03 September 2020

5 MANFAAT ASAS DALAM PELAN TAKAFUL

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang 17 tahun saya dalam bidang insurance dan takaful nie, bermula dari tahun 2003 hingga tahun 2020, masih ramai lagi yang saya jumpa, tak faham asas rider dalam plan takaful.

Jadi, saya nak kongsikan 5 manfaat (1 manfaat asas dan 4 manfaat tambahan atau dinamakan rider). In sha Allah saya akan gunakan bahasa yang sangat mudah untuk orang ramai faham.

1. MANFAAT ASAS

Manfaat asas ini akan merujuk kepada bayaran pampasan kepada waris atas kematian peserta  takaful atau bayaran pampasan kepada peserta  takaful sekiranya disahkan mengalami LUMPUH KEKAL KESELURUHAN (atau TPD - Total Permanent Disable).

Pampasan ini dibayar sekaligus berserta nilai tunai (cash value) atau pun simpanan yang ada pada tahun semasa kematian. 

Untuk pampasan Lumpuh Kekal Keseluruhan, cash value akan kekal dalam akaun takaful sehinggalah peserta takaful tersebut meninggal dunia.

Bila saya sebut pampasan. Maksudnya penerima manfaat sama ada peserta atau waris akan dapat bayaran dalam bentuk TUNAI atau WANG.


2. PAMPASAN SAKIT KRITIKAL

Pampasan sakit kritikal ini adalah satu bentuk bayaran tunai kepada peserta takaful sekiranya beliau disahkan mengidap salah satu dari senarai sakit kritikal.

Berdasarkan pengalaman saya, setiap syarikat takaful atau insurance ada pelbagai senarai yang berbeza. Pada permulaan saya join dulu pada tahun 2003, kebanyakkan syarikat menyenaraikan sebanyak 36 jenis penyakit kritikal. Ada juga yang menyenaraikan 42 jenis dan sekarang, ada yang menyenaraikan 43 jenis penyakit kritikal.

Sila rujuk quotation atau sijil takaful anda untuk menyemak berapa banyak jenis penyakit kritikal yang  dilindungi dalam sijil takaful anda.

Sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu dari penyakit kritikal yang disebutkan di atas. Syarikat akan bayar claim dalam bentuk tunai (atau bank in terus ke account peserta.)

Bayaran hanya dibuat untuk penyakit kali pertama sahaja. Iaitu, sebagai contoh peserta disahkan mengidap sakit jantung. Setelah dapat rawatan, tiba-tiba peserta disahkan mengidap cancer pulak. So, untuk sakit kanser tidak akan mendapat apa2 bayaran pampasan.

Bagaimana dengan kos rawatan untuk sakit kritikal tersebut?...Untuk kos rawatan, semuanya menggunakan manfaat  kad perubatan.

Ada juga plan tambahan seperti ini yang menawarkan pelbagai sakit kritikal, iaitu sekiranya client mengidap sakit kritikal lebih dari sekali, setiap kali kena penyakit tersebut akan dapat pampasan. Akan tetapi penyakit kritikal tersebut  perlulah berbeza dengan penyakit kritikal yang pertama. Manfaat ini dinamakan MULTIPLE CRISIS COVER. Namun, ramai yang prefer ambil untuk 1 penyakit sahaja. Antara sebabnya adalah kos sumbangan takaful tu lebih tinggi sedikit. 

Tidak semua pelan takaful ada manfaat yang cover untuk pelbagai (multiple) sakit kritikal nie. Dan biasanya pihak syarikat  takaful akan mengenakan bayaran tambahan sekiranya ada yang ingin mendapatkan manfaat pelbagai sakit kritikal.

Jadi secara kesimpulannya, pampasan sakit kritikal adalah satu manfaat tambahan yang membayar sejumlah wang pampasan sekiranya seseorang itu mengidap salah satu dari penyakit kritikal yang ditetapkan dan disenaraikan.

3. PAMPASAN KEMALANGAN  (MENINGGAL DUNIA, LUMPUH KEKAL, HILANG ANGGOTA, HILANG UPAYA ANGGOTA)

Pampasan kemalangan ini adalah, pihak syarikat akan membayar sejumlah wang kepada peserta yang meninggal dunia atau lumpuh disebabkan kemalangan.

Ada juga manfaat ini yang membayar pampasan disebabkan oleh kehilangan anggota atau kecacatan anggota disebabkan oleh kemalangan.

Bila sebut sahaja pasal kemalangan, tak semestinya jalan raya, asalkan ada unsur2 tak sengaja, nampak ada kesan kecederaan, ia dinamakan sebagai kemalangan.

Bagaimana dengan kos rawatan?..Kos rawatan akan dibayar melalui manfaat perubatan.


4. MANFAAT PERUBATAN (KAD PERUBATAN ATAU MEDICAL CARD)

Manfaat ini hanya akan membayar kos rawatan akibat penyakit atau  kecederaan sehingga masuk wad. Untuk rawatan pesakit luar, biasanya rawatan disebabkan kemalangan boleh dituntut (claim) walau pun tidak masuk wad.

Untuk manfaat ini, peserta tidak akan dapat pampasan wang daripada manfaat ini sekiranya beliau mendapatkan rawatan dan warded di hospital panel syarikat takaful. Sekiranya peserta mendapatkan rawatan di hospital 
 bukan  panel, jadi peserta yang mendapatkan rawatan mungkin kena bayar dulu. Kemudian baru claim semula ke syarikat takaful dan syarikat akan membayar balik jumlah yang dituntut mengikut terma dah syarat.

Biasanya komponen2 yang dalam manfaat ini yang  anda perlu tahu adalah..

1- Bilik Ward (berapa kadar bilik sehari)
2- ICU (berapa lama cover)
3- Berapa had Tahunan
4- Berapa had Seumur hidup
5- Ada elaun2 tambahan atau tidak.

Sila rujuk brochure atau maklumat mengenai medical card dalam jadual. 

 
5. NILAI TUNAI / PELABURAN

Nilai tunai atau pelaburan adalah sejumlah duit yang terkumpul dalam account takaful setelah ditolak semua caj Tabarru' dan juga wakalah fee.

Ada option yang mana cash value boleh dikeluarkan setelah cukup jumlah pengeluaran dan perlu memenuhi syarat-syarat pengeluaran.

Sekiranya anda ingin mendapatkan info mengenai coverage takaful boleh click link di http://infoplantakaful.wasap.my

Sekian.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group


No comments:

Post a comment