30 September 2017

Soal Jawab Mengenai Pelan Takaful




Soalan Takafulink / Smart Link


1.     Sebagaimana perbincangan yang lepas Encik Aziz ada memaklumkan bahawa produk Takaful link atau Smartlink merupakan pelan takaful yang fleksible iaitu klien boleh memilih untuk merancang perlindungan dan pelaburan mereka tanpa menamatkan polisi takaful mereka. Maka adakah ini bermakna mereka boleh untuk :

a.    Menambah caruman dalam polisi sedia ada, sebagai contoh bayaran bulanan polisi Takafulink / Smartlink ialah RM150 sebulan (termasuk saver RM50) dan klien berhasrat untuk tambah saver sebanyak RM100 menjadi RM250 sebulan. Jika dibolehkan apakah caranya.

Jawapan : Ya, betul. Sijil takaful berasaskan pelaburan (investment link atau takafulink) membolehkan client membuat perubahan dari segi caruman sama ada menambah atau mengurangkan dari jumlah asal caruman. Caranya adalah dengan mengisi borang supplementary (Supplementary Proposal Form - SPF) yang boleh diperolehi secara online melalui Portal Takafulnet (boleh di access oleh agent berdaftar sahaja) atau melalui kaunter atau pejabat agency. Client pelru menandatangani borang SPF tersebut dan agent perlu menghantar ke HQ untuk proses underwriting dan assessment. Then, kena tunggu sampai keputusan keluar. Biasanya, agent boleh follow up untuk dapatkan progress info selepas 3-4 hari bekerja.



b.    Mengurangkan jumlah perlindungan (PUA) dan menambahkan jumlah pelaburan (IUA) sebagai contoh polisi sekarang RM250 sebulan (termasuk saver RM150) dan berhasrat untuk salurkan / channel RM50 ke Takaful Saver (sedia ada RM150) menjadi RM200. Jika dibolehkan apakah caranya.

Jawapan : Dalam hal ini anda perlu tahu basic business rules untuk plan takafulink dan smartlink. Plan takafulink, Min caruman adalah RM 100 untuk PUA dan Smartlink RM 50 untuk PUA.

Jadi, untuk case di atas...sekiranya plan asal RM 250 adalah plan takafulink, (100 takafulink + 150 takaful saver)....client tak boleh kurangkan PUA kepada RM 50 dan tambahkan takaful saver kepada RM 200. Sebab minimum caruman untuk basic adalah RM 100.

Kalau case di atas adalah smartlink, boleh sebab basic smartlink adalah RM 50 sahaja. Selebihnya boleh letak dalam takaful saver. Takaful saver mempunyai syarat maksimum iaitu 5 kali ganda dari basic contribution. So, kalau client tersebut mencarum RM 150 sebulan basic takafulink, untuk takaful saver maksimum boleh dicarum adalah RM 150 x 5 = RM 750 takaful saver. Jadi, maksimum caruman adalah RM 900 sekali dengan saver. Kalau basic caruman RM 100 sebulan, maximum takaful saver adalah RM 500 = total caruman = RM 600.


2.     Pelan Smartlink yang diambil oleh kanak-kanak boleh dipilih / ditetapkan hingga usia mereka 70 / 80 tahun, so adakah bermakna selepas kanak-kanak itu tamat persekolahan atau universiti :

a.    Mereka boleh terus kekal dengan plan smartlink sedia ada?  atau
b.    Adakah mereka perlu menukar kepada pelan takafulink? Jika perlu tukar, adakah nilai perlindungan dan pelaburan di dalam pelan smartlink sebelumnya boleh carry forward?

Jawapan : Plan smartlink tamat pada umur anak 25 tahun dan pada masa tersebut, anak tersebut boleh ambil alih sijil takaful tersebut (pindah nama daripada ayah atau ibu beliau). Manfaat akan kekal seperti asal, cuma pemilik sijil je akan berbeza.

3.     Jika individu melanggani Pelan Takafulink dan mempunyai rider contributor, jika berlaku TPD kepada individu itu maka manfaat penuh akan dibayar dan nilai tunai akan kekal. Soalan ialah :

a.    Adakah bermakna caruman bulanan beliau akan waive atau ditanggung oleh syarikat takaful setiap bulan hingga usia 70 / 80 / tarikh matang yang membolehkan nilai simpanan dalam akaun pelaburan akan terus meningkat?

Jawapan : Caruman akan ditanggung oleh PruBSN Takaful dan nilai tunai akan terus meningkat sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu. Akan tetapi kalau client ada ambil rider Medical Card, sekiranya ada kenaikkan harga berlaku untuk medical card, client kena top up sebab contributor hanya cover caruman asal masa mula2 sign up.

b.    Jika individu tersebut ingin menambah saver (pelaburan) atau top up, adakah dibolehkan?

Jawapan : Bila sudah berlaku Total Permanent Disable (TPD), sijil telah pun terhenti tidak boleh buat apa2 penambahan.


4.     Basic Enhancer (1 unit hingga 8 unit) : meningkatkan perlindungan pelan asas pada ulang tahun manfaat ke-5, ke-8, ke-11 dan ke-14. Satu (1) unit bersamaan RM5,000.

Jika ambil 1 unit dengan pelan asas ialah RM100,000 maka pada tahun 5 akan menjadi RM105,000. Seterusnya pada tahun ke 8 akan menjadi RM110,000. Adakah benar begitu?

Jawapan : Rider ini sudah tidak ada dalam pasaran.




5.     Accidental Medical Reimbursement (sum covered dari 2,000 – 10,000) : memberi anda pembayaran semula bagi perbelanjaan sebenar rawatan perubatan yang anda biayai akibat kemalangan. Manfaat ini dibayar dalam tempoh 104 minggu dari tarikh kemalangan.

a.    Adakah manafaat ini untuk rawatan kemalangan pesakit luar?


Jawapan : Manfaat ini untuk bayaran balik rawatan kemalangan sama ada pesakit luar atau warded (kalau medical card ada ko-takaful)...so, amount ko-takaful boleh claim gunakan rider AMR (Accident Medical Reimbursement). Tapi hanya untuk case kemalangan sahaja.

b.    Berapa lama tempoh manafaat ini sah?


Jawapan : Sama macam medical card, sehingga umur 70 tahun.

6.     Takaful Saver Contribution bermakna sumbangan bulanan termasuk takaful saver (rider) akan waive (percuma tanpa bayaran) apabila individu hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun atau didiagnosis dengan penyakit kritikal?

Jawapan : TPD yang berlaku sebelum umur 60 atau di diagnosis dengan penyakit kritikal.


7.     Rider Takaful Saver bermaksud tambahan kepada saving klien yang bermatlamat pelaburan berbanding perlindungan. Jika klien telah langgan Takaful Link dimana hanya mengambil pelan basic sahaja atau basic dan critical ilness (tiada rider takaful saver) maka jika klien berminat untuk menambah pelaburan di dalam polisi sedia ada, Adakah dia tak perlu menamatkan polisi dan cuma maklumkan kpd agen / syarikat takaful untuk tambah takaful saver dlm polisinya?

Jawapan : Boleh tambah terus dengan isi Supplementary Proposal Form minimum tambahan caruman adalam RM 10 dan dalam gandaan RM 10.


8.     Crisis Protector (Pru BSN Warisan) : membayar sekaligus jumlah perlindungan apabila disahkan menghidap penyakit kritikal. Jumlah perlindungan asas anda tidak akan terjejas dengan pembayaran manfaat ini.

Adakah ini bermaksud jika klien ambil Pelan Basic RM300,000.00 dan Crisis Protector RM100,000. Maka jika berlaku critical illness maka klien terima ialah RM100,000 dan setelah berlaku kematian kepada clinet tersebut akibat critical illness maka beliau akan menerima sejumlah RM300,000?

Jawapan : Ya betul. Rider penyakit kritikal ada beberapa jenis. Dan untuk plan dalam PruBSN takaful, ada yang berdasarkan Accelerated Critical Illness (ACI) dan juga Non-ACI. ACI, jumlah pampasan sakit kritikal adalah sebahagian dari manfaat pampasan kematian. Kalau Non-ACI, pampasan sakit kritikal akan dibayar berasingan dengan pampasan manfaat kematian.



9.     Accidental Protector (Pru BSN Warisan) : memberikan sekaligus jumlah perlindungan apabila berlaku kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan sebelum usia 70 tahun.

a.    Adakah ia merupakan pertambahan kepada Pelan Basic PruBSN Warisan. Contoh : Pelan Basic RM300,000.00 dan Accidental Protector RM100,000. Maka jika berlaku TPD dan kematian jumlah waris dan klien terima ialah RM400,000?

Jawapan : Ya betul. Untuk plan ini, ada term DOUBLE INDEMNITY bila berlaku salah satu dari keadaan berikut..
" Double indemnity - 2 times the amount of benefit will be payable for accident occurring:
while the life assured is travelling in any mechanically propelled non-aerial public conveyance over an established land route; or
while the life assured is in an elevator car (excluding elevator in mines and construction sites); or
in consequence of the burning of any theatre, hotel or other public building in which the life assured is at the commencement of the fire. "


b.    Jika berlaku kecacatan sementara atau bahagian maka di bawah PRU BSN warisan ini adakah pemberian manafaat akan mengikut peratusan seperti Takafullink?

Jawapan : Untuk manfaat kemalangan, kecacatan perlu kekal. Bukan sementara. Ia perlu disahkan oleh Doktor yang merawat.

10.   Parent Contributor : memberi anak manfaat tahunan bersamaan dengan sumbangan perlindungan apabila penjaga / pembayar hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun atau di diagnos dengan penyakit kritikal atau meninggal dunia.

a.    Adakah ini bermakna anak akan menerima manfaat setiap tahun dengan jumlah tertentu (sum covered amaun?) dan

Jawapan : Anak tidak akan dapat apa2 manfaat pampasan kecuali kalau parent tersebut ada masukkan sekali rider "Parent Term"..iaitu pampasan kematian sekiranya pembayar meninggal dunia. Tapi, kalau sakit kritikal, caruman sahaja yang menjadi percuma.


b.    Sumbangan bulanan perlindungan (PUA) penjaga / pembayar akan waive sehingga polisi matang?

Jawapan : Betul.

11.   Takaful Saver Parent Contributor : memberi anak manfaat tahunan bersamaan dengan sumbangan pelaburan apabila penjaga / pembayar hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun, didiagnosis dengan penyakit kritikal atau meninggal dunia.


a.    Adakah ini bermakna anak akan menerima manafaat setiap tahun dengan jumlah tertentu (sum covered amaun?) dan

Jawapan : Sama macam jawapan no. 10 di atas.


b.    Sumbangan bulanan pelaburan (Takaful Saver) penjaga / pembayar akan waive sehingga polisi matang?

Jawapan : Sama macam jawapan no. 10 di atas


Soalan Berkenaan Medical Card :



1.    Adakah smart saver 300 merupakan bayaran minumum ko takaful RM300 dan maksimum  ialah RM1,000 seperti dinyatakan di blog tuan. (http://www.azizriadi.com/2012/01/medical-card-takaful-health-2_24.html )


Jawapan : Medical card ko-takaful dan smart saver 300 adalah satu concept yang sama tapi jumlah yang berbeza. Konsep yang sama iaitu, client akan berkongsi tanggung kos rawatan. Cumanya, ko-takaful, min RM 300 dan maximum RM 1,000 untuk setiap kali warded.

Kalau smart saver, tiada maximum. Ia fixed RM 300 setiap kali masuk ward. Cuma bezanya, untuk penyakit yang sama kalau warded semula dalam masa 90 hari selepas keluar ward...maksudnya, dah discaj lepas tu sakit lagi (penyakit yang sama)...kalau warded semula, tidak perlu bayar lagi dah RM 300. Tapi, kalau disebabkan oleh penyakit lain, kena bayar...


2.    Adakah jumlah hari Unit di rawatan rapi (ICU) yang layak termasuk jumlah hari menginap di wad? Ini kerana ada kes setelah menjalani rawatan di ICU,  pesakit akan transfer ke wad.


Jawapan : Tidak, jumlah ICU dan ward biasa adalah berbeza. Sebab jenis rawatan dan caj adalah berbeza.

3.       Berkenaan dengan tambahan Had Tahunan jika klien disahkan mengidap salah satu dari 3 penyakit (Sakit Jantung, Dialysis atau Cancer), annual limit (had tahunan) akan dibuka sebanyak 2 kali ganda dari amount limit sedia ada. Persoalan adalah bagaimana jika klien menghidap dua atau tiga penyakit itu serentak. Adakah tambahan had limit masih sama (sekali ganda sahaja) atau tambahan sekali ganda untuk setiap satu penyakit itu?


Jawapan : Manfaat itu akan terpakai bila terjadi salah satu. Tak kira sama ada serentak atau berlainan masa, had tahunan akan naik sekali ganda hanya sekali sahaja. Tapi, once dah naik, had tersebut akan berkekalan walau pun mungkin pesakit dah sembuh atau fully recovered.

4.    Adakah perlindungan penuh (Full Coverage) penyakit kanser dan buah pinggang termasuk rawatan kemoterapi dan dialisis (cuci buah pinggang seminggu 2-3 kali)?


Jawapan : Untuk Dialisis dan Kemoterapi, tiada smart saver....semua bayaran balik akan dapat secara full coverage.

 5.    Adakah semua Manafaat Rawatan pesakit luar perlu pay and claim iaitu pembedahan harian (full coverage), Penjagaan jururawat, Rawatan sebelum masuk 90 hari dan selepas masuk hospital 90 hari?  


Jawapan : Untuk rawatan pesakit luar (pre and post hospitalization) perlu di buat secara reimbursement. Iaitu, bayar dulu dan claim kemudian. Kecuali untuk pembedahan balik hari (day surgery) di hospital swasta yang panel dengan PruBSN Takaful. Client boleh request PAL (Pre Authorization Letter) untuk pembedahan tersebut. Jadi, client tak perlu bayar dulu kos rawatan pembedahan balik hari tersebut. Ini akan membantu client untuk mendapatkan rawatan segera.

6.    Dalam pertemuan yang lepas berkenaan bantuan perubatan luar negara, tuan ada menyatakan yang medical card tidak boleh digunakan. Klien hanya perlu membuat bayaran dulu berdasarkan had dan kelayakan medical card dan kemudian claim semula. Adakah ini benar? (just to confirm).


Jawapan : Untuk rawatan luar negara, boleh claim tapi dalam tempoh 90 hari selepas keluar dari Malaysia dan based on pay and claim later. So, medical card PruBSN takaful tak boleh digunakan di luar negara untuk proses claim direct dari syarikat takaful. Sebab online claim ni hanya terpakai dengan hospital2 yang berdaftar sebagai panel di Prudential BSN Takaful Berhad.

7.    Rawatan komplikasi kehamilan hanya meliputi 8 jenis komplikasi utama sahaja dengan menggunakan kad perubatan Health Enrich + Select / Advanced / Primear sahaja. Adakah rawatan di hospital untuk komplikasi adalah full coverage (dibawah manafaat Rawatan dan Prosedur Pembedahan) atau tertakluk kepada limit yang dinyatakan di bawah Manafaat Rawatan Kecemasan (HE+ Select : $6,000, HE + Advanced : $10,000 dan HE+ Primear : $20,000)

Jawapan : Rawatan untuk komplikasi kehamilan berdasarkan jumlah kos rawatan yang dikenakan tertakluk jumlah plan yang diambil. Dan untuk manfaat rider ni, ia ada waiting period (tempoh menunggu) dalam masa 365 hari selepas sijil lulus. Jadi, untuk wanita yang sudah mengandung dan bercadang untuk ambil plan ini, ia tak boleh cover kalau berlaku komplikasi kehamilan, sebab masih dalam tempoh menunggu.

Itu sahaja penjelasan dari saya, semoga semua mendapat manfaat dengan soalan2 yang dinyatakan...

#medicalcard
#financialplanning


Aziz Riadi
Financial Coach
www.aarassociates.com
www.fb.me/abdazizriadi - Like page ini untuk dapatkan maklumat mengenai OD - Over Draft.


1 comment:

  1. Sy mahu kembali semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg Dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti Muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami sy mati dalam sebuah kereta. kemalangan dan sejak itu hidup menjadi sangat kejam kepada sy dan keluargaku dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjam dari bank-bank di malaysia dan sy ditolak dan dinafikan kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan sy sangat sedih
    Pada hari yg dikhaskan ini semasa saya melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Puan Rossa dan sy menghubungi beliau utk bertanya mengenai pinjam Rossa ibu dan bagaimana sebenarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memfailkan permohonan pinjam sy dan pinjaman sy diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 24 jam saya mendapat wang pinjam sy di dalam akaun bank sy dan apabila sy menyemak akaun sy, wg pinjam sy adalah utuh dan sy sangat gembira dan Sy telah berjanji bahawa sy akan membantu memberi keterangan kepada orang lain mengenai syarikat pinjam ibu rossa, jadi sy ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada sesiapa yg memerlukan pinjaman utk menghubungi Puan Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan Anda juga boleh menghubungi sy melalui email saya: mirabintimuhammed @ gmail.com untuk maklumat serta kawan-kawan saya A nnisa Barkarya melalui email: annisaberkarya@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...