08 September 2020

PRESENTATION TAKAFULINK (5 DALAM 1) - PRODUCT KNOWLEDE

 

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

Teknik Presentation ini adalah untuk menerangkan berkenaan dengan gambaran secara umum mengenai plan PruBSN Takafulink. Antara product utama dalam PruBSN sebelum keluarnya products Asaslink dan juga Anugerah Plus.

Secara umumnya, terdapat  5 KOMPONEN ASAS dalam plan Asas Link dan Anugerah Plus. Details mengenai kedua2 products ini anda boleh baca di link berikut.


2- PruBSN Anugerah Plus

Untuk memahami asas penerangan mengenai 5 komponen di atas, anda boleh baca artikel ini : 5 Manfaat Asas Takaful PruBSN

5 komponen manfaat asas adalah seperti berikut.

1- Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2- Manfaat Pampasan Sakit Kritikal
3- Manfaat Pampasan Kemalangan  (Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan / Hilang Anggota / Kecacatan Anggota Badan)
4- Manfaat Perubatan (cover cost rawatan)
5- Nilai Tunai (Cash Value) / Pulangan Pelaburan (Return of Investment)

Sila rujuk gambar dia atas.

So, persoalannya, macam mana nak proposed kepada prospect? Adakah semua wajib diambil atau sebahagian boleh, sebahagian tak boleh?

Jadi, untuk persoalan ini. 

Komponen yang wajib diambil oleh client adalah item no. 1 dan item no. 5. Item nombor 2,3,4 adalah optional. Nak ambil boleh, tak nak ambil pun boleh.

Sebagai contoh.

Contoh 1 - Encik Ahmad ingin sign up plan takaful PruBSN Asaslink. Beliau hanya nak manfaat perubatan sahaja, dan tidak mahu manfaat yang lain. 

Jawapan : Tidak boleh. Encik Ahmad perlu ambil basic minium sum covered (item no. 1) dan item no. 5 memang akan ada secara automatik. Tapi pulangan simpanan tersebut  tidak dijamin jumlahnya dan juga pulangan pelaburannya. Min Sum Covered (item No. 1) untuk Plan Asas Link adalah RM 25,000 dan untuk Plan Anugerah Plus, min sum covered (item no. 1) adalah RM 10,000.

Item no. 5 memang akan ada secara automatik. Sekiranya client ingin mendapatkan plan yang lebih murah dengan tidak memasukkan saving (cash value) i.e client tak nak saving LANGSUNG. Jawapanya adalah tidak boleh, sebab item no. 5 (cash value adalah memang akan ada) sebab plan PruBSN takaful, sebahagian besar caruman adalah perlindungan dan ada sebahagian kecil pulak dimasukkan dalam cash value. 

Contoh 2 - Encik Abu ingin mendapatkan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan sahaja sebab nak gunakan untuk cover hutang rumah beliau. 

Jawapanya adalah boleh. Sebab yang Encik Abu inginkan adalah item wajib.

Contoh 3 - Encik Ali ingin mendapatkan manfaat pampasan sakit kritikal, dan juga manfaat perubatan, tapi beliau tak nak ada manfaat kematian.

Jawapannya adalah tidak boleh. Encik Ali perlu ambil manfaat kematian (item no. 1) dan baru lah diikuti dengan manfaat sakit kritikal.

KONSEP MUDAH : 

Item 1 dan 5 adalah MANFAAT ASAS (which is wajib ambil) dan ia dinamakan dia adalah BASIC COVERAGE.

Item 2,3,4 adalah MANFAAT TAMBAHAN (optional) dan ia dinamakan sebagai RIDER.

Jadi, secara analogy mudah. Manfaat asas boleh diambil tanpa rider. Tapi Rider perlu diambil bersama dengan manfaat asas.

Jumlah coverage yang diambil bergantung kepada umur, jantina dan caruman bulanan.

Sila kira menggunakan applikasi yang terkini.

Aziz Riadi
Shariah RFP
www.azizriadi.com


No comments:

Post a comment