13 August 2020

[ RESIDUAL vs PASSIVE INCOME PART 1


Saya mula faham pasal istilah ni bila saya baca buku Robert T. Kiyosaki - Rich Dad, Poor Dad.

Semenjak dari saat tu, minda dan pemahaman saya pasal passive income atau residual income ni semakin berkembang. (Tengok gambar, saya share sikit, antara transaksi duit sewa masuk hasil dari passive income)


Bila dah tahu ilmu secara teori, saya pun mula praktikkan.


Sebelum saya nak share, saya nak anda faham dulu apa itu Residual Income atau Passive Income. Kalau tengok dari segi makna kalau kita cari kat google, basically maksud residual dan passive income nie lebih kurang sama je..


Bahasa mudah, kita dapat income yang berterusan hasil dari pelaburan jangka panjang kita macam dividen dalam saham, sewa dari pelaburan hartanah, royalti dan yang berkaitan. Jadi, kita tak perlu nak kerja kuat untuk dapatkan income dari sumber2 pelaburan kita tersebut.

Tapi....haaa....ada tapi dia....tak de le tetiba terus kita dapat residual atau passive income tu. Kena la buat sesuatu dulu.


Jadi, kat sini, saya nak kongsikan apa yang saya buat untuk dapatkan passive income beberapa belas tahun yang lalu.


Ia bermula dari pemahaman saya bahawa satu hari nanti saya akan bersara....bersara maksudnya dah tak bekerja....Tapi ,masa tu, adakah kita tak perlukan duit untuk kita bayar duit belanja harian?...sudah tentu ada dan sudah tentu perlukan duit.

Bermula dari situ lah kesedaran saya mengenai idea passive income nie...sampai la sekarang nie.


Apa yang saya buat.


Saya mula cari ilmu, apa sumber2 yang saya boleh gunakan untuk dapatkan passive income pada masa akan datang..Masa tu tahun 2000, saya banyak belajar melalui BLOG dan juga forum2.


Selepas saya dah belajar dan saya faham apa platform yang ada, saya pun ambil keputusan untuk buat pilihan platform iaitu saya pilih ASB dan juga property. Tapi, bila dilihat, cabaran saya masa tu adalah LEBIHAN INCOME....jadi saya dapat kumpul sikit kat ASB sahaja.


Saya tak lemah semangat. Sebaliknya saya, cari lagi jalan untuk tambah income. Memula nak kerja part time kat restoran fast food, tapi tak jadi sebab kerja full time saya masa tu memerlukan saya untuk standby bila lepas waktu bekerja. Jadi, kekadang ada problem kalau kat office, saya kena settlekan. Tak boleh la nak kerja part time jenis yang memang fixed masa..


Akhirnya saya jumpa satu peluang tambah income, dalam bidang insurance, then saya terus buat, dan Alhamdulillah...lepas beberapa bulan saya join, ada hasil tambahan income. Kat situ, saya mula nampak sinar harapan...saya teruskan sampai la saya full time sebagai agent insurance dengan income bulanan permulaan RM 1,200.


Aikkk....RM 1,200 boleh berhenti full time?..


Ya, betul, RM 1,200 saya berhenti dari kerja Syarikat TM Berhad dan join Prudential pada tahun 2004 secara full time.


Kenapa saya pilih untuk buat FULL TIME?..sebab simple calculation..


Saya mula kerja pada tahun 2000 (selepas graduate dalam bidang IT dari UTM Skudai) dengan gaji RM 1,800 sebagai fresh graduate. Lepas 3 tahun, saya jump ke company TM Berhad dengan gaji RM 2,300 sebulan. 2003, saya kenal business insurance, dan dalam masa 4 bulan saya mula dapat agent code, income saya RM 1,200 sebulan...maksudnya sebulan dalam RM 300 increment saya. Setahun saya ada chance dapat income RM 3,600...lebih banyak dari kerja makan gaji.


Saya nie, percaya dengan kiraan yang saya buat...bila saya kira 4 bulan RM 1,200 sebagai part time, kalau full time saya kira2 boleh dapat naik RM 500 sebulan. Sebab tu saya join full time.

Ok, baik...kita sambung balik kisah Passive Income tadi...


1 tahun pertama saya jadi agent insurance full time, Saya mulakan projek Passive Income saya dengan simpan duit kat ASB. Masuk tahun kedua, saya belajar macam mana kembangkan duit dalam ASB dengan lebih cepat gunakan teknik OD-ASBF. Teknik dah dah tak boleh dah sekarang nie...


Apa yang saya buat masa tu, duit saya dalam account ASB saya pindahkan ke account ASW. So, account ASB '0'. Duit dalam ASW tu saya jadikan sijil dan saya pledge kan dengan account Over Draft. Lepas tu, saya apply ASB Financing sebanyak RM 200,000....duit bulan2 bayar ASB Financing tu, saya gunakan duit OD...rolling....dan dividen dalam ASB yang RM 200K tu saya tak keluarkan langsung. Saya buat teknik compounding...


Pada masa yang sama, saya terus buat business insurance dan takaful, dan tambah income...Saya tambah lagi simpanan dalam account ASW dan saya pun ajar wife saya buat benda yang sama macam saya.


Dalam masa 3-4 tahun, duit dividen ASB tu dah cecah 30K lebih, saya keluarkan duit dividen untuk buat downpayment rumah untuk investment. Bermula dengan 1 biji, saya tambah setiap tahun 1-2 biji. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit, hartanah untuk pelaburan saya bertambah...dan saya mula sewakan.

Bila saya start sewakan, duit sewa saya rolling sebagai income, saya declare income tax semua, dan saya beli lagi unit hartanah, dan ulang-ulang dengan duit dividen ASB tadi.


Sebagai kesimpulan untuk part 1....

1- Saya usaha tambah income
2- Saya mula simpan dalam ASB guna ASB Financing
3- Rolling dividen ASB untuk beli property dan sewakan.
3- Rolling lagi duit dividen ASB dan simpan duit sewa rumah sebagai proof of income dan declare tax, untuk tambah property lagi. Sebab bank nak tengok income statement kita ok, baru senang nak dapat. loan.


Ok, itu sahaja dulu saya nak share, ada sambungan lagi...

Saya nak share,

- Bagaimana nak buat bank suka untuk bagi loan kat kita.

- Bagaimana nak prepare document untuk bank senang approvekan loan kita.

- Bagaimana nak disiplinkan diri untuk consistent simpan dengan latih minda kita untuk amalkan DELAY GRATITUDE.


Kepada anda yang nak belajar lebih details macam mana uruskan kewangan, boleh join private group FB di link berikut :

https://www.facebook.com/groups/AARFreeCoaching/


Stay tune untuk part 2.


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com

No comments:

Post a comment