26 June 2020

NON-DISCLOSURE DAN UNCONTESTABLE PERIOD..WAJIB TAHU.

Screen Shot 2020-06-25 at 9.29.19 AM

Bila sebut pasal 2 benda nie, ramai yang terlepas pandang. Khususnya agent-agent baru. 

Secara umumnya memang Uncontestable Period nie adalah policy selepas 2 tahun. Tapi, kena ingat….BUKAN CONFIRM lepas 2 tahun memang SURE tak kena investigate. Kalau ada potential NON-DISCLOSURE, tetap kena investigate.

Contoh. yang biasa GL declined then kena investigate.

Policy selepas 2 tahun or tak kisah la lepas berapa tahun sekali pun, kalau ada potential non-disclosure, tetap akan kena investigate. Potential non-disclosure nie ada banyak sebab.


  • Mungkin symptom tu sendiri menunjukkan memang dah berlaku lama (tapi untuk case yang nie biasanya policy yang bawah 2 tahun)


  • Mungkin symptom tersebut adalah congenital case (semenjak dari lahir) Doktor yang akan mengesahkan benda nie. Yang ni tak kira sama ada bawah 2 tahun atau lebih dari 2 tahun. Saya pernah handle satu case, declined claim disebabkan oleh congenital case (heart valve) policy dah lebih 5 tahun.


  • Yang nie yang biasa terjadi, dan biasanya kalau benda nie berlaku, agent yang akan dipersalahkan dan kalau diviralkan pun, benda ni tidak diceritakan. Iaitu “pengakuan client” mengenai penyakit yang ada sebelum dia ambil takaful.


Contoh….masa nak sign up, agent tanya pasal medical history, client kata semua takde masalah kesihatan. So, semua tanya NO. Then lepas beberapa tahun, tak kisah berapa tahun pun, contoh dah 5 tahun…kalau ikutkan dah lepas contestable period kan?…masa tu perlukan rawatan yang melibatkan OPERATION.

So, SOP sebelum nak buat operation, Doktor akan tanya details pasal history sakit.

Then, masa tu laa client bagi tahu semua…Sebab apa? Sebab takut kalau tak bagitau nanti Doktor salah bagi treatment. 

Sebagai contoh, nak operation, kalau ada darah tinggi, atau sakit jantung, atau high kolestrol, semua kena declare. Makan ubat jenis apa, especially kalau ada makan ubah darah tinggi sebab boleh menyebabkan komplikasi jantung semasa pembedahan, atau makan ubat cari darah, yang mana boleh menyebabkan darah tak berhenti mengalir kalau ada luka…

So, bila Doktor tanya macam tu, keluar la semua kisah-kisah lama, sakit-sakit lama……Masa tu, kalau korang punya policy. dah 10 tahun pun, SURE….SURE…..SURE…GL declined dan kena investigate. KECUALI claim assessor tu over look atau tak perasan.

Tapi, jarang sangat tak perasan, sebab soalan part health history nie, akan jadi satu soalan yang pasti claim assessor akan check, dan apatah lagi kalau dalam record proposal takde history declaration.

Memang kena investigate dan kalau didapati betul berkaitan dengan penyakit sedia ada, tak dapat claim langsung, dan sesilap POLICY VOID. 

So, sahabat2 agent dan clients dan juga prospect2 yang nak sign up tu. Just declare semua you health history.

Prinsip saya jadi agent selama 17 tahun. 

BIAR SUSAH NAK APPLY, JANGAN SUSAH NAK CLAIM.

Kalau ada seiapa yang ingin dapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh click sini http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Prudential BSN Takaful

#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang

No comments:

Post a comment