05 September 2020

WORLDWIDE COVERAGE UNTUK MEDICAL CARD PRUBSN




Antara soalan yang biasa ditanya oleh client atau pun bakal client mengenai medical card PruBSN ini adalah berkenaan dengan coverage luar negara.

Soalan yang favourite.

1. Saya nak pindah ke luar negara dan menetap di sana selama setahun, adakah ia di cover di tempat yang saya pindah nanti?

2. Saya ada kerja outstation di luar negara selama 4 bulan, kalau saya sakit di luar negara, adakah saya akan boleh gunakan medical card PRUBSN nie?

3. Anak saya akan sambung belajar di luar negara. Macam mana dengan coverage medical card PruBSN yang dia ada sekarang  nie?

Ok...baik..

Saya akan kongsikan syarat-syarat untuk worldwide coverage medical card PRUBSN. Tidak kisah medical card version yang mana satu sekali pun.

1. WILAYAH GEOGRAFI (GEOGRAPHICAL TERRITORY)

Semua manfaat yang dilindungi seperti yang tertera dalam jadual coverage medical card adalah layak untuk mendapatkan coverage seluruh dunia 24 jam sehari berdasarkan bayaran balik (reimbursement basis). Iaitu client kena bayar dulu kos rawatan dan kemudian claim semula dengan PruBSN.

2. MENETAP DI LUAR NEGARA (OVERSEAS RESIDENCE)

Untuk client yang bercadang menetap diluar negara untuk tempoh masa yang lama, medical card PruBSN ini tidak akan cover atau bayar sebarang manfaat rawatan perubatan yang diterima oleh client di luar Malaysia sekiranya client tinggal atau travel lebih dari 90 hari berturut-turut. Ada juga medical card PruBSN yang menawarkan coverage sehingga 180 hari berturut-turut.

Perbezaan jumlah hari adalah berbeza mengikut version dan jenis medical card.

Sebagai contoh, untuk plan medical card MEDIC PROTECTOR, untuk Plan 300 dan Plan 400, had hari menetap atau travel ke luar negara adakah 180 hari berturut-turut. Untuk medical card Plan 150 dan Plan 200, had hari menetap atau  travel ke luar negara adalah 90 hari berturut-turut. 

Untuk Plan MMC (Major Medical Cover), MMC2 (Major Medical Cover 2), Takaful Health, Takaful Health 2, Health Enrich, Health Enrich+, sila semak dilampiran manfaat medical card dalam sijil takaful anda.

3. RAWATAN LUAR NEGARA (OVERSEAS TREATEMENT)

Sekiranya client memilih untuk dirujuk atau membuat rawatan oleh doktor di luar Malaysia, manfaat medical card ni akan dihadkan mengikut caj yang munasabah atau yang bersamaan dengan rawatan di dalam negara. Semua kos perjalanan dan pengangkutan pergi dan balik ke tempat rawatan tidak akan ditanggung oleh medical card.

4. PEMBAYARAN NILAI TUKARAN WANG (CURRENCY OF PAYMENT)

 Semua bayaran tuntutan akan dibuat dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia. Sekiranya client ingin memohon bayaran tuntutan dibuat dengan matawang lain selain dari Ringgit Malaysia, proses tukaran wang tersebut perlu dibuat  di Malaysia berdasarkan pasaran matawang semasa pada tarikh tuntutan dibuat.

Sekiranya kemasukkan ke hospital adalah di luar Malaysia, semua bill dari matawang luar negara mestikan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia  terlebih dahulu berdasarkan kadar tukaran wang asing ketika client discaj (keluar) dari hospital. Sebarang keputusan claim bergantung kepada pihak syarikat untuk membuat penilaian terakhir.

Kepada anda yang mungkin ingin mendapatkan medical card atau nak tahu plan medical card dari PruBSN Takaful, boleh click link ini http://infoplantakaful.wasap.my. In sha Allah saya akan bantu anda dengan memberikan khidmat nasihat percuma.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group

www.azizriadi.com


#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang


No comments:

Post a comment