03 January 2018

AGENT PLANNING WORKSHOP DAN TEAM BUILDING 2018

Assalamualaikum, 

Berikut adalah maklumat mengenai program Agent Planning Workshop 2018 dan Team Building 2018.


AGENT PLANNING WORKSHOP 2018


APW 2018 Poster



Apa itu Agent Planning Workshop? Atau APW?



  • APW merupakan aktiviti tahunan agency di Muqmeen Group dan juga kebanyakkan agensi-agensi takaful atau  insurans. Apa yang dilakukan dalam program ini adalah...setiap agent akan membuat perancangan untuk sepanjang tahun 2018 dari segi sales dan aktiviti. 
  • Selain itu, agent juga akan membuat pengiraan budget 2018 (berapa perbelanjaan business dan juga personal)..berapa perbelanjaan yang diperlukan dan berapa income yang perlu ditambah. Jadi daripada budget tersebut, akan dibuat perancangan sales activity seperti berapa banyak contact number yang diperlukan, berapa banyak phone call yang perlu dibuat dan berapa banyak presentation yang perlu dicapai...
  • APW 2018 akan di adakan di pejabat MG Klang, Level 1, seperti yang dinyatakan dalam poster di atas. Agent-agent yang dijemput untuk Program APW kali ini akan menerima sms.

Apa yang perlu dibawa untuk ke APW 2018 ni?
  • Stationary
  • Gambar2 untuk diletakkan dalam "My DREAM" Sheet dalam buku Business Success Manual (BSN).
  • Berapa besar gambar nak kena bawak. Gambar tak perlu besar sebab size Sheet tu adalah size B5 (besar macam sales kit) atau sebesar size Ipad. 
  • Boleh lihat video ni untuk penjelasan mengenai buku BSM (Business Success Manual)


Etika Pakaian macam mana?
  • Pakaian smart casual.
  • Boleh pakai seluar jeans tapi jangan jeans yang koyak2.
  • Tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan selipar. Kena pakai kasut.

Bagaimana dengan agent outstation, adakah perlu datang ke APW sekiranya dijemput?


  • Untuk agent outstation Kuantan, UM Manager, Encik Azhari Sahar akan lead program APW di sana, pada hari yang sama iaitu Sabtu, 6 Jan 2018 pada pukul 9.00 am - 5.30 pm.
  • Untuk agent di Seremban, anda kena hadir di Pejabat MG Klang pada tarikh APW 6 Jan 2018, 9.00am - 5.30 pm.
  • Untuk agent di MG KT, kami akan buat live video di FB pada 6 Jan 2018 bermula 9.00 am - 5.30 pm (kami akan buat live untuk slot-slot tertentu) seperti briefing mengenai cara-cara nak gunakan BSM (Business Success Manual) dan Update on last year performance.
  • Apa address FB group MG Klang?...kepada agent2 MG Klang yang masih belum masuk dalam closed group MG Klang...boleh request untuk masuk. Berikut adalah link untuk group FB MG Klang https://www.facebook.com/groups/mgklang/

TEAM BUILDING 2018


Team Building 2018 Poster


Apa beza APW dan Team Building?

  • APW adalah program di mana agent buat planing dan strategi untuk tahun 2018. Manakala Team Building pula adalah program untuk naikkan semangat berkumpulan, bonding antara agent, menghayati common vision, common mission, common values dan common goals agency Muqmeen Group.

Apa activity yang akan dilakukan semasa Team Building?

  • Untuk tahun 2018, pihak agency sudah menyusun program special untuk agent2 MG Klang untuk mengekalkan momentum high energy, and high soul and spirit.
  • Antara program yang akan dilakukan adalah
    • River Tubing (naik pelampung dan menyusuri sungai sepanjang 3 km)
    • Camping (para peserta akan berkhemah dan berpeluang mempelajari cara-cara mendirikan khemah dan berpengalaman tidur di khemah)
    • Activity berkumpulan lain (kami akan terangkan lebih lanjut pada hari pendaftaran program iaitu 13 dan 14 January 2018.
    • Heart to Heart Sharing 
    • Kambing Golek lunch pada 14 January 2018
  • Program bermula 8.00 am 13 January 2018 hingga 3.00 pm 14 January 2018. Anda dinasihatkan untuk membawa pakaian tambahan yang mencukupi dan pakaian yang sesuai untuk activity outdoor. Sila semak itenary program untuk maklumat lanjut.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi staff saya iaitu Puan Aisyah ditalian 013-397 2177.

Sekian

AAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...