16 October 2018

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Apa itu Takaful?

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur :


  • Riba (bunga), 
  • Maisir (perjudian) dan 
  • Gharar (ketidakpastian)

Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.


Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.


Perbezaan antara Takaful dan Insurans



Screen Shot 2018-10-16 at 8.27.31 PM

Gambar Penuh : https://flic.kr/p/2c31p5f
Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

Tanggung jawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

Perjalanan operasi

1.       Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.

2.       Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

3.       Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.

4.       Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

Aspek perundangan

Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Namun pada tahun 2013. Semua Akta Takaful telah tertakluk kepada akta terkini iaitu IFSA 2013 (Islamic Financial Services Act 2013)

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

Artikel asal : https://ustazsaifudin.wordpress.com/2008/08/26/perbezaan-antara-takaful-dan-insurans/

1 comment:

  1. ⚡️✅MEET THE REAL HACKERS✅⚡️

    I Always Feel Bad Whenever we receive complaints from Clients About The Hackers They Met Before They Heard about us.
    These Days There Are alot of Hackers Online, You Just Have to Be Careful about who you meet for help, because many people now don't know who to ask for help anymore but there's really an actual solution to that which I am giving you for free, Don't go for the cheap Ones which I know you understand what I'm saying like hackers using gmail and other cheaper email accounts ⚠️🚷 that could be easily hacked you know, why would a REAL HACKER want to use something that brings out his vulnerabilities? ❌❌ ❌ it's really so sad that they even lack creativity to the extent that they show their frustrations to people. so you see they are really not who they say they're, they are just here to Rip people Off You Can Always Identify Them With Their False Write Ups and False Testimonies Trying To Lure you Into their Arms.❌❌❌ and my advice really goes out to you looking for a Real Hacker that's a heads up so that you would fall deep into their trap no more.🚷⚠️⚠️⚠️

    ✅COMPOSITE HACKS is here to Provide you with The Best Hackers, So you can get saved from The Arms of the Fake Hackers❌❌

    ✅We have Legit Hackers and Private investigators at your service. 💻 Every member of our team is well experienced in their various niches with Great Skills, Technical Hacking Strategies And Positive Online Reviews And Recommendations💻🛠

    ✅We have Digital Forensic Specialists, Certified Ethical Hackers, Computer Engineers, Cyber Security Experts, Private investigators and more on our team. Our Goal is to make your digital life secure, safe and hassle-free.
    Some Of The Services we render includes:
    * Website hacking 💻
    * Facebook and social media hacking 📲
    * Database hacking, & Blog Cleaning🛠
    * Phone and Gadget Hacking 📲
    • CREDIT CARD Loading ( Strictly USA & UK Credit Cards Only) 💳
    * Clearing Of Criminal Records ❌
    * RECOVERY OF LOST FUNDS ON BINARY OPTIONS money 💰
    * Location Tracking 📲
    and many More

    ✅We have a team of seasoned PROFESSIONALS under various skillsets when it comes to online hacking services. Our company in fact houses a separate group of specialists who are productively focussed and established authorities in different platforms. They hail from a proven track record Called “HackerOne” and have cracked even the toughest of barriers to intrude and capture or recapture all relevant data needed by our Clients. Some Of These Specialist Includes ⭐️ PETER YAWORSKI ⭐️FRANS ROSEN⭐️ JACK CABLE ⭐️JOBERT ABMA⭐️ ARNE SWINNEN ⭐️And More. All you Need To do is To Write us a Mail Then We’ll Assigned any of These Hackers To You Instantly.

    Feel Free To Mail Us Anytime

    ✅CONTACT:
    * Email:
    compositehacks@cyberservices.com
    * Wickr: compositehacks


    ★CONTACT US AND GET YOUR PROBLEMS SOLVED IN THE TWINKLING OF AN EYE

    ReplyDelete