25 April 2017

PENGURUSAN WASIAT dan PELAKSANAANNYA

Pengurusan Wasiat

Baitulmal MAIS berbidang kuasa dan berkepakaran dalam Penulisan, Penyimpanan dan Perlaksanaan Wasiat selaras dengan undang-undang syariah dan sivil.

Penulisan Wasiat

Penulisan wasiat adalah merupakan alternatif bagi pewasiat untuk menyampaikan hasratnya tentang bagaimana asetnya perlu diagihkan selepas mereka meninggal dunia.

Penyimpanan Wasiat

Wasiat akan disimpan di tempat yang selamat bagi memastikan kerahsiaan dan juga untuk menghalang apa-apa perubahan yang tidak dibenarkan atau pemalsuan. Dalam tempoh penyimpanan tersebut, pewasiat boleh meminda isi kandungan wasiat mengikut hasrat yang diingini selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Terdapat beberapa tempat yang boleh difikirkan selamat untuk diletakkan wasiat seperti

  • Peti simpanan deposit (safe deposit box)
  • Pejabat Peguam
  • Syarikat Trustee Swasta
  • Syarikat Trustee Awam (Amanah Raya Berhad)
  • Badan-badan berkanun yang ada menawarkan perkhidmatan penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat (contoh : Majlis Agama Islam Negeri)

Perlaksanaan Wasiat

Seseorang individu atau badan amanah yang dilantik dalam surat wasiat untuk melaksanakan wasiat adalah dinamakan sebagai WASI.

Sebagai wasi yang dilantik dalam surat wasiat, individu atau badan amanah yang telah ditetapkan dalam surat wasiat perlu melaksanakan wasiat tersebut mengikut undang2 syariat yang berkaitan.

Antara tanggungjawab sebagai WASI

  • Menjadi pemudahcara mengharmonikan benefisiari (penerima wasiat) dan ahli waris.
  • Mengenal pasti harta dan hutang si mati,
  • Mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah,
  • Mendapatkan Geran Probet di Mahkamah Tinggi Sivil,
  • Melunaskan hutang pewasiat dengan Allah dan dengan manusia,
  • Mebahagikan harta kepada benefisiari yang telah ditentukan oleh pewasiat dalam Dokumen Wasiat dan kepada waris yang berhak mengikut HUKUM FARAID.
Dalam proses untuk melaksanakan WASIAT, pihak WASI biasanya akan mengenakan yuran atau "fee", bergantung kepada individu dan juga badan amanah. Yang ini WARIS dan juga BENEFISIARI (penerima wasiat) perlu tahu berapakan caj yang dikenakan oleh wasi sama ada individu atau badan amanah.

Kenapa kena caj pulak?...sebab proses untuk melaksanakan bukan murah kerana ia melibatkan banyak proses pergi balik pejabat tanah, turun naik mahkamah, upah peguam, upah jurunilai harta, juruukur tanah (kalau melibatkan pembahagian tanah) dan juga kos pengurusan yang mungkin memerlukan wasi pergi keluar kawasan yang memerlukan kos perjalanan dan penginapan.

Caj fee tersebut bergantung kepada wasi dan mungkin berbeza-beza antara wasi sama ada individu dan badan amanah dan ada had maksimum yang ditetapkan. SILA SEMAK FEE, TERMA DAN SYARAT WASI TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERSETUJU UNTUK MELANTIK WASI TERSEBUT. TENTUKAN JUGA DARI MANA KOS UNTUK MEMBAYAR FEE TERSEBUT SAMA ADA WARIS AKAN KELUARKAN DUIT ATAU AMBIL DARI SEBAHAGIAN HARTA SI MATI.

Sekian

Aziz Riadi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...