25 July 2018

MRTA dan MLTA - KEPERLUAN DALAM PELABURAN HARTANAH

MRTA and MLTA.001

Kesedaran membeli hartanah sama ada untuk kegunaan sendiri (duduk sendiri) dan juga investment nampaknya semakin meningkat dikalangan orang Melayu ....itu satu petanda yang bagus pada saya...

Dan, dalam kita sibuk membina aset khususnya dalam hartanah, dan kita tahu hartanah memerlukan dana yang agak besar untuk kita beli, dan biasanya orang ramai akan gunakan kemudahan pembiayaan kewangan (loan rumah / hartanah) untuk memiliki hartanah.

Jadi, bila sebut pasal loan je, kita tahu ia adalah komitmen jangka panjang dan bila jangka panjang, sudah tentu apa yang berlaku pada masa hadapan kita tak boleh nak jangkakan secara tepat. Maksudnya saya kat sini adalah dari segi risiko...

Straight to the point...

Beli hartanah dengan kemudahan pinjaman kewangan...dan ia adalah komitmen jangka panjang. Dan risiko pada masa hadapan kita tak boleh nak jangka, tapi kita boleh buat perancangan atau persediaan dari segi pengurusan risiko.

Antara tools kewangan yang anda boleh gunakan adalah 

1- MRTA / MRTT (Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful)
2- MLTA / MLTT (Mortgage Level Term Assurance / Takaful) - Life Insurance or Life Takaful


Sebagai contoh...

Kita buat loan, 30 tahun, adakah kita boleh jamin kita boleh bayar sepanjang tempoh tersebut tanpa sebarang risiko?..sebenarnya ada beberapa kerisauan yang harus anda fikirkan...iaitu...

  • Apa jadi kalau kita tak mampu nak bayar pinjaman disebabkan oleh masalah kesihatan (mungkin akibat risiko penyakit kritikal) yang mana menyebabkan kita tak mampu bekerja? Bila tidak bekerja, menyebabkan kita hilang punca pendapatan dan akhirnya tak mampu nak bayar loan rumah tadi.
  • Apa jadi, kalau kita tak mampu bayar balik pinjaman disebabkan oleh risiko lumpuh kekal keseluruhan (mungkin akibat penyakit atau pun kemalangan)?
  • Apa jadi kalau kita tak sempat nak bayar habis disebabkan risiko kematian? Siapa yang akan sambung bayar loan rumah tersebut?...dan kalau tak bayar, apa jadi dengan rumah tersebut?

Ini antara cabaran yang biasa dihadapi bagi seseorang yang buat loan untuk beli hartanah.

Jadi, apa pilihan yang kita ada untuk mengurangkan risiko tidak dapat bayar balik pinjaman rumah tersebut?


  • Untuk risiko sakit kritikal, antara tools kewangan yang kita boleh consider adalah plan takaful / insurance yang cover sekiranya disahkan mengidap sakit kritikal. Jadi, kita mencarum dalam takaful atau beli plan insurance yang cover sakit kritikal...yang amountnya sama dengan loan rumah tersebut. Then, ada 2 options kalau berlaku risiko sakit kritikal.
+ Option 1 : Dapat duit pampasan, terus bayar baki hutang / loan

+ Option 2 : Bayar pakai duit dividen hasil pelaburan dari duit pampasan yang diterima tadi. 

Step pertama, dapat je claim, terus masukkan duit claim tu dalam tabung haji atau ASB..yang boleh bagi dividen consistent dalam 6% hingga 7% setiap tahun depan nilai pokok (principle) dijamin oleh kerajaan.

Step kedua, baki loan tadi tu, buat refinance untuk dapatkan bayaran bulanan lebih rendah. Contoh...katakan loan amount RM 500,000....lepas 5 tahun, maybe loan tinggal 457,000...jadi, bayaran bulanan asal dalam RM 2,552 sebulan, then lepas refinance maybe jadi RM 2,331 sebulan.

So, kalau kita kira dividen ASB pulak katakan 6.5% setahun...500,000 (duit pampasan sakit kritikal)...RM 32,500 setahun atau RM 2,708 sebulan. Jadi, masih ada lebihan dalam RM 377 sebulan.

  • Untuk risiko lumpuh kekal keseluruhan (TPD) akibat penyakit contoh stroke atau disebabkan oleh kemalangan...boleh gunakan MRTA atau MLTA untuk dijadikan sebagai backup dari segi kewangan. So, kalau terjadi je lumpuh kekal keseluruhan, boleh gunakan duit pampasan untuk bayar semual baki loan rumah tersebut. Tapi, dengan syarat, orang yang lumpuh tersebut ada sumber lain untuk cover kos sara hidup (ubat, susu, makanan khas sebab lumpuh) dan sebagainya yang berkaitan.
  • Untuk risiko kematian pula, sama macam TPD, so, boleh gunakan policy MRTA atau MLTA sebagai backup untuk bayar loan atau baki hutang rumah tersebut. Jadi, kalau ada waris (Isteri dan anak2)...mereka boleh tinggal dalam rumah tersebut dan tak perlu nak fikir bayar loan hutang kat bank.

Mana satu yang ok antara MRTA atau MLTA?..

Anda click link nie (MRTA vs MLTA) untuk tahu lebih mendalam mengenai beza antara MRTA dan MLTA dan bagaimana dari segi applikasi (macam mana nak guna sekiranya memerlukan protection).




No comments:

Post a comment