12 February 2018

HIBAH TABUNG HAJI 2017 - APA YANG MENARIK?







Assalamualaikum,

Sedikit kecoh di laman media social bila Tabung Haji mengumumkan kaedah mereka mengira cara pemberiah hibah kepada pemegang account Tabung Haji.


Saya nak kongsikan sikit pendapat dan strategy saya dalam perkara nie. Sebagai idea tambahan kepada idea2 yang dah memang hebat kat luar sana.

1- Kena fahamkan apa issue sebenar yang sibuk dibincangkan atau diperdebatkan.

Issue yang agak penting untuk hibah TH tahun 2017 adalah kaedah TH mengira hibah account tabung haji...

Ada 2 bahagian..

A- HIBAH ATAS SIMPANAN - tiada had maksima (HIBAH TAHUNAN)

B- HIBAH ATAS SIMPANAN ACCOUNT UNTUK MENUNAIKAN HAJI (HIBAH HAJI) - terhad kepada RM 9,980 Sila rujuk gambar yang saya sertakan.

2- Kenapa ramai yang ambil berat mengenai perkara nie?..

Sebab, TH merupakan antara tempat ramai orang Bumiputera Muslim simpan duit (yang patuh shariah) selepas ASB.

Kenapa tak masukkan semua dalam ASB?...Ramai yang buat macam nie, TH nie sebagai account tambahan selepas memenuhkan account ASB 1 dan ASB 2. Dan cara mereka memenuhkan account ASB adalah bukan dengan duit mereka tapi dengan menggunakan kaedah ASB Financing atau pun pembiayaan. Maksudnya, pakai duit bank, masukkan dalam ASB dan PNB akan memberikan pulangan pelaburan kepada pelabur, dan pelabur perlu membayar balik pinjaman kepada bank. Oleh kerana setakat ini, pulangan pelaburan (dividen) ASB lebih tinggi dari jumlah kadar keuntungan pinjaman bank (% interest bank)..jadi ramai yang gunakan kaedah ini untuk memaksimumkan pulangan ASB dan menggunakan balik pulangan pelaburan tadi untuk bayar loan.

Sedangkan account TH, kita tak boleh buat loan / pembiayaan.

3- Kenapa penuhkan ASB dengan Financing? Pakai duit sendiri simpan sikit2 kan boleh.

Memang boleh, tapi ada beberapa strategy yang orang pakai...(tips and tricks) yang ada sesetengah orang guna untuk macam yang saya cakap tadi, memaksimumkan kadar keuntungan.

Untuk pengetahuan anda, ASB 1 dan ASB 2 ada limit, Setiap orang boleh labur maximum RM 200,000 setiap account, Tapi tak termasuk pulangan. Jadi macam mana nak naikkan limit tersebut dengan segera?..

So, buat ASBF account 1 dan 2.

Lepas tu, biarkan compounded dividen dalam tu untuk satu tempoh tertentu.

Contoh, kalau kita ada full account RM 400K (2 account).

Dalam masa 10 tahun, dengan dividen tahunan katakan 7.25%, duit dalam ASB anda berkembang menjadi RM 805K.

Katakan selepas 10 tahun, anda nak stop ASBF anda, duit anda mungkin berkurangan, sebab duit loan dan kena pulang balik kepada bank. Tapi, ada satu advantage untuk anda...ALLOCATION anda untuk masukkan dalam ASB adalah 805K.

Contoh dari segi kiraan macam nie.

Katakan anda buat loan ASB 1 dan ASB 2 FULL ( RM 200,000) setiap account, then total loan anda sekarang adalah RM 400,000.

Dengan menggunakan teknik compounding dividen (jangan keluarkan dividen) dalam masa 10 tahun...duit terkumpul dalam ASB (termasuk duit loan) adalah RM 805,000 (Sekiranya dividen dalam 7.25% setahun).

Then, selepas 10 tahun, anda nak cancel loan anda, baki loan RM 323,389. So, kalau kita tolak terus dengan baki yang ada dalam RM 481,000....

So, katakan in the near future, anda ada extra income, contoh ada dapat untung jual rumah ke apa, so, anda dah ada tempat nak letakkan duit tu ke dalam ASB (Sebab allocation anda ada lagi RM 323,389.

So, kalau tak, mungkin duit untung anda jual property, atau dpaat duit bonus, anda kena cari tempat lain yang lebih tinggi bagi return selain dari account bank.

Ini yang saya buat beberapa tahun lepas, saya maksimumkan loan, lps tu, sampai satu tempoh compounding dan banyak, saya stop loan, then, saya refinance rumah dan unit rumah saya yang saya jual, lebihan keuntungan tu saya masukkan balik dalam ASB saya walau pun limit asal RM 400,000 untuk seorang sahaja, tapi bila pakai teknik yang saya citer kat atas tu, anda boleh simpan duit dalam ASB lebih dari limit tu.

So, instead nak masukkan duit dalam TH sebab ASB dah penuh, kita boleh maksimumkan lagi duit dalam ASB tu.

Itu yang saya buat....:D. Kalau anda berminat nak buat, boleh buat. Tapi, dalam hal nie, saya tak ceritakan macam mana dengan komitmen bulanan dan macam mana nak buat kita punya financial profiling jadi cantik sampai bank boleh bagi pinjam sampai RM 400,000 untuk ASB. Yang tu, anda boleh PM saya, saya akan kongsikan caranya....ia legal, dan bukan skim cepat kaya.

Akhir sekali, kalau anda nak tahu beberapa lagi teknik2 yang ada dalam ASB nie yang anda patut tahu untuk memaksimumkan pulangan, boleh follow fb saya di http://www.fb.com/abdazizriadi

Sekian.

AAR

#ODASB
#financialfreedom
#dividen
#ASB
#ASBF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...