13 May 2017

HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH AMANAH : KONSEP DAN PRAKTIKAL

HIBAH AMANAH & BERSYARAT
ALHAMDULILLAH, sekarang nie ramai orang memperkatakan pasal hibah. Antara sebab kenapa HIBAH sekarang ni semakin popular, antaranya adalah apabila ramai yang menghadapi masalah atau cabaran dalam pengurusan atau pembahagian harta pusaka.

Sama ada anda sedar atau tidak, jumlah harta pusaka orang Islam yang beku setakat bulan January 2017, jumlah harta pusaka yang tidak dituntut atau beku di beberapa agency kerajaan yang berkaitan, antaranya Amanah Raya Berhad.

Ini antara petikan dalam surat khabar UTUSAN mengenai jumlah harta pusaka yang beku disebabkan kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka masih rendah di kalangan rakyat Malaysia.
" Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) menerusi Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementerian itu merekodkan kira-kira RM60 bilion jumlah harta yang tidak dituntut oleh waris si mati sejak tahun 1950-an hingga kini "

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harta-pusaka-tidak-dituntut-mencecah-angka-rm60-bilion-1.185501#ixzz4gugzqi2F
© Utusan Melayu (M) Bhd
 Dan bila sembang pasal hibah pulak, terdapat beberapa konsep hibah yang dipraktikkan oleh institusi kewangan di negara kita. Iaitu adalah

1- HIBAH BERSYARAT 

2- HIBAH AMANAH

HIBAH BERSYARAT

Digunapakai dalam sijil takaful di mana, pampasan daripada perlindungan sijil takaful tersebut dihibahkan kepada "penama" melalui kaedah hibah bersyarat. Berbeza sekiranya pemegang sijil takaful tu letak penama sebagai wasi, penerima pampasan tersebut perlu membahagikan wang pampasan mengikut undang2 shariah (wasiat atau faraid).

Kenapa kalau hibah bersyarat tak perlu melalui proses pembahagian harta pusaka?...

Sebabnya...HIBAH BERSYARAT adalah BUKAN SEBAHAGIAN DARI HARTA PUSAKA SI MATI, jadi ia tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka.

Rujuk Akta Pengurusan Kewangan Islam 2013


" JADUAL 10 [Seksyen 142], 
3 (2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya. "

So, HIBAH TAKAFUL ini dilindungi oleh akta perkhidmatan kewangan Islam 2013.

Pemilik sijil takaful bebas menamakan penerima hibah bersyarat semasa hidup tanpa sekatan. Begitu juga sekiranya nak buat perubahan kepada penerima lain.

Kesimpulannya HIBAH BERSYARAT ini merupakan satu pilihan kaedah untuk kita sediakan wang tunai segera kepada waris untuk meneruskan kelangsungan hidup (kos sara hidup setelah kematian ketua keluarga) tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka yang rumit dan mengambil masa yang lama.

HIBAH AMANAH

Kaedah HIBAH AMANAH pula merupakan satu pilihan kepada pemilik account tabung haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk meletakkan waris sebagai penama sekiranya meninggal dunia. Konsep yang sama juga, kenapa gunakan hibah amanah, adalah untuk memudahkan proses pindah milik duit dalam account Tabung Haji atau ASB sekiranya pemegang account meninggal dunia. So, tak perlu melalui proses pembahagian harta pusaka. Sebab HIBAH AMANAH ni, consider duit tu telah dihadiahkan kepada penerima hibah. Cuma, bezanya, semasa hidup, pemilik account boleh guna duit tu macam biasa.

Cumanya, untuk hibah amanah nie..terdapat beberapa perkara penting yang kita kena take note...

1- Bila kita dah hibahkan kepada penerima hibah, sebarang pertukaran penerima hibah perlu mendapatkan persetujuan penerima hibah asal. Berbeza dengan HIBAH BERSYARAT tadi, pemilik account boleh tukar kepada sesiapa sahaja semasa mereka hidup tanpa perlu mendapatkan kebenaran penerima hibah. Kecuali, penerima hibah adalah "ANAK KANDUNG atau CUCU" kepada pemegang account.


" Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.
Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup. "
Sumber : http://tabunghaji.gov.my/hibah-amanah


2Pemegang akaun yang nak buat  hibah bebas untuk menentukan siapa yang akan memiliki harta hibah. Orang bukan beragama islam juga layak menerima hibah sekiranya namanya ada dalam senarai penerima hibah.

3- Pengagihan Hibah Amanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Ia bergantung kepada pemegang account untuk menentukan berapa jumlah hibah yang ditetapkan.

4- Waris-waris lain tidak berhak ke atas duit yang telah dihibahkan melalui hibah amanah.

5- Hibah Amanah adalah satu pilihan atau alternatif untuk penyelesaian bagi pembahagian harta pusaka bagi mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.

6- Pemberi Hibah Amanah masih boleh mendapatkan faedah atau manfaat wang atau harta yang telah pun dihibahkan selama mana Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.

BAGAIMANA KALAU PEMBERI HIBAH ATAU PENERIMA HIBAH MENINGGAL DUNIA?

CONTOH CASE STUDY UNTUK ACCOUNT AMANAH HIBAH TABUNG HAJI

Kematian Pemberi Hibah Amanah

Hj. Ahmad merupakan pendeposit di TH.Beliau berhasrat untuk menghibahkan 50% wang simpanan beliau di TH kepada isteri beliau, Hjh Aminah dan 50% kepada anak beliau, Muhammad. 

Di dalam permohonan tersebut, Hj. Ahmad adalah Pemberi Hibah Amanah, Hjh Aminah dan Muhammad adalah Penerima Hibah Amanah dan wang simpanan Hj. Ahmad adalah Harta Hibah Amanah. 

Hj. Ahmad juga merupakan Pemegang Amanah dan beliau boleh menggunakan Harta Hibah Amanah untuk faedah dirinya, membuat urus niaga dan mendapat semua manfaat yang berkaitan dengan Harta Hibah Amanah tersebut selama mana beliau masih hidup. 

Hj. Ahmad kemudiannya meninggal dunia. 

TH bertindak sebagai Pemegang Amanah Gantian yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pembahagian dan pembayaran Harta Hibah Amanah selepas kematian Hj Ahmad kepada Hjh Aminah dan Muhammad mengikut kaedah pembahagian dan syarat-syarat sepertimana yang dipersetujui.

Kematian Penerima Hibah Amanah


Hj. Rosli merupakan pendeposit di TH. Beliau berhasrat untuk menghibahkan 100% wang simpanan beliau di TH kepada Rahman. 

Di dalam permohonan tersebut, Hj. Rosli adalah Pemberi Hibah Amanah, Rahman adalah Penerima Hibah Amanah dan wang simpanan Hj. Rosli adalah Harta Hibah Amanah. 

Hj. Rosli juga merupakan Pemegang Amanah dan beliau boleh menggunakan Harta Hibah Amanah untuk faedah dirinya, membuat urus niaga dan mendapat semua manfaat yang berkaitan dengan Harta Hibah Amanah tersebut selama mana Rahman masih hidup. 

Rahman kemudiannya meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Hj. Rosli. Harta Hibah Amanah yang dihibahkan tersebut menjadi harta pusaka Rahman walaupun Hj. Rosli masih hidup. 

Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar sepenuhnya (100%) oleh TH kepada waris Rahman mengikut surat kuasa mentadbir yang perlu dikemukakan oleh waris Rahman apabila membuat tuntutan berdasarkan baki simpanan Hj. Rosli pada tarikh kematian Rahman.

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat atau peneranan percuma mengena konsep dan practical hibah dalam pengurusan harta pusaka. Anda boleh hubungi saya di www.facebook.com/azizriadi atau whatsapp https://api.whatsapp.com/send?phone=60193232121

KEMBALI KE ARTIKEL PENGURUSAN HARTA PUSAKA & HIBAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...