03 September 2020

NASIHAT USTAZ PAKAR PENGURUSAN HARTA PUSAKA BERKENAAN KES ARWAH ABAM

Semenjak dua menjak nie, banyak posting di social media berkenaan dengan kisah waris-wars Arwah Abam Bocey. 

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan Feb 2020, dan pada tarikh artikel ini ditulis, masih banyak lagi posting berkenaan kisah waris Arwah.

Tapi, apa yang menjadi tambahan daripada kisah mereka, netizen memberikan pelbagai komen dan feedback. Tak kurang yang kecam, yang puji, yang comment benda2 yang negative dan juga positive. 

Ada yang dah macam orang alim dalam bidang pengurusan harta pusaka, sedangkan apa yang dikomen tu terang2 memang bukan berdasarkan sumber ilmu yang benar. Kebanyakkannya ikut apa yang dilalui oleh orang2 yang komen tu.

Saya nak kongsikan sikit, posting  dari salah sorang Pendakwah yang sangat active memberikan khidmat nasihat berkenaan harta pusaka. Iaitu Ustaz 
MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, yang menggelarkan diri beliau sebagai Dai'e Ilmu Faraidh.

Baca sampai habis perkongsian beliau. Semoga kita semua mendapat ilmu dan ibrah dari apa yang dikongsikan.



𝙉𝘼𝙎𝙄𝙃𝘼𝙏 𝘼𝙈𝘽𝙀 𝘽𝙐𝘼𝙏 𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎-𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎 𝘼𝘽𝘼𝙈...

Ambe takdok sebarang kepentingan apa2 dlm isu pusaka arwah Abam. Apatah lagi untuk ambe menghasilkan income dengan menangguk di air keruh.

Cuma atas rasa tanggungjawab, kerana ramai sangat yang bertanyakan ambe ustaz kampung koman spanar ini. Apatah lagi bila ramai yang share kpd ambe komen2 netizen yang sebahagian besarnya berlagak seperti alim dan tau segala2nya. Ulasan2 yang mengundang berbagai dosa berlapis dan berganda.

Allah Taala berfirman di akhir Surah Al Nisa' ayat 11:

اٰبَآؤُكُمۡ وَاَبۡنَآؤُكُمۡ ۚ لَا تَدۡرُوۡنَ اَيُّهُمۡ اَقۡرَبُ لَـكُمۡ نَفۡعًا​ ؕ فَرِيۡضَةً مِّنَ اللّٰهِ ​ؕ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيۡمًا حَكِيۡمًا‏ ﴿4:11﴾

Maksudnya: lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu) ialah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan kepada pengalaman ambe mengendalikan ratusan kes pusaka, boleh dikatakan kebanyakan waris tidak memahami konsep agihan yang sebenarnya. Mereka boleh mengakui bahawa mereka tau hak faraidh mereka, tapi bila sampai kepada agihan harta, ianya tidak menatijahkan (pinjam kalimah menteri agama) hasil yang terbaik.

Harta peninggalan simati ada macam2 bentuk. Tidak semua harta itu boleh dibahagi dengan mudah mengikut pecahan faraidh. Apatah lagi jika itu terlibat dengan hutang. Arwah menanggung hutang2 tu, sedangkan waris2 sibuk nak memiliki harta.

Hukum Faraidh terbina atas dasar kasih sayang bukannya kekejaman dan penzaliman. Allah turunkan hukum tersebut demi membela hak2 waris yang dizalimi sekian lama zaman jahiliyyah. Janganlah kita kembali semula ke zaman itu. Maka permudahkan lah. Sebab itu dalam Faraidh adanya konsep Takharuj. Pahala pengorbanan ini sangat besar.

Yang berhak atas setiap harta peninggalan adalah waris. Waris Abam sangat simple iaitu ibu, isteri dan anak lelaki. Cuma ambe juga dimaklumkan bahawa ayah juga masih ada. Merekalah yang berhak duduk bersama berbincang. Pihak ketiga?

Jika kehadiranmu hanya mengeruhkan keadaan, menambah kekusutan, mencipta krisis demi krisis, maka kamu menjadi penyebab utama musibah menimpa waris simati. Ambe kata, "celaka kamu". Maaf, jika ambe kasar.

Pihak ketiga boleh wujud, jika dengan niat sebagai orang tengah, mendamaikan atas dasar ilmu, bukan menyebelahi mana2 pihak. Pihak ketiga yang membantu, meletakkan kepentingan atas nama agama, bukan atas nama upah dan wang ringgit. Wallahi, pengalaman ambe berurusan dengan waris sampai 3 jam, 4 jam, memerah otak memberi idea dengan upah minima dan kadang2 tanpa bayaran. Sapa sanggup buat kerja begini? Yang kita dengar ialah saman menyaman. Sapa yang untung sebenarnya?

Ambe taknak panjangkan, nantikan jadi membebel pulok.

Ambe nak nasihatkan isteri, ibu, ayah (jika berkenaan) termasuk Ali sebagai pihak yg berkepentingan bagi ibu dan ayah supaya kembali ke meja rundingan. Dapatkan khidmat pihak ketiga yang betul2 ikhlas. Buang sifat ego dan rasa lebih pada orang lain. Faraidh adalah hukum mutlak, tapi melaksanakan hukum itu memerlukan pemuafakatan yang sebaiknya. Nasihat buat pihak ketiga yang menangguk di air keruh jika ada, bertaubatlah. Ingatlah umur kita tak panjang mana, berbuat baiklah sesama saudara, jangan esok kita mati, malapetaka pusaka menimpa pula.

Akhir sekali, jika kamu sayang kepada arwah Abam, bantulah dia dengan selesaikan urusan pusaka dia. Dia orang baik, dia orang baik, maka kenapa waris2 tak boleh jadi orang baik membantu dia.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

USTAZ MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, DIF

Daie Ilmu Faraidh

No comments:

Post a comment