08 July 2019

Apa itu Smart Saver 300 dan bagaimana ia berfungsi?

Soalan : APA ITU SMART SAVER DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI


Smart Saver 300

Smart saver 300 adalah pakej yang ada dalam medical card PruBSN sama ada Health Protector atau Medic Protector.

Di Prudential BSN Takaful terdapat beberapa jenis medical card yang menawarkan beberapa jenis plan dan pakej.

Berkenaan dengan soalan yang diberikan, saya nak kenalkan anda dengan beberapa term yang berkaitan degan medical card.

a. Full Coverage

Medical card ni cover 100%. Semua bill akan ditanggung oleh medical card. Tapi utk Asas Link (medical card Health Protector) tak offer pakej ni. Pakej ni harga dia lebih tinggi berbanding smart saver 300.

b. Smartsaver 300 (SS300)

SS300 adalah pakej yang lebih jimat sebab client kena bayar sebahagian dari total bill hospital iaitu RM 300 setiap kali masuk hospital. 

Akan tetapi untuk kemasukkan berikutnya dalam masa 90 hari selepas keluar ward yang sebelumnya, client tak perlu bayar RM 300 tu lagi. Tapi dengan syarat disebabkan oleh penyakit yang sama atau berkaitan dengan penyakit yang sama dengan penyakit yang warded sebelumnya.

Kalau berbeza dan selepas 90 hari. Kena bayar lagi RM 300 untuk setiap kali masuk wad. 

Kelebihannya dari segi harga caruman, ia lebih jimat berbanding full coverage.

c. High Deductible (HD)

Apa maksud “Deductible”.

Deductible bermaksud, jumlah yang client kena bayar dulu then lebihan dari jumlah tersebut barulah syarikat takaful akan bayar. 

Sebagai contoh Deductible RM 20,000. Untuk bil rawatan RM 20,000 pertama, client kena bayar dan takkan dicover oleh Syarikat Takaful. Tapi kalau bill rawatan tu mencecah lebih dari RM 20,000, baru lah syarikat Takaful akan bayar bil rawatan tersebut. Contoh mudah macam nie. Katakan client sign up pakej Deductible RM 20,000

*UNTUK SINGLE WARDED bukan accumulated banyak2 kali.

Contoh 1 : Bil Rawatan RM 19,000 (memang tak cover sebab dibawah amount deducttible)

Contoh 2: Bil Rawatan RM 20,000 (masih tak cover lagi sebab masih belum cukup syarat lebih dari RM 20,000 (amount deductible tu).

Contoh 3 : Bil Rawatan RM 40,000 (RM 20,000 client kena bayar sendiri, dan baki RM 20,000 akan dibayar oleh syarikat takaful).

Kenapa ada option deductible nie?..Sebab


  • Mungkin ada client yang dah ada existing medical card dari company dia kerja, tapi limit sedikit. Jadi sesuai amik plan deductible. Sebab lebih murah.
  • Mungkin ada client yang dah ada policy medical dari company lain atau company yang sama tapi limit sikit, jadi nak tambah limit, lebih baik amik deductible sebab lebih murah dan jimat.
  • Mungkin sebagai backup kalau tak cukup cash, sebab mungkin client dah standby cash kalau sakit, tapi takut tiba2 bil shoot up sampai ratus ribu?..Mungkin client akan kehabisan wang simpanan. Jadi amik plan nie lebih murah.

Untuk manfaat medical card Health Protector. 

Antara ciri penting adalah tiada had tahunan dan juga had seumur hidup. Tapi, anda perlu memilih options SMART VALUE POINT (SVP) (untuk menentukan pakej yang anda pilih)…

Smart Value Point nie macam prepaid la. 

Bila kita sign up je, kita ada credit dalam medical card kita iut jumlah smart value point tu, bila kita claim, ia akan berkurangan. 

Terdapat 3 Pilihan Smart Value Points. 

RM 1,000,000
RM 1,500,000
RM 2,000,000

Semakin tinggi SVP, semakin tinggi harga caruman. 

Bagaimana Smart Value Point ni berfungsi. Saya buatkan contoh.

Katakan client ambil SVP 1 million dan Smart Saver 300. Client kena sakit teruk, bill sampai RM 300,000 setahun. Then client boleh claim RM 300,000 tu dan hanya bayar RM 300 smartsaver. (Sekiranya plan smart saver dipilih).

Katakanlah client keluar masuk hospital and habis SVP 1,000,000. So, untuk bil berikutnya sekiranya client masuk wad lagi, propotion 80:20 antara client dan juga client. Katakan dah habis 1 juta, client masuk wad lagi bill RM 50,000.

So 80:20. Prubsn akan bayar 40,000 dan client kena bayar 10,000. Sampai bila portion 80:20 ni? Sampai bila2 selagi ada hayat peserta / client. Sebab takde had seumur hidup.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau sekiranya anda ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah



No comments:

Post a Comment