09 June 2020

5 KATEGORI INDIVIDU BINA ASET



5 KATEGORI ORANG BINA ASET

Pengalaman saya bina asset dan bercampur dengan ramai orang yang bina asset, saya boleh kategorikan kepada beberapa bahagian. 

Buat masa nie, saya nampak ada 5 kategori.

1- AGRESIF
2- MODERATE
3- SLOW
4- STATUS QUO (IGNORANCE)
5- NEGATIVE

1- AGRESIF

Individu jenis nie, dia nak untuk banyak dan cepat. So, kira jenis high risk taker untuk dapatkan maximum return. Kalau ada risiko rugi pun tak pe, sebab diorang jenis yang memang dah allocate modal untuk rugi...mentally memang dah ready.

Bila sembang dengan orang jenis macam nie, memang dia akan nampak dominant dan kalau boleh semua jenis asset accumulation technique dia nak explore dan dia jadi expert. Ada yang jenis sembang melangit dan memang power. Ada yang jenis sembang melangit, tapi isi kosong. Ada yang cool tapi, isi padat....

2- MODERATE

Yang jenis nie, lebih kepada nak optimumkan return, dengan minimumkan cost. Kos nak rendah, tapi kalau boleh dengan kos yang dikeluarkan tu berbaloi untuk. dapatkan return. 

Orang jenis nie, kalau boleh dia punya pokok pelaburan tu tak nak berusik...kalau rugi pun, sikit je dia boleh accept. Sangat berhati-hati dalam buat keputusan. Banyak survey dan jaga resources supaya jangan lost.

3- SLOW

Yang nie, jenis yang nak ada return, tapi tak kisah sangat kalau return tu sikit dan tak kisah kalau tunggu lama. Dan orang jenis macam nie, dia ok dengan hidup serba sederhana...dan malas nak stress nak kejar financial target atau sebagainya. Kalau ada peluang dia untuk buat untuk cepat pun, dia prefer untuk pilih cara yang paling selamat, dan langsung tak nak rugi / ada pengurangan dari segi modal dia.

4- STATUS QUO (IGNORANCE)


Orang jenis nie, dia buat tak tahu je. Dia hidup follow the flow. Ikut je la apa yang ada. Prefer untuk berada pada tahap yang sama sebab malas nak fikir lebih-lebih atau nak stress lebih-lebih. 

Orang macam ni pada saya agak bahaya sikit sebab dia rasa dia ok dengan tidak berbuat apa-apa perubahan dalam hidup dia. Tapi hakikatnya, semua benda berubah dan bergerak, so, kalau dia remain stand still, yang lain-lain bergerak ke depan, eventually dia akan tertinggal kat belakang.

Saya kalau sembang-sembang dengan orang macam nie, bila nampak dia macam tak minat nak ubah hidup dia dan prefer hidup pada tahap yang sama je, saya respect. decision dia, dan saya prefer untuk sembang dengan orang lain.

5- NEGATIVE

Yang nie, jenis kalau kita sembang2 pasal nak bina asset. je, dia punya membangkang itu susah, ini tak boleh, itu payah, ini mahal, itu bahaya, ini penat dan 1001 macam alasan.

Orang macam ni, kalau saya jumpa, saya akan sembang-sembang dengan dia dan sepanjang saya sembang, tu setiap kali dia bagi alasan saya akan kira...dan lagi dia bagi alasan banyak, lagi saya kira...dan biasanya bila nak minta diri, saya akan bagi dia summary..

"Bang, sepanjang aku sembang dengan kou dan cerita pasal asset accumulation ni...tak kurang < jumlah alasan> alasan kou. So, takpe lah, hidup kou, kou decide sebab apa?..Sebab hidup kou, anak bini kou tetap tanggungjawab kou selagi kou hidup. Kita jumpa lain kali ya.." Saya akan minta diri...

So, semoga anda tahu anda ni jenis yang macam mana. 

Tapi sebelum tu, dalam kita bina asset ni, jangan lupa, kita kena juga LINDUNG ASET ni....iaitu kena fikirkan protection planning dia.

Macam bawak kereta F1, lagi laju kereta tu boleh pergi, lagi tinggi protection dia kena ada, dengan helmet, driving suite, itu tak masuk lagi kereta punya safety system....canggih dan perlukan kos yang lebih tinggi. 

Maksudnya, lagi agressif seseorang itu bina aset, lagi tinggi dia perlukan perlindungan kewangan untuk protect asset dia.

Boleh faham ke?..mudah-mudahan posting ini boleh bagi manfaat kepada anda semua.

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai financial protection, boleh click 

http://infotakafulplan.wasap.my
http://infotakafulplan.wasap.my
http://infotakafulplan.wasap.my

FREE CONSULTATION, NOT OBLIGATION.

Aziz Riadi
Shariah RFP
www.azizriadi.com
Senior Agency Manager

Muqmeen Group.


No comments:

Post a comment