12 July 2018

KESAN KEWANGAN SELEPAS MENGIDAP SAKIT KRITIKAL

Baca bagi hadam, mudah2an anda faham dan ambil tindakan...

Saya berpengalaman menguruskan tuntutan yang melibatkan penyakit kritikal iaitu kanser.

Kisahnya begini....seorang wanita dalam pertengahan 40-an....

Pada mulanya, memang takde siapa yang sedar atau tahu macam mana client saya ni boleh kena cancer. Cuma, bila ada tanda2 ketumbuhan, bila jumpa Doktor pakar, buat biopsy test memang sel cancer...

Then, Doktor advice terus kena buat rawatan segera dan saya pun buat claim apa yang perlu dan claim tersebut lulus. Masa tu kat Hospital Pakar Ampang Puteri.

So, sepanjang dalam proses berubat tu, memang terpaksa cuti lama / panjang. Nasib baik majikan (lawyer firm) baik hati, cuti panjang cuma gaji ada impact sikit, tapi tak kena buang kerja. Then lepas habis rawatan, Alhamdulillah, keadaan semakin baik (tak fully recover)...tapi dah boleh datang office buat kerja ringan.

Tapi, ada case pulak, yang lepas detect kena cancer, sel cancer sangat cepat merebak dan lepas buat kimoterapi pun masih tak ok....then, masa tu keadaan makin lama makin teruk. Duit simpanan pulak cepat je menyusut....sebab dah sakitkan?, dah tentu perlu dapatkan rawatan segara, duit dah jadi perkara kurang utama untuk disimpan masa tu. Fikir pasal kesihatan dan duit simpanan memang banyak digunakan untuk tampung kos perbelanjaan harian.

Ini case kalau kerja makan gaji. Tapi, kalau golongan professional...macam mana?..

Katakan seorang Doktor (dalam statistik claim sakit kritikal yang saya tunjuk dalam video nie, adalah Doktor dan antara yang membuat tuntutan tertinggi setakat ni)...

Sebagai contoh

Kalau Doktor Pakar Bedah yang kena sakit kritikal, katakan sakit cancer..pada saat beliau disahkan sakit sahaja, beliau perlu mendapatkan rawatan dan sudah tentu akan mengganggu jadual tugas beliau.

Tapi, apa yang saya nak tekankan...kalaulah Doktor tu terus tak boleh nak perform kerja dia....adakah anak dia (yang mungkin baru habis sekolah menengah) atau isteri beliau yang mungkin hanya suri rumah atau bukan Doktor yang setara dengan beliau....dapat menggantikan tempat Doktor tersebut dan supaya pihak hospital dapat terus membayar gaji atau elaun atau fee sama macam ayah beliau dulu?..

So, sebagai Doktor, risiko penyakit tetap ada....dan sebagai professional lain, pun sama....jadi, rancanglah kewangan anda agar ia tidak membebankan orang lain khususnya orang yang paling kita sayang...

Untuk pertanyaan lanjut boleh click http://financialcoach.wasap.my





#uruswanganda
#medicalfund
#backupplan
#hibah
#replacementofincome

- AAR -
www.azizriadi.com

No comments:

Post a comment