12 October 2017

BERGURU DENGAN PAKAR

SIAPA GURU DAN MENTOR SAYA DALAM BIDANG PERANCANGAN HARTA PUSAKA?



Bersama Hj Rafie & Ally selepas sessi Seminar Ke Mana Harta Mu Pergi Selepas Mati di Hotel One World, Damansara Utama.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat berkenalan dengan seorang pakar pembahagian dan pengurusan harta pusaka di Malaysia nie, iaitu Tuan Haji Rafie Omar. Beliau merupakan seorang peguambela / peguamcara yang dulu pernah berkhidmat sebagai CEO Amanah Raya Legacy Services Sdn Bhd, sebuah anak syarikat di bawah Amanah Raya Berhad.

Beliau merupakan antara individu yang mahir dalam bidang perundangan berkenaan pembahagian dan pengurusan harta pusaka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya merupakan salah seorang dari anak murid beliau yang kini sedang menimba ilmu dengan lebih mendalam berkenaan dengan ilmu faraidh dan pembahagian harta pusaka.

In sha Allah, impian saya untuk menjadi salah seorang yang tahu selok belok hukum dan perundangan pembahagian harta pusaka ni dan kaedah-kaedah yang praktikal dalam menyelesaikan masalah harta pusaka Islam.





Berbincang mengenai masalah pengurusan harta pusaka, pembahagian share dalam syarikat selepas kematian shareholder dan juga hibah harta bersyarat bersama Tuan Haji Rafie Omar



Banyak yang saya pelajari dari beliau dan ada beberapa kaedah yang ramai orang salah faham dari segi perundangan yang patut diterangkan. Jadi, in sha Allah, saya akan terus berusaha untuk menjadi salah seorang dari pengamal ilmu pembahagian harta pusaka ini bagi memberi nilai tambah kepada masyarakat Islam umumnya...

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan dengan pembahagian atau perancangan harta pusaka dan juga perancangan legasi syarikat atau perniagaan, boleh hubungi saya di talian 019-323 2121 atau email abdazizriadi@gmail.com atau PM di FB saya www.fb.com/azizriadi.

In sha Allah, saya akan kongsikan kaedah terbaik dalam pembahagian harta pusaka ini...

Aziz Riadi
Financial Coach
www.aarassociates.com
www.azizriadi.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...