pada diri sendiri , realitinya dah masuk 5 tahun berkerja pinjaman belajar pun belum mula bayar nama masuk CCRIS nak beli rumah pinjaman pula tak lepas sebab tak sanggup bekerja sambil belajar , walhal banyak jer program PJJ tanpa perlu berhutang bagai.
.
4. Gaji mula bekerja layak jer beli rumah kos rendah , tapi tak sanggup sebab busuk katanya , alang-alang beli rumah biarlah yang paling besar dan paling mahal yang boleh di beli olehnya , barulah kembang hidung kalau kenkawan dan sedara mara bertandang ke rumah. Macam la rumah pertama itu tak boleh dijual untuk dapatkan rumah yang lebih baik selepas itu.
.
5. Bukan tak tahu menyimpan itu perkara asas dalam kewangan , tapi tak sanggup nak berjimat sebab ada kawan kata "kalau bukan sekarang , bila lagi ? kita bukan hidup selamanya , nanti mati tak sempat nak rasa duit yang disimpan" kita pun dengar nasihat kawan yang lebih sengkek dari kita.
.
Abam boleh senaraikan macam-macam scenario dan situasi , ceritanya tetap sama , Orang kita tak sanggup bersabar , tak sanggup menunggu , tak sanggup usaha , tak sanggup terima kenyataan , tak sanggup pekakkan telinga , tak sanggup jadi diri sendiri dan lebih lagi tak sanggup berkata "TIDAK".
.
Tak nak berhutang ? boleh jer , tak nak harta yang banyak , cukup sekadar apa yang ada ? boleh jer , nak hidup sederhana , lagi la boleh , tapi sanggupkah kita? Nak bawa bekal ke pejabat pun macam-macam alasan , ini kan pula nak hidup sederhana? Tak hipster la kan ... Ehmmm!!!. 
.
Abam senyum jer laaa.
.

Sekian..

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121


Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...