11 July 2018

TAKDE SEMANGAT?...CUBA CHECK BENDA NIE..

Semangat.001

Dalam sales atau lead team...antara elemen yang sangat penting adalah SEMANGAT YANG JITU DAN BERTERUSAN.

Bila kita dah set target, normally awal tahun, atau awal bulan, memula kita semangat, lepas tu lama2 lembik. Lama2 hilang semangat entah ke mana. Cuba kita renung sekejap, kenapa boleh jadi macam tu?. 

Saya jumpa ramai jugak bila sembang2…dah tak bersemangat, atau semangat hanya ada pada kata2 bukan pada behavior atau tindakan.

So, bila di diagnose...apa yang biasa saya jumpa adalah, bila kita hilang purpose kita buat sesuatu. Tak kisah la sama ada dalam kerjaya atau kehidupan. Kalau kita clear purpose atau tujuan kita buat sesuatu...in sha Allah kita akan terus bersemangat...

Saya kongsikan sikit sedikit analogy macam mana kita nak maintain semangat kita..

1- Ia bermula dengan impian kita. Sebab tu, sangat penting untuk kita ada impian. Tak kisah apa pun impian kita, tapi lagi besar impian kita lebih baik. Lebih bermakna impian kita  lebih berkesan. Lebih jelas impian kita lebih bagus.

2- Kita kena percaya yang kita boleh capai impian kita. Ramai antara orang yang saya jumpa, bila tanya apa imopian mereka, then adakah mereka percaya yang mereka boleh capai impian mereka, tetiba mereka rasa ragu2....jawapan yang biasa saya terima..."Entahlah....macam susah je...."...atau pun "...Entahlah....entah sempat ke tak sempat...bila la agaknya nak dapat tu"....sambil senyum2 atau gelak2

Jadi, bila kita sendiri tak percaya yang kita boleh capai impian kita, takkan kita nak expect orang percaya yang kita boleh capai impian kita.

Saya bagi tips sikit macam mana nak dapatkan permulaan kepercayaan terhadap apa yang kita impikan.

" Iaitu dengan melihat apa yang Allah mampu beri untuk capai impian kita dan bukan hanya apa yang kita mampu buat untuk capai impian kita."

Kalau kita percaya dan yakin yang Allah itu Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu dan mampu untuk berikan apa sahaja kepada kita...kita sepatutnya percaya yang kita akan dapat apa yang kita impikan. Dan ada persoalan lain pulak biasa terkeluar "Kalau tak dapat macam mana?..."...jawab saya simple sahaja. Dapat ke tak dapat, bukan kerja kita...itu urusan Tuhan sama ada nak berikan atau tidak. Tapi Allah ada menyebut "Aku adalah mengikut sangkaan hamba aku"...dah kalau kita pun tak yakin boleh dapat, macam mana nak dapat?..

Selain tu, Allah juga berfirman yang bermaksud "Berdoalah, nescaya Aku akan perkenankan permohonan kamu"...

So, untuk dapatkan kepercayaan asas nie...kena lihat apa yang Allah boleh beri, dan bukan melihat apa yang kita mampu buat. Kalau kita lihat apa yang kita boleh buat, kita akan nampak banyak kelemahan dan kekurangan...tapi, sebaliknya kalau lihat apa yang Allah mampu beri, Dia boleh beri apa sahaja kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya"

3- Bila kita dah mula percaya, kita kena buat preparation. Sebab dengan kita buat preparation, kita akan lebih yakin untuk kita capai impian kita dan keyakinan itulah juga yang akan memberikan kita semangat untuk terus capai apa yang kita nak.

4- Preparation...

+ Doa

Kita kena letakkan Allah dihadapan. Kita kena berdoa sentiasa, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita buat...semua adalah doa. Jadi, semua tu kalau boleh kena ada kaitan untuk capai impian kita.

+ Usaha.

Kena pula Action Plan dan walk the Plan....consistent, persistent, resilient with faith.....practice, practice, practice....bila kita cukup practice, kita lebih yakin untuk capai impian kita dan ia akan memberi semangat untuk terus practice dan untuk terus kejar impian kita.

+ Istiqomah

Kena setiasa berdoa dan berusaha tanpa henti. Berterusan. Selagi belum dapat impian kita, jangan berhenti. Dah dapat....upgrade impian kita pulak. Then kejar lagi....

+ Tawakal

Bila dah buat semua sekali, then tawakal pada Allah dan serahkan semua keputusan sama ada kita capai atau tidak kepada Allah.

4- Kena buat semakan / monitor apa yang kita dah buat, supaya kita boleh improve...practice...practice and practice

5- Kita kena kongsikan IMPIAN kita kepada orang lain, say it out loud. Yang beri sokongan akan buat anda semakin bersemangat. Yang pandang rendah atau yang negative pulak, akan buat anda rasa tercabar dan lebih bersemangat untuk berjaya.....

In sha Allah, kalau anda amalkan semua step di atas...anda akan rasa sentiasa bersemangat untuk capai impian anda....

I BELIEVE, I ACHIEVE...

I BELIEVE, I ACHIEVE...

I BELIEVE, I ACHIEVE...



-AAR-

No comments:

Post a comment