13 December 2016

Harga Caruman Naik Harga Setiap Tahun

Assalamualaikum...kepada pelanggan dan pembaca sekalian...

Saya ada terima beberapa message dari client saya mengenai kemungkinan harga takaful akan naik pada tahun hadapan (2017)...


Screenshot_2016-12-13-21-35-42_resized_20161213_093604206

Ok...baiklah...saya akan terangkan secara layman term..(utk memudahkan orang ramai faham)..

1. Konsep Takaful

Seperti yang anda sedia maklum, bahawa konsep takaful nie adalah "tolong menolong" antara pemegang sijil. Untuk memudahkan anda sekalian faham..macam skim khairat kematian masjid (so, setiap ahli keluarga qariah masjid) mencarum setiap tahun dalam tabung khairat tu. So, kalau ada ahli qariah yang meninggal dunia, duit tabung tersebut akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan jenazah hingga selesai.


So, sama jugak konsep takaful...cuma , duit caruman tersebut yang dinamakan "tabarru''" diuruskan oleh syarikat Pengendali takaful (Takaful Operator). Jadi mereka akan uruskan duit tersebut atas pengawasan BANK NEGARA MALAYSIA. Jadi pengendali Takaful tidak boleh menyalahkan dana tabarru tersebut sesuka hati. Hanya untuk kegunaan claim2 yang genuine (tiada sebarang penipuan) sahaja yang akan dibayar.


2. Caj Tabarru'

Caj Tabarru ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dana yang dinamakan "DANA TABARRU'"...dan setiap bayaran claim akan menggunakan dana tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, caj ini bergantung kepada risiko peserta. Iaitu ia bergantung kepada jantina, merokok atau tidak, tahap kesihatan, jenis pekerjaan dan umur.

Sebagai contoh, semakin meningkat umur, semakin tinggi caj tabarru' tersebut. Sila lihat gambar dibawah. Sebenarnya statement ini memang ada dalam setiap quotation atau sales illustration untuk semua syarikat pengendali takaful satu Malaysia. Sebabnya, ia adalah antara syarat yang perlu diterangkan kepada client atau bakal client sebelum mereka menjadi ahli atau sign up.



Kalau anda boleh baca statement di atas...tabarru' caj akan meningkat ikut umur. Dan ada kemungkinan dana simpanan (cash value) yang terkumpul tak cukup untuk cover kenaikkan caj tabarru' tersebut disebabkan oleh pulangan pelaburan yang teruk dalam tempoh masa yang lama....dan boleh menyebabkan sijil mungkin lapsed (luput, iaitu tak cover)...Jadi, apa yang client kena buat sama ada, tambah caruman atau pun kurang kan manfaat, untuk pastikan dapat coverage.

Jadi, secara ringkasnya...tiada jaminan harga tidak akan naik pada masa akan datang...Sekiranya ada agent yang berkata demikian, anda boleh semak dengan syarikat Pengendali Takaful tersebut..mungkin agent tersebut hanya ingin menjual tanpa mementingkan keperluan untuk client dapat maklumat dengan betul.

4. Bila yang akan naik harga dan macam mana process naik harga. 

So, bila pula akan naik harga?...dan macam mana process naik harga?..

Sebagai pengetahuan asas kepada pembaca sekalian....dalam plan takaful yang anda ambil sebenarnya terdapat pelbagai manfaat tambahan yang dinama sebagai RIDER...dan setiap rider ini mempunyai caj2 yang tertentu.

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan teknikal saya....Caj Tabarru yang paling tidak boleh dijangka dan dikawal adalah yang melibatkan MEDICAL. Iaitu MEDICAL CARD. Sebab apa?...Sebab medical card ini sangat terkesan dengan faktor inflasi dan penyalahgunaan manfaat (fraud dan sebagainya)...jadi, yang biasa terkesan adalah caj medical card. 

Bagaimana dengan caj2 lain?...adakah tak meningkat?...

Caj manfaat lain pun meningkat, tapi biasanya boleh dikawal dan dijangka...sebegai contoh, caj untuk manfaat kematian...pihak actuarist (pegawai yang membuat kira2 risiko kematian untuk mengeluarkan harga yang patut dikenakan) boleh menggunakan data-data yang ada untuk mengeluarkan caj dan dari situ mereka boleh kira risiko. Dan jarang kita dengar, orang nak cuba2 claim mati atau lumpuh kekal keseluruhan....kalau MATI is MATI dan LUMPUH is LUMPUH....yang biasa orang manipulate adalah BIL HOSPITAL...dan bil hospital juga terbeban dengan faktor inflasi teknologi perubatan, ubat dan perkhidmatan yang berkaitan.

So, berdasarkan pengalaman saya hampir 15 tahun dalam bidang ini...yang hanya akan naik harga sehingga client kena tambah caruman adalah untuk manfaat PERUBATAN (MEDICAL CARD)..yang lain2 setakat ini, tiada pertambahan caruman...cuma kenaikan caj tabarru untuk faedah selain medical card ini boleh ditampung dengan cash value (nilai tunai) sijil takaful tersebut.

Dan biasanya, pihak pengendali takaful akan memberikan notis 90 hari sebelum kenaikkan dibuat. Clause ini memang ada dalam setiap sijil takaful yang dikeluarkan. Anda boleh semak sekiranya ingin mendapatkan kepastian.

Berapa naik?...

Bergantung kepada faktor umur...kalau ikutkan pengalaman saya antara 10% hingga 15% dari jumlah caj tabarru untuk manfaat medical card...tapi bergantung kepada sijil masing dan keputusan syarikat....

Sebagai contoh....sekiranya caruman anda RM 200 sebulan termasuk medical card...dan caj medical card adalah RM 125. So, sekiranya ada kenaikkan 10%...bukan dikira RM 200 x 10%...tapi RM 125 x 10%...so, kenaikkan adalah RM 12.50 dan bukannya RM 20.00


Berapa kali naik?..

Tiada sebarang ketetapan khusus...sekiranya pihak Pengendali Takaful boleh bertahan dengan harga sedia ada, akan tiada kenaikkan. Tapi sebaliknya, kalau pihak pengendali takaful merasakan perlu ada kenaikkan, mereka kan naikkan atas kelulusan bank negara.

Kalau ikutkan pengalaman saya...dalam 5-6 tahun akan ada sedikit perubahan harga. Bergantung kepada kadar inflasi dan beberapa faktor lain.

Biasanya....kenaikkan harga akan bermula dengan product baru atau pencarum2 baru. Sebagai contoh...sekiranya anda sign pada tahun 2015...kemudian...ada kenaikkan harga caj tabarru untuk medical card...so, biasanya untuk client yang baru ambil sekarang nie, caj mereka lebih tinggi berbanding dengan client yang ambil pada tahun 2015. Dan inilah yang biasanya disebut2 oleh agent yang mengatakan "Tahun hadapan akan naik harga"....ada betulnya juga statement tersebut, tapi kebanyakkan agent salah guna statement tersebut seolah2 kalau sign up skrg harga tak naik lagi dan tak naik sampai bila2....

"Tak naik lagi tu mungkin betul, tapi kalau tak naik sampai bila2 itu memang tak betul"..ini yang client patut kena alert.

5. Kenapa ada agent kata harga takaful tak naik-naik ikut umur?

Secara konsepnya dan dalam quotation yang ditunjukkan memang tak naik, tapi, seperti yang saya nyatakan di atas tadi...pihak pengendali takaful ada hak untuk naikkan jika perlu. Cuma, kalau pulangan pelaburan dana takaful tersebut dapat menampung kenaikan caj tabarru'...jadi, tiada la kenaikkan...tapi, kalau pulangan pelaburan setiap tahun teruk...mungkin akan dinaikkan. Selain itu, ada juga faktor2 lain seperti yang saya nyatakan di atas.

Adakah ini terpakai hanya untuk PRUBSN Takaful sahaja?..

Jawapan saya..tidak..sebab business konsep ini digunakan oleh kesemua syarikat pengendali takaful...sebab apa?...sebab risiko mereka sama sahaja...dan kalau mereka menjanjikan bulan bintang dan kata "CARUMAN DIJAMIN TIDAK NAIK SAMPAI BILA2"....dan sekiranya risiko yang saya sebutakn di atas berlaku...dari mana mereka nak cover tabung DANA TABARRU' tersebut...


Sekian untuk pengetahuan anda....Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh hubungi saya di 019-323 2121.

Aziz Riadi
Takaful Business Coach
Prudential BSN Takaful

www.azizriadi.com
www.aarassociates.com


Banner Fb Page Version 2.1

1 comment:

  1. Good sharing, Takafu insurance is basically a type of Islamic insurance where members contribute to a pool fund which is used to aid other participants who need financial help in managing their cost of medical care. Takaful Ikhlas Berhad has come up with innovative medical and health protection insurance plans, one of which is the IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider (IMSTR). Read more at:
    http://kidbuxblog.com/syariah-compliant-insurance-with-ikhlaslink-mediplan-secure-takaful-rider-imstr/

    ReplyDelete